BERTEMU DENGAN RAMADHAN

September 7, 2008

Assalamualaikum..

Ramadhan tahun ini diketemukan dengan kita hamba yang kerdil di sisi Allah. Bulan yang banyak memnyediakan peluang untuk meningkatkan diri ke tahap yang cemerlang.

 

Inilah bulan di mana di buka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka.Maka tepuklah dada adakah kita menjadi insan yang merebut peluang yang ada ataupun membiarkannya ianya berlalu tanpa pengisian.

 

Selain itu Ramadhan ini jiga bulan tarbiah dan latihan malah universiti tarbiah diri yang sepatutnya menginjakkan diri kita ini untuk menghapuskan sifat mazmumah selain menguatkan iman .Semoga kita berjaya grad daripada universiti ini dengan suatu impak yang maksima.

Selamat berpuasa

admin akademipenulisbebas