PENULISAN ILMIAH:MENJANA ILMU BARU

PERANAN PENDAKWAH DI DALAM MASYARAKAT : ADAKAH HANYA PENGHALAU HANTU?

Itu langkah berani. Berani kerana menonjolkan tajuk penulisan santai dalam tugasan ilmiah M.A. Mungkin tajuk yang sesuai menjadi tajuk buku yang menarik minat orang membaca. Hantar dahulu baru tahu hasilnya. Ini kajian ilmiah. Lantas, kupasannya ilmiah berdasarkan rujukan kepada buku dan jurnal.

Saya menyiapkan tugasan ini untuk matapelajaran isu-isu semasa Pembangunan Sosial, di bawah seliaan Dr Fakhrul Adabi. Perbincangan isu-isu semasa dakwah yang sentiasa membuka minda. Benarlah di kata orang pengajian di peringkat sarjana memerlukan gaya pembelajaran orang dewasa. Bukan diberi dan disuap dengan nota lagi. Tetapi menggerakkan minda dan urat saraf ke arah menjana idea dan perkongsian pendapat yang bernas.

95% siap tugasan ini. Saya menulis dalam keadaan merangkak-rangkak. Terkial-kial menulis nota kaki (footnote). Tidak seperti biasa. Penulisan ilmiah ada gayanya. banyak pula pantang larangnya. Kaedah penulisannya lebih teliti. Cermatnya menulis ilmu. Bukan lagi perihal mengikut pendapat saya…tetapi menurut kajian saya …

Berani berubah. Alhamdulillah. Langkah ini menyedarkan saya. Penulisan santai berdasarkan pemikiran semata-mata tidak sangat membawa kita ke mana-mana. Mungkin setakat kepuasan diri. Tetapi penulisan ilmiah mengangkat martabat diri. Kajian meletakkan kita ini berstatus pemikir. Bukan soal dipandang orang tetapi persoalan mengangkat dan mengungkap hijab persoalan minda. Mengkaji dan menyingkap rahsia.

Dalam 1 bengkel penulisan yang pernah saya hadiri, pengendali latihan tersebut mengatakan pensyarah universiti menulis ala -ala di zaman feudal. Saya kurang pasti apa maksudnya. Tetapi hampir sebulan bergelumang dengan thesis, jurnal dan makalah ilmiah menunjukkan sangkaan itu salah. Penulisan ilmiah mempunyai standard yang harus dikawal dan dipelihara. Penyelia thesis melihat perkataan demi perkataan di dalam penulisan calon sarjananya. Kerana apa? Teliti dan amanah kepada ilmu. Kesalahan tersebut nanti risau akan menjadi rujukan para pemikir terkemudian.

Apapun, moga akademipenulisbebas tidak terkesan dengan penglibatan pengasasnya ke dalam dunia penulisan ilmiah. Akademi ini diasaskan untuk menyimpan 1001 kisah dan pengalaman sebagai seorang penulis. Suatu hari nanti akan dibukukan segala isi kandungannya. Ia telah melalui pelbagai transformasi. Daripada menjadi wadah penulisan santai kepada akademik. Ini transformasi namanya.

Kepada teman-teman yang sudi bertamu, terima kasih diucapkan. Siapalah saya tanpa kalian yang sudi memberi buah fikiran dan pandangan. Moga terus menyumbang pandangan dan idea.

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers

%d bloggers like this: