SURAM RASANYA MEI 2009 ..

Assalamualaikum..

Izinkan saya mencoret seribu rasa melalui kata ..

 

Mei setiap tahun pasti meriah dengan pelbagai cerita, artikel mahupun pengisian khusus untuk menyambut ketibaan hari guru.Tetapi maafkan saya, tidak untuk tahun ini.Sambutan hari guru 2009 nampak sedikit sepi.Ini jelas dilihat melalui kurangnya lontaran artikel mengenai “guru” di media massa.Saya faham, mungkin kita kekurangan kolum di media perdana , ada isu yang lebih bersifat perdana  untuk diisi.

 

Namun, kita harus rasa bersyukur, masih ada lagi insan ataupun penulis yang sudi untuk berkongsi rasa dan harapan.Masih ada pena yang masih insaf tentang jasa-jasa guru.Lantas, guru dibela, walau melalui mata pena.Siapalah kita tanpa guru.Guru melihat muridnya dengan mata hati.Mereka tahu tahap perkembangan anak didik kerana sekurang-kurangnya 8 jam sehari mereka bersama di sekolah.Itulah sebabnya ada di kalangan guru yang kecewa apabila media terlalu mudah menyalahkan guru apabila timbul sesuatu isu.

 

Sehari dua ini blog akademipenulisbebas saya ini sibuk dengan pencarian kata kunci “guru”  “pendidik” dan seumpama denganya.Sementelah banyak tulisan yang tercatat berkisar tentang dunia pendidikan dan perguruan.Saya seorang Guru!, jadi siapa lagi yang ingin diharapkan untuk membela nasib guru andai tidak seorang guru?.baru-baru ini saya terbaca tulisan seorang editor kanan di sebuah syarikat penerbitan melalui blognya.Beliau mengulas tentang bagaimana hasil tulisan seorang guru melalui manuskrip yang dieditnya mengenai kehidupan remaja di sekolah.Rencah perjalanan hidup seorang remaja tersebut begitu hidup.memanglah! seorang guru dapat melihat dengan secara langsung tentang perkembangan seorang kanak-kanak sehinggalah bergelar remaja.Memang patut sangatlah penceritaan novel guru tersebut digelar sebagai ‘hidup’.

 

Inilah kelebihan seorang guru.Guru dapat melihat perkembangan emosi dan jasmani seorang insan samada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa secara jelas di depan mata.Ragam dan rengekan kanak-kanak, keasyikan remaja bermain emosi semuanya boleh diceritakan hasil pengalaman berhadapan dengan murid dan pelajar.Itu tidak termasuk ragam manusia pelbagai diwakili ibu-bapa, tukang kebun, kerani, pegawai pendidikan dan sebagainya.Semuanya memerlukan gaya santunan dan layanan penuh hikmah.

 

Itu sebabnya seorang guru memang mudah mesra dengan insan yang lain.Hari ini sahaja saya berhadapan dengan 360 orang murid di sekolah.Ada 33 orang guru dan rakan sekerja juga yang perlu dilayan.Minggu lepas saya dikunjungi 15 orang nazir daripada Jemaah Nazir Selangor.Bermaksud saya berhadapan dengan hampir 400 jenis karakter dan personaliti yang berbeza.

 

Itulah sebabnya juga kita akan berasa cukup asyik apabila membaca memoir atau kisah hidup seorang guru.Amat banyak yang akan diceritakan.Begitulah.Saya yakin bahawa di kalangan pengunjung blog saya ini sebahagian besarnya adalah guru.Tulislah pengalaman anda.Pasti menarik untuk dikongsi.Guru dan dunia penulisan dipisah tiada.Jadi ayuh kita rancakkan penulisan tentang pendidikan dan perguruan di ambang sambutan Hari Guru 2009 ini.Jangan biarkan sambutan kali ini suram dek kelalutan polemik masyarakat yang pelbagai.

 

SELAMAT HARI GURU!.

Saya meraikanhari guru bersama murid-murid SK Bandar Baru Selayang 2 essok.Dijemput untuk mengendalikan Program Kepimpinan Pengawas sekolah.Begitulah guru.Berkhidmat untuk membangun ummah

 

Syukur

akademipenulis bebas

2 Responses to SURAM RASANYA MEI 2009 ..

  1. kamil010290 says:

    bagus..
    salam kenal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: