Assalamualaikum..
Lewat petang itu saya dihubungi oleh seorang editor majalah yang sememangnya amat komited dengan soal Pendidikan Islam.Saya kaguminya.
Di dalam perbincangan ringkas itu, beliau menyentuh usul pendidikan oleh seorang tokoh iaitu bagi menyatukan j-QAf dan KAFA sebagai suatu sistem Pendidikan Islam.
Berikut komen awal saya sebagai Pelaksana program j-QAF
PENDAHULUAN
Menyingkap sejarah, sememangnya kedua-dua sistem iaitu j-QAF dan KAFA itu menuju matlamat yang sama iaitu untuk memperkasakan Pendidikan Islam.
Cumanya sistem j-QAF berada di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia, manakala sistem KAFA dikendalikan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri.
KURIKULUM
Kalau mahu disatukan kedua-dua sistem ini, maka memang tidak dinafikan akan membentuk sistem Pendidikan Islam yang termantap sepanjang sejarah Pendidikan Islam negara.
Ini kerana kurikulum j-QAF melibatkan Jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab, dan fardhu ain (Ulum Syar’iyyah, Aqidah, Akhlaq, ibadah, sirah selain Bestari Solat menjadi teras).
Kurikulum KAFA pula nampak lebih mengkhusus dengan penekanan kepada sirah, Fiqh, Tajwid, Khat, Al-Qur’an, akhlaq, Bahasa Arab,Tauhid..Bayangkanlah sekiranya kedua-dua sistem ini digabungkan.Alangkah harmoninya.
KOKURIKULUM
Dari segi kokurikulum, di dalam program j-QAF kita ada Kem Bestari Solat, kem Literasi Al-Qur’an, Majlis Tilawah Al-Qur’an dan Festival Nasyid, Kalam Jamaie’ Bahasa Arab, Kem Bina Juara, Kem Bahasa Arab dan sebagainya.
Sistem KAFA juga wujud aktiviti kokurikulum seperti Majlis Amal Islami dengan memberi peluang untuk murid bertanding di dalam Majlis Tilawah Al-Qur’an, Hafazan, Nasyid, Syarahan, Berkhutbah, Khat dan pelbagai pertandingan lagi..
PERJAWATAN
Cuma, dari segi perjawatan, mungkin ada perkara yang harus difikirkan.Sistem Pendidikan Kementerian Pelajaran mensyaratkan guru-guru Pendidikan untuk memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan.
Maka ruang untuk guru-guru KAFA untuk mendapatkan Diploma Pendidikan ini perlu dibuka seluas mungkin.Jika sudah ada ruang untuk Guru Sekolah Agama bantuan Kerajaan (SABK) mendapatkan Diploma Pendidikan, maka ruang yang sama perlu dibuka untuk guru-guru KAFA.
PENYELARASAN
Aspek penyelarasan mungkin juga menjadi isu.Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Pendidikan Islam perlu mengadakan penyelarasan dari segi keselarasan kurikulum dengan Pihak Jabatan Agama Islam Negeri.Ini bagi mengelakkan kecelaruan sistem diantara j-QAF dan KAFA.
SEKOLAH INTEGRASI (AKADEMIK+AGAMA)
Cadangan lain ialah mewujudkan sekolah Integrasi bagi semua murid Islam.Satu sesi untuk Pendidikan akademik, satu sesi lagi difokuskan untuk pembelajaran pendidikan Islam.Bermakna murid berada di sekolah yang sama bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.Ini merana Kurikulum akademik akan dilaksanakan oleh guru akademik di sesi permulaan, sesi Pendidikan Islam pula menjadi sesi kedua dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam melibatkan gabungan Guru j-QAF dan KAFA.
Sesi j-QAF dan KAFA itu disatukan menjadi suatu sistem Pendidikan Islam Baru.Tiada lagi istilah guru j-QAF dan Guru KAFA, semuanya telah ditransformasikan menjadi Guru Pendidikan Islam
Ini bermakna Sistem Pendidikan Islam Baru menggabungkan j-QAF dan KAFA.Guru j-QAF dan KAFA ini diselaraskan perjawatan mereka dari segi gaji dan gred.Tiada perbezaan diantara mereka.
Guru KAFA diserap terus menjadi Guru Pendidikan Islam Kementerian pelajaran Malaysia dengan peluang memperolehi Diploma pendidikan dibuka luas.
Malah, kemasukan guru-guru KAFA untuk menjadi sebahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru Pendidikan Islam j-QAF di sekolah-sekolah yang mempunyai limpahan murid.
Ini menuntut kerjasama dan penyelarasan daripada Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri.Prosesnya sama sepertimana penyerapan sekolah agama menengah negeri kepada pihak Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Persoalannya adakah pihak kerajaan sudah bersedia dengan segala kemudahan jika mahu menempatkan semua murid di bawah sistem Sekolah Integrasi?.Jumlah kelas yang diperlukan pasti berlipat kali ganda.
Bagaimana pula nasib penyelia KAFA dan kakitangan bukan akademik sekolah KAFA.Adakah wujud peluang untuk mereka terus menjalankan tugas di mana-mana institusi.Ataupun kakitangan pejabat tersebut turut diserap menjadi kakitangan bukan akademik sekolah kementerian pelajaran bagi menguruskan hal ehwal Pendidikan Islam.
Jika ada kemampuan dari segi kewangan serta berkemampuan untuk mewujudkan kemudahan infrastruktur, tiada salahnya Kurikulum baru Pendidikan Islam berteraskan sistem j-QAF dan KAFA ini digabungkan.Penyelarasan akan menjadi isu utama.
Kesanggupan pihak-pihak tertentu untuk membincangkan perkara ini pasti membuahkan hasil yang menarik.Jika tidak, teruskan dengan sistem yang ada kerana ianya tidak pun gagal setakat ini..
PANDANGAN DI ATAS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI DAN BUKANNYA PANDANGAN DARIPADA PIHAK AUTORITI..SEKADAR BERKONGSI MENCARI PERKEMBANGAN MINDA..
RUZAIN SYUKUR MANSOR
AKADEMI PENULIS BEBAS.
Idea yang baik.
satu cadangan yang baik.memang tak dapat di nafikan di sekolah kekurangan guru2 pendidikan islam. senario semasa : guru2 akan mengajar bukan dalam opsyen yang di pelajari tetapi untuk mengajar dalam pendidikan agama islam hanya mereka yang berkelayakan dalam bidang itu shaja yang boleh mengajar..so fikir2 kan. adakalanya untuk mendapatkan seorang ustaz di sekolah besar (gred A) pun payah…….
terima kasih kerana sudi bertamu.Semoga sistem Pendidikan Islam kita memikirkan aspek kebajikan guru-guru Pendidikan Islam
ilmu allah yang sama..pengiktirafan yang berbeza
mungkin x banyak yg saya faham..tapi,sekurang-kurangnya saya dah tahu perbezaan kafa & j-qaf