PENULIS SEPENUH MASA VS PENULIS SEPARUH MASA

Assalamualaikum..

Malam ini saya betul-betul melepas geram.3 Entry dalam tempoh beberapa jam.Berbeza topik , berbeza rasa.Maklumlah esok saya akan berkursus di Pangkor , 4 hari.Lama jugalah blog pasti tidak di update.

 

Penulis Sepenuh Masa VS Penulis Separuh masa.

Kedua-duanya mempunyai cabaran berbeza.Siang tadi saya sempat bersembang dengan seorang editor.Antara faktor proses mengedit buku memakan masa berminggu-minggu ialah editornya  adalah editor separuh masa.Jadi, fokus terpaksa berbelah bahagi.Siang masuk ke ofis bekerja, dan tugasan mengedit buku sebagai freelance job.

 

Begitu juga penulis artikel dan buku separuh masa.Ada masa lapang, adalah masa menulis.Andai ketika tugasan di ofis menimbun alamat tak di update lah blog.Lambat dan cepat siapnya sesuatu manuskrip bagi penulis separuh masa banyak bergantung kepada kebijaksanaan mengimbangkan di antara tugasan kerjaya dan minat menulis.Namun, satu petua disiplin menulis bagi penulis separuh masa ialah cuba latih diri untuk menulis sekurang-kurangnya 10 mukasurat sehari.Katakanlah kita meletakkan sasaran 200  mukasurat bagi manuskrip novel.Disiplinkan diri menulis 10 mukasurat sehari.Jika hari ini anda hanya dapat menulis hanya 7 mukasurat sahaja, pastikan esok anda top-up jumlah semalam.Esok  sila tulis 13 mukasurat.

 

Berlainan dengan penulis sepenuh masa.Sumber pendapatan dengan menulis pasti memaksanya untuk sentiasa menggerakkan minda sepenuh masa untuk terus menulis dan menulis.

 

Terus terang saya katakan , saya berada di dalam kategori Penulis  Separuh masa.Bertugas sebagai guru, memerlukan saya banyak mengorbankan masa untuk anak didik dan diri sendiri.Aspek persediaan sebelum mengajar, menyediakan ujian dan peperiksaan, serta lain-lain tugasan mengajar memerlukan perhatian yang tidak sedikit.Itu tidak termasuk arahan dipanggil berkursus di luar daerah dan menganjurkan program pembangunan pelajar.

Namun di dalam kesibukan tersebut, saya merasakan ada sinar untuk saya terus berkarya.Salah satu kejayaan manis saya tahun 2009 ini apabila mendapat kepercayaan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiapkan manuskrip risalah Wahdah Pemangkin Khaira Ummah yang diterbitkan sempena Bulan Dakwah Selangor baru-baru ini.

Manakala dua artikel dakwah tersiar di Berita Harian.1 artikel di Millenia Muslim, 1 artikel di Majalah Pendidik, manakal 2 lagi artikel disiarkan di Majalah Cahaya dan Sinar Rohani JAKIM.

 

Ia jelas menunjukkan ada sinar  bagi penulis separuh masa seperti saya.Kesibukan kerjaya bukanlah faktor utama penulis separuh masa menghadkan minat berkarya.Nama-nama seperti Dr Aminuddin Mansor, Dr Nik Salida (USIM) masih berkarya di majalah dan akhbar walau pun sibuk dengan tugasan sebagai pensyarah.

 

Jadi? siapa pun kita, apa pun kerja kita, tepuk dada tanya minat..Apa pun halangan, 24 jam yang berlalu seharusnya dimanfaat sebaiknya.

Jam menunjukkan 10.45 malam, esok saya akan ke Pulau Pangkor berkursus, namun tangan dan minda ini masih belum mahu berhenti.Bagaikan ada kekesalan andai apa yang muncul di minda tidak diterjemahkan.

 

Kesimpulannya, tiada bezanya antara penulis separuh atau sepenuh masa.Orang yang sibuk adalah antara orang yang pandai menyusun masa.Itu ingatan Pn Martinelli Hashim , pegawai di HEP  UIAM Bhg Khidmat Masyarakat sewaktu saya menjadi PA nya suatu ketika dulu.Dan ingatlah ..”if you fail to plan, means you plan to fail”..

 

 

Ruzain Syukur Mansor

-akademipenulisbebas-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: