Berfikir gaya penulis bebas..

May 13, 2008

Assalamualaikum..

saudara penulis bebas..

Berfikir gaya penulis bebas..bagaimana ye?

1.Berfikir seperti seorang doktor

Seorang doktor melihat penyakit untuk mencari ubat yang sesuai.Seagalanya melalui proses diagnostic untuk mencari pakah penyakit pesakitnya .Maka tentulah selepas itu segala butiran ubat yang sesuai dapat diberi.

Berfikir gaya seorang doktor bagi seorang penulis diperlukan apabila kita melihat sesuatu masalah sebagai suatu idea untuk menulis.Penulis yang proaktif pasti melihat masalah masyarakat contohnya sebagai peluang untuk mencari penyelesaian.

Lantas ubat dicanang dan dicadangkan buat pengubat penyelesai kekusutan.Bagaimana? Contohnya kita melihat sampah sarap yang menjijikkan.Maka kita mula mencari idea apakah puncanya.Adakah disebabkan manusia yang alpa?sistem yang kurang berkesan?haiwan yang mencari makan?.cari sedikit fakta apakah ada virus dan penyakit yang boleh menyebabkan manusia terancam?bagaimana pula statistik penyakit berjangkit akibat sampah sarap?.Kemudian penyelesaiannya? apakah ubat yang sesuai? perlu menggunakan kuasa authoriti? khidmat sosial untuk pesalah jenayah? atau apa ya?.

Anda sudah berfikir gaya seorang doktor, apabila anda mencariĀ  kenapakah wujud sesuatu penyakit dan masalah dan apakah ubat yang sesuai untuk mengubatinya.

…Bersambung..

Wacanasyukur