Assalamualaikum..
Sebagai guru, cuti sekolah ini bagaikan tiada beza dengan waktu kerja.Alhamdulilah Allah gerakkan hati untuk menulis lagi.Kali ini lantaran permintaan Cikgu Azmi, rakan aktivis remaja JIM yang memintaku untuk menulis buku coretan pengalaman tentang membimbing remaja di masjid.Ianya suatu buku yang membantu aktivis remaja untuk merancang aktiviti remaj dan akhirnya dapat menubuhkan kelab remaja masjid.
Selalunya kita hanya buat program remaja di masjid, tetapi dengan terbitnya buku in nanti, satu lagi pakej bantuan diberi kepada pihak pengurusan masjid iaitu “PANDUAN MENGURUS KELAB REMAJA MASJID’
Menulis memerlukan fokus rupanya.Teringat aku sewaktu mengajar di Limkokwing universiti, ada raka yang mengambil masa hampir 5 tahun untuk menyiapkan tesis masternya .Akhirnya Ustaz tersebut mengambil unpaid leave selama sebulan untuk menyiapakn tesisnya.Sekembalinya dari bercuti panjang, dengan senyumnya dia menyapaku, katanya “rupa-rupanya menulis perlukan fokus”.fahamlah aku mengapa fokus dan tanpa gangguan luar mampu menyebabkan kita leka dengan penulisan.
Kini buku tersebut dalam peringkat akhir penulisan.Cuma perlukan perkongsian daripada rakan-rakan aktivis remaja.daripada hanya menulis artikel di majalah dan akhbar dunia penulis bebas mahu dikembangkan seluasnya demi melihat dakwah ISlamiah berkembang tanpa batasan.
Ketajaman idea amat diperlukan bagi seorang penulis.Buku panduan Mengurus Kelab Remaja Masjid …dlam pembikinan tidak banyak merujuk buku dan kitab lain sebagai pandua.Ia banyak berdasarkan pengalaman ku sejak di UIAM membimbing remaja dan melaksanakan program dakwah.Harap-harapnya ia bakal menjadi panduan kepada guru-guru, pendakwah, ajk masjid dan juga para aktivis remaja yang berminat dengan dakwah untuk golongan muda.
jadi, doakan kejayaan saya..impian bakal menjadi kenyataan, InsyaAllah.
Ruzain Syukur
akademipenulisbebas