ERTI MASA BAGI PENULIS BEBAS

May 21, 2009

“….Boleh kita lantik akh Syukur sebagai Pengarah program? Kalau target dapat publish bulan Jun, bila cadangan tarikh utk program penulisan dakwah kreatif & peraduan menulis artikel dakwah? boleh kita tulis ttg isu semasa remaja & belia.” Begitu bunyi email daripada seorang rakan aktivis remaja dan belia NGO yang saya sertai.Saya terkedu.Bulan ini sahaja saya terlepas untuk memastikan artikel sempena hari Buruh dan Hari Guru tersiar di akhbar dan majalah.

Di mana silapnya.Mungkin juga kurang bijak mengurus masa.Balik saja dari Pulau Pangkor berkursus, kemudian terima satu lagi panggilan kursus Jurulatih Kokurikulum Pendidikan Islam Selangor di Port Dickson.Terus berkampung membina modul program modal insan dan sahsiah murid-murid.

“ustaz, kamu masuk team penulisan dakwah kami!” sapa pula Penolong Pengarah Dakwah Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Selangor. Memarik! tapi pasti perlukan komitmen tambahan.

Betapa masa begitu mencemburui sehingga saya gagal untuk patuh kepada target yang saya tetapkan sendiri.

Begitu rupanya kehidupan seorang penulis separuh masa.Andai silap mengatur masa, pasti hanyut dengan kesibukan yang sentiasa mengekori.Kehidupan dan kepercayaan orang terhadap kita pasti memberikan kita tanggungjawab untuk ditunaikan.Amanah jangan dibaca sebagai bebanan.Tetapi itulah harga yang harus dibayar.Bagi seorang penulis separuh masa, pintarnya kita mengatur masa merupakan tiket untuk terus memastikan hasil penulisan terus dibaca masyarakat.
Moga-moga saya dikurniakan kekuatan dan semangat untuk menebus kembali kelalaian sepanjang 2-3 minggu ini.Perancangan akan diatur.InsyaAllah, Manuskrip Buku dakwah dan Teknologi maklumat akan cuba dikemaskini untuk dihidangkan untuk penilaian JAKIM.Moga ia menjadi manuskrip kedua yang akan diterbitkan.

Semoga ada sinar harapan untuk  aku  kembali bersemangat semangat untukk berkarya..

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com