PANDUAN TEMUDUGA KPLI/j-QAF

Sejak beberapa yang lalu, beberapa orang teman memohon panduan untuk menghadapi temuduga KPLI j-QAF untuk waktu terdekat. Itu jugalah yang saya dapati melalui maklumat carian di blogstat blog saya ini. Saya bukanlah hebat orangnya dalm membicarakan topik ini. Ini juga memandangkan topik ataupun format temuduga mungkin berbeza.

Lantas, apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagiannya daripada pengalaman saya sendiri dalam menghadapi temuduga untuk ambilan guru j-QAF beberapa tahun lalu. Ia tidak menjanjikan ketepatan 100% kerana dinamiknya proses temuduga tersebut.

Apapun adalah sedikIt panduan untuk dikongsikan.

SEBELUM TEMUDUGA
1.Sediakan sijil dan dokumen photocopy yang telah disahkan
2.Sediakan sijil asal yang dimasukkan ke dalam file holder dengan kemas.
3.Susun sijil asal di dalam file holder mengikut susunan sepertimana yang terkandung di dalam surat panggilan temuduga
4.Sediakan pakaian yang kemas sebelum temuduga.
Lelaki: Kameja lengan panjang warna terang, seluar gelap , bertali leher dan berkasut kulit gelap
Perempuan:Baju kurung yang kemas.

SEMASA TEMUDUGA
1.Tunjukkan muka yang manis semasa temuduga
2.Perkenalkan diri seadanya , ceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan mengapa memilih menjadi guru
3.Jawab soalan dengan sopan dan jujurlah dengan jawapan yang diberi. Jangan cuba menipu.
4.Tunjukkan eye contact dengan penemuduga dan jawablah soalan dengan penuh keyakinan
5.Jika ada sesi perbincangan dalam kumpulan, mulakan sesi perbincangan. Bertindaklah selaku moderator atau pengerusi kepada sesi perbincangan tersebut
6.Berinteraksilah dengaan baik ketika perbincangan kumpulan.

SELEPAS TEMUDUGA
1.Ucapkan terima kasih kepada penemuduga
2.Senyum dan jangan terlalu memaksa penemuduga memberi keputusan

FORMAT TEMUDUGA (ketika saya ditemuduga untuk ambilan j-QAF 2007)
1.Perbincangan kumpulan.
7-8 calon diberi tajuk isu semasa, dan diminta berbincang dalam kumpulan. Berkomunikasilah dan cuba cari peluang terbaik untuk mengutarakan pandangan yang bernas. Jangan hanya diam sahaja. Anda sedang dinilai

2.Bacaan Al-Qur’an/tajwid
Ada sesi di mana anda diminta untuk membaca beberapa potong ayat Al-Qur’an dan akan disoal hukum tajwid. Jadi, ulangkaji sedikit sebanyak hukum tajwid

3. Sesi temuduga face to face
Ada beberapa orang panel penemuduga akan menemuduga calon.
Antara perkara yang MUNGKIN akan ditanya (ini adalah sebagai andaian berdasarkan pengalaman lalu). Selebihnya saudara/saudari perlu banyak membaca tentang isu dan dasar pendidikan.

4.Soalan esei bahasa arab (30 minit, ada 2 pilihan tajuk)

ANTARA YANG MUNGKIN DITANYA BERDASARKAN PERKARA BERIKUT

PENGETAHUAN IKHTISAS
Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) Metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

PENGETAHUAN AM/ISU SOSIAL SEMASA
Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

JANGAN LUPA:
1.Cari info berkenaan dengan PELAKSANAAN j-QAF
-Dasar dan latarbelakang j-QAF
-Model-model j-QAF
-Kaedah pengajaran untuk kanak-kanak
Boleh cari melalui internet (cadangan web Gema Islam) dan sebahagiannya ada pada sebelah kanan panel blog saya ini. (boleh download)

2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)-RUJUK INTERNET ATAU LAMAN WEB kEMENTERIAN PELAJARAN)

3.NKRA Pendidikan-RUJUK INTERNET DAN LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN

4. Ulangkaji sedikit apa kandungan ijazah pertama anda. Mungkin ada isu berkenaan dengan bidang ijazah anda dahulu.

Apapun , saya doakan para calon temuduga KPLI/j-QAF untuk membaca sebanyak mungkin isu pendidikan. Soalannya mungkin berlainan daripada seorang calon dengan yang lain. Ia fleksible. Apa yang ditulis diatas adalah panduan sahaja. Apa yang penting berdoalah moga dipermudahkan. Berusaha, berlaku jujur dengan penemuduga, berkeyakinan. Moga-moga berjaya. Lakukan solat hajat, dan minta restu ibu dan ayah

Ruzain Syukur Mansor

About these ads

68 Responses to PANDUAN TEMUDUGA KPLI/j-QAF

  1. mas says:

    salam,sy dpt interview j-qaf (bah.arab) 14 dec ni.utk esei bahasa arab tu tajuknya umum @ tentang isu semasa?
    sy agak risau sbb dah lama sgt tinggalkan bah arab.last belajar masa spm 13 thn yg lepas.sy apply pengajian islam sbnrnye tp dpt tawaran bah arab.
    bg calon j-qaf,adakah kemungkinan interview dlm bah ingeris?terima kasih

  2. raihanadaniah says:

    salam..

    thanks atas perkongsian ilmu n maklumat..
    jazakallah..

  3. Tamin says:

    salam.. alhamdulillah sy dpt interview kpli j-qaf (pendidikan islam).. adakah mungkin sy di interview dlm bahasa arab atau menulis dlm bahasa arab?

    • ruzainsyukur says:

      untuk opsyen pendidikan Islam, tiada temuduga bertulis bahasa arab. temuduga dalam bahasa melayu, tetapi mungkin interviewer minta juga cakap bahasa arab juga kot, mungkin pasla diri..prepare sikitlah taaruf dalam bahasa arab

  4. sha says:

    sy nk tny serba sedikit info psl panduan temuduga bg Kpli opsyen pendidikan islam…sy dpt temuduga 14 disember ni..arap sgt ade seseorg yg blh bg info n panduan utk sy dpt prepare ketika ditemuduga nnt…

  5. diela says:

    salam, esei bahasa arab tue tuk subjek bhasa arb je ke?

  6. mas says:

    jazakallah…sy akan buat yg terbaik.moga2 dpt ikut jejak langkah ustaz.insyaallah

  7. sha says:

    ustaz..tq 4 ur info.. nk tny 1 lg..klu kite xde pengalaman mengajar, mcm mne ea? tmbh plak, mse kt u sy amik kos lain,tp apply kpli jqaf coz minat sgt nk ajar ilmu agama kt murid2 disamping memantapkn ilmu didada.. sy just ade sijil tinggi agama (STAM) mse di tingkatan 6 dlu..sy asal sek.agama….cume mse kt u amik kos Human resources management(HRM)..arap ustaz dpt bg sdkit pandangan. TQ:-)

    • ruzainsyukur says:

      fahami modul jqaf, search di internet. dan tunjukkan minat untuk belajar jika diberi peluang. cari info tentang kaedah pengajaran kanak-kanak. kemudian ceritakan penglibatan di ipt dan apa-apa penglibatan dengan kanak jika ada. semoga berjaya.

  8. ulum says:

    salam..
    sy dpt intrview pd 13 hb ni plihan b.arab.utk interview kpli-j QAF nt mmg ad soalan esei dlm b.arb ke?sy br first time apply j-QAF ni.syukran..

    • ruzainsyukur says:

      bagi option bahasa arab mmg ada soalan esei , selagi tiada perubahan. tajuk saya susah nak jangka, mungkin berkenaan dengan pendidikan dan pengajaran atau keistimewaan bahasa arab. Susah nak dijangka. Cumanya cuba yang terbaik. rangka sikit-sikit isi, baru mula menulis. insyaAllah moga berjaya ustazah

  9. ejah says:

    askm ustaz… ALHAMDULILLAH…sy dpt tmuduga J-QAF pd 21hb ni…syukran segala maklumat yg ustz bg ni wat semua calon2 tmudga j_qaf….semoga ALLAH memberi rahmat kpd ustz…amin… Disini sy ingin menanyakn bape tempoh ms untk siapkn krg bhs arb ketika tmuduga j_qaf dijln kn…??

    • ruzainsyukur says:

      Tahniah ustazah dan moga berjaya. Saya tidak boleh menjangka tempoh masa yang diberikan untuk soalan esei. Cumanya bertenang dan mual merangka isi sebelum menjawab. Ayat mudah pun tidak mengapa janji ada mempunyai isi bernas. Hurai sikit-sikit. InsyaAllah selebihnya berdoalah.

  10. ila says:

    salam…

    alhamdulillah sy dpt temuduga 14 disember ni..diharap sgt blh berkongsi info n panduan utk sy prepare utk ditemuduga nnt jqaf(pendidikan islam pendidikan khas)…

    • ruzainsyukur says:

      tahniah, teruskan ustazah, sudah saya kongsikan dalam entry blog saya ini. selebihnya adalah kekuatan ustazah. Yakin dan berdoa

    • ibtsm says:

      salam..ila..saya amek sama dengan awak jqaf pendidkn khas..bleh tak kongsi dengan saya soalan apa yg ditanya…?? syukran jazilan

      • ila says:

        salam…alhamdulillah, Allah permudahkan intrvw dan selesai juga urusan intrvw 14hb lalu…sy kongsikn bersama anda pglmn sy pd 14hb lalu…saya adelah sessi kedua temuduga iaitu pkul 10…mula2 kitorg wat krgn bhs arb wpun xamek bhs arb tp tetap ada..ada 2plhn soalan di c2.pas2 sessi diskusi bersama kumpulan,ada isu yg diberi kita diskus sesama kumpulan…lontarkan idea sbyk yg boleh…pas2 brla intrvw individu…antara soalan ditanye…isu pendidikan, bab fekah pun ade,prepare tau…ermm dia suh kite tulis jawi kt white board, bc surah yg kite hfl…moga dipermudahkan urusan shbt2 smua n semoga kite smua mendapat kerjayaan bersama.insya Allah…

  11. nur says:

    salam….

    sy lulusan Kimia tp memohon KPLI J-Qaf (pend. Islam) ambilan Jan 2011.
    sy juga tidak menduga berjaya dalam MTest dan dipanggil temuduga utk temuduga utk kali pertama pd 22hb.
    dan sy tiada apa2 pengalaman mengajar seblm ni.
    bg sesi berkumpulan apakah isu2 yg akan diberi utk dibincangkn…?

    • ruzainsyukur says:

      Isu perbincangan ini sukar untuk dijangka, tetapi mungkin isu sosial dan pendidikan semasa, jadi baca suratkhabar setiap hari, dapatkan fakta dan perbincangan tentang isu semasa

  12. nur says:

    salam…
    bagaimana pula ttg isu yg dibincangkn dalam inteview berkumpulan….?
    apakah topik2 yg mungkin akan diberi…?

  13. Jiehan says:

    Assalamualaikum…

    Saya pon dapat temuduga jQAF 20/12 ni. Apply PI tp dpt BA. Sebelum ni pernah dpt gak temuduga tp ditolak sebab degree sy bukan bidang agama. Lagi pulak, saya tak boleh jawab esei BA. Dah lama tinggal sampai susah nak buat esei. Sebenarnya ada ke yg dapat Jqaf bila degree bidang lain? Saya berharap sangat dapat jadik cikgu. Dah lama tinggal bidang agama. Teringin nak jadi macam dulu balik. Sebab tu saya harap dapat mengajar Jqaf.

  14. prihatin says:

    salam cik jiehan, saya temuduga jQAF 20/12 ni jugak untuk jQAF bahasa arab. Saya kurang pasti dpt ke tak untuk bidang lain. Cuba jelah, mana tau rezki

  15. man says:

    salam.

    nmpknya thn ni rmai calon yg ada dgree bkan major PI diberi peluang utk i’view J-qaf kali ni, mkin rzeki utk org yg pnh amik sbjek Arb/agma… apa pon sape2 yg dh gi i’view kali ni hrp2 dpt share kt sni.

  16. sharfah says:

    salam…saya interview jqaf, opsyen PI 20/12 ni…info2 drp web ni sngat berguna..smg ALLAH permudahkan urusan kita semua yee..
    semoga berjaya…

  17. sagitarius says:

    salam…
    saya baru lepas inteview kpli jqaf (b arab) pd 20 dis bru2 nie. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi krn sy rase sgt mudh perjalanan inteview sy dan sy rase telh wat yg tbaek mgkin. Sy sgt meminati bidang pendidikan krn cita2 sy sejak kcil lg. Adakah saya berpeluang utk dapat?saya berharap sgt dpt.tlg doakan semoga sy dpt menjadi pendidik utk menagajar b arab yg mulia ini.

  18. sagitarius says:

    salam…
    untuk kpli jqaf (b arab) mule2 sy kene exam tahriri krgn b rab.sy x psti sama ada pend islam ada @x ada tahriri b arab. rasanye mgkin ada..selepas tahriri, diskusi group seramai 6 org..dia ada bg 2 tjuk tntg pend pas 2 kte akan berbincg bg pendapat dan akan dinilai.jgn bnyk diam,kene aktif bckp n tunjuk keyakinan.selepas 2, individu..klu b arab kne ready ta’aruf ckit dlm b arab pas 2 dia suh kte bce surh n dia akan tnya tjwid.pas 2 dia ada suh eja tulisan jawi,ade tnye feqh..sbb jqaf nie jawi,quran, b arab,fardu ain…kene bnyk prepare tntg fardu ain..n yg pnting tnjukkan keyakinan..insyaAllah dipermudh kan.Kite same2 doa supaya kite smua dpt jd pendidik yg mulia.aminnn…

  19. faris says:

    Saya dapat tahu sesiapa yag takde degree dari bidang agama agak sukar sikit .Dengar kata markah pun banyak ditolak sekiranya anda dari bidang lain.Saya harap pengambilan dapat dilonggarkan sikit memandangkan calon yang bukan dari bidang agama juga mempunyai asas yang baik..Namun kerana bidang ijazah mereka berlainan.Mereka terpaksa dinafikan..Ini sebenanrnya tidak sihat.Sedangkan masih banyak kekosongan untuk guru j-qaf terutama di Perak dan Pahang.Malahan calon j-qaf juga tidak menolak sekiranya dihantar ke Sabah atau sarawak kerana minat yang mendalam pada bidang perguruan. Jadi diharap dilonggarkan sedikit untuk pengambilan j-qaf akan datang.

  20. Jiehan says:

    Aah btol tu. Bukan saya tak nak sambung belajar dalam bidang agama, tapi dah dapat IPT bidang lain. Bukan senang nak masuk IPT wlpn saya risau jugak nak belajar bukan bidang yg diminati. Then sebab minat mendalam dlm perguruan, saya try la apply JQAF. Penemuduga tu sendri cakap…. saya bleh menjawab dgn baik dlm temuduga ni tapi sbb degree bukan bidang lain… Diorg pon tak dpt nak tolong. Ada ke yg dapat JQAF degree bidang lain? Saya nak apply lg jika keluar lg thn ni….

  21. Silakan bertamu. Ada sedikit perkongsian mengenai panduan temuduga pengambilan guru j-QAF dari blog:

    http://akademipenulisbebas.wordpress.com

  22. fahana says:

    assalamualaikum ustaz, saya berminat untuk memohon kpli jqaf untuk sesi seterusnya..saya tak berapa jelas bagi kursus masalah pembelajaran jqaf..
    terima kasih..

    • ruzainsyukur says:

      option maslah pembelajaran mungkin dikhususkan untuk mengajar murid-murid istimewa yang ada msalah pendengaran. mungkin ada latihan khusus pendidikan khas. apa yang penting tugas mendidik masih sama. jawi al-qur’an, arab dan fardhu ain

  23. nur87 says:

    salam ustaz. mohon bertanya, sy dpt pgln temuduga kpli-jqaf 2012 bahasa arab. apakah soalan lazim yg biasa ditanya dlm interview? adakah soalan bhs arab ditanya time grouping or individu?

  24. salmie says:

    Salam ustaz….sy dapat pngglan tmuduga kpli-jqaf 2012. Betulkah hanya yang ada ijazah Pengajian Islam je yg akan dipilih. Saya hanya ada Ijazah Antropologi dengan minor Pengajian Islam. Adakah ianya diterima ustaz?

    • ruzainsyukur says:

      tahniah di atas panggilan temuduga. Siapapun calon yang dipanggil, anda sebenarnya layak untuk mendapat tempat. Kalu tidak takkanlah mereka meluangkan masa memanggil saudari temuduga. Nasihat saya, cuba yang terbaik insyaAllah ada rezeki

  25. munirah says:

    assalamualaik..
    sy dpt i.view jqaf pend.khas…em ade jugak ke buat insyak arab?mcm thn lps sy dpt jgk i.view jqaf b.arab…jadi sy kurang tahu tentang ap semasa i.view nnt…same je ke klu opsyen b.arab~~

  26. wan arni says:

    salam..saya aply p.khas(pendidikan islam)..saya nak tanya boleh x kongsikan sedikit maklumat tentang ipg yang ade opsyen tentang p.khas sb sy ade mendapat maklumat dari seorang rakan yg mengatakan opsyen p.khas ni ade kat sesetengah tempat je iaitu di kelantan,cheras dan dua tempat lagi saya x ingat..lagi satu..opsyen p.khas ni adakah mengajar pelajar2 kelainan upaya sahaja..saya berharap ustaz dapat membantu saya menjawab kemuskilan ini..dan sy doakan sahabat2 sume berjaya tuk interview nt..insyaallah…

    • ruzainsyukur says:

      tahniah. Mengajar pendidikan khas suatu rahmat dan peluang besar untuk ke syurga. sangat istimewa sebenarnya kalian. jangan fikirkan benda-benda lain, fokus kepada persediaan temuduga. baca buku-buk pendidikan kanak-kanak

  27. Asma' says:

    Assalamualaikum,

    Saya ada jumpa web ni berkenaan Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF- http://tinyurl.com/panduanKPLIJQAF

    Mungkin juga membantu calon2 temuduga KPLI SR j-QAF.

    Wassalam.

  28. sein says:

    salam ustaz…Alhamdulillah…sye dpt utk temuduga kpli jqaf ambilan januari 2012..
    sye dpt b.arab..tp x taw nk prepair ap..
    mohon ustaz bantu bg pendapat..

    • ruzainsyukur says:

      tahniah. sekurangnya preparelah taaruf diri. atau mungkin mengapa memilih menjadi guru. atau juga kaedah mengajar kanak-kanak. dia agak subjektif, sukar untuk dijangka, yang penting baca saja kitab-kitab arab mngenai pendidikan, moga bermanfaat

  29. mujahidah says:

    Assalamualaikum…ana dpt i.view j-qaf p.khas…insya’ b.arab semestinya ada…buat semua yg dpt i.view j-qaf..bersedialah tuk menulis esei nanti..semoga berjaya…

  30. sulianti says:

    Salam ustaz….kalau bidang syariah amik BA ade harapanke time intebiu nanti…? sy dr timur tgh.. tp tataula.. minat sungguh ni kt BA.. kalo ade pluang ngajo nak aje..

  31. salam..saya dpt interview jqaf 12hb nie…masalah saye ialah sijil ijazah saya yg asli belum diterjemahkan dlm bahasa melayu…agaknye ade masalah x nanti..

  32. |portal|direktori|cirebon|media|portal informasi|dilengkapi|peta|online|wilayah|cirebon…

    [...]PANDUAN TEMUDUGA KPLI/j-QAF « AKADEMI PENULIS BEBAS[...]…

  33. Contoh Slide says:

    Trims sebanyak-banyaknya.
    Semoga postingan ini dinilai sebagai amal kebajikan penulisnya yang telah sudi berbagi karyanya…

  34. sha.... says:

    salam ustaz…sy nk tnya ustaz nie adakah semua calon temuduga akan terpilih kerana pointer 2.75 keatas tu????

  35. laila says:

    salam…
    selama pengambilan jqaf ni, ade ke calon yg tidak memiliki ijazah bersesuaian dipilih mnjadi guru jqaf??

  36. Nurul Atika says:

    Salam..Sy degree IT dr Uitm..kali ni kali ke-4 ambil M-TEST baru lulus..Sy mohon jqaf pendidikan khas..harap ada rezeki utk sy..Laila awk pun dpt i/v utk jqaf 2013?degree awk pun tak related ea..

  37. syak says:

    salam, sy mendapat temuduga jqaf utk opsyen pendidikan khas…ble x ustaz trgkan skit psl opsyen ni??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: