PENA INI MENULIS..

September 22, 2008

idea datang lagi..

baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang editor majalah ilmiah ..bagi seorang penulis bebas, inilah detik yang dinantikan, curahan idea dan daya kreativiti serta pandangan sedikit sebanyak diterima untuk diketengahkan.

 

banyak yang dkongsi bersama, sempat beliau mohon penulis untuk menulis tentang penerimaan dan faktor penolakan remaja terhadap masjid terutama remaja di luar bandar.Telah pun diusahakan untuk tatapan para pembaca seandai diterima untuk disiarkan.

 

Sememangnya diakui oleh editor tersebut, ramai penulis yang berani untuk melontarkan idea dan curahan rasa untuk tatapan umum, namun faktor ketiadaan ruangan untuk diketengahkan mungkin menjadi isu.lantas kerjasama editor-penulis bebas sepatutnya menjadi wacana dan platform untuk menggalakkan budaya penulisan dan luahan rasa di media.Walaupun editor lebih pintar dan expert dengan tugasannya , namun idea penulis bebas dengan kepakaran di bidangnya tersendiri tidak harus diketepikan.

 

Bagi seorang penulis bebas, apa yang dikongsi sebenarnya menjadi suatu kepuasan .Puas apabila hasil kerja dan luahan hati diterima untuk dipertonton ke khalayak massa.

 

Semoga hubungan professional editor-penulis bebas terus subur, demi menyemarakkan dunia penulisan dan sebagai wadah perkongsian ilmu .

 

Ruzain Syukur Mansor


BERTEMU DENGAN RAMADHAN

September 7, 2008

Assalamualaikum..

Ramadhan tahun ini diketemukan dengan kita hamba yang kerdil di sisi Allah. Bulan yang banyak memnyediakan peluang untuk meningkatkan diri ke tahap yang cemerlang.

 

Inilah bulan di mana di buka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka.Maka tepuklah dada adakah kita menjadi insan yang merebut peluang yang ada ataupun membiarkannya ianya berlalu tanpa pengisian.

 

Selain itu Ramadhan ini jiga bulan tarbiah dan latihan malah universiti tarbiah diri yang sepatutnya menginjakkan diri kita ini untuk menghapuskan sifat mazmumah selain menguatkan iman .Semoga kita berjaya grad daripada universiti ini dengan suatu impak yang maksima.

Selamat berpuasa

admin akademipenulisbebas