TRAVELOG PENULISAN DAKWAH :SUATU IMPIAN

May 23, 2009

Saya cukup terkesan dengan penglibatan di dalam Kursus Pembinaan Modul dan Manual Kokurikulum Dakwah yang berakhir semalam.banyak yang boleh saya belajar.Sememangnya dunia latihan dan penulisan dakwah adalah suatu fenomena yang menggamit hati saya.Inilah ruang dan peluang dakwah yang begitu menarik untuk diceburi .

 

Rata-rata pasti bersetuju jika saya mengatakan buku-buku bestseller yang laku bagai pisang goreng panas di Malysia adalah hasil tulisan pendakwah terkenal.Contohnya Prof Harun Din, Dr Danial, Dr Ismadi.Mereka terlibat secara langsung di dalam bidang dakwah dan motivasi.Lantas ada bingkisan yang boleh di bawa pulang oleh peminat mereka sebagai bingkisan minda.Kebanyakannya begitu bukan?.Ada banyak faedah seorang jurulatih mahupun pendakwah mempunyai buku iaitu:

 

  • Sebagai bacaan tambahan kepada masyarakat
  • Buku dapat mengupas secara lebih lanjut dan bertulis dan boleh menjadi bacaan tambahan kepada ceramah
  • Dapat diulang baca berkali-kali
  • Menjadi warisan ilmu walaupun penulis telah meninggal dunia

 

Namun , saya juga tidak menafikan , ada juga penulis yang diminati bukunya kerana memang mempunyai daya keistimewaan tersendiri.Ini terutama kepada penulis novel yang bijak memainkan emosi pembaca dengan gaya penceritaan yang menarik.

 

            Cuma yang ingin saya tekankan, salah satu trend penulisan kini adalah penulisan blog.Ada pula penulis yang membukukan hasil tulisan mereka menjadi sebuah buku.Travelog gitu.Salah satu blog dakwah yang saya gemari adalah blog Ustaz Hasrizal Jamil www.saifulislam.com .Penulisan yang bersifat travelog itu apa salahnya di murnikan dan dibukukan menjadi travelog dakwah bertulis.

 

            Sebgai jurulatih, pendakwah malah pendidik, golongan ini banyak berhadapan dengan manusia dan pelbagai keadaan dan cabaran.Justeru, sepatutnya cabaran ini menjadi sebuah travelog , ditulis di blog mahupun di diari.Disimpan menjadi koleksi peribadi sahaja mungkin menjadi suatu  kerugian.Justeru, gunakanlah peluang yang ada dengan penglibatan sebagai apa juga kapasiti untuk dituliskan menjadi travelog.

 

            Untuk itu saya juga berusaha untuk menggerakkan suatu penulisan Travelog Penulisan Dakwah yang kelak bakal menjadi sebuah buku untuk tatapan ramai.Buku-buku ”Buat Duit Dengan menulis” , ”Tips Menjadi Penulis Best Seller” karya Saudara Zamri Mohammad menjadi inspirasi kepada saya sehinggalah saya mula berkarya di Blog Akademi Penulis Bebas ini.Penulisan dakwah di akhbar dan majalah pula kini sudah masuk tahun ke empat , Cuma agak ketinggalan sebulan dua ini.Manuskrip buku pula kini di peringkat akhir dan pemurnian di tangan penerbit.Moga-moga usaha menggerakkan Travelog Penulisan Dakwah ini menjadi realiti suatu hari nanti.Ini bermakna coretan saya sepanjang mengendalikan Blog Akademi Penulis Bebas ini mungkin sebahagiannya nanti menjadi content kepada Travelog Penulisan Dakwah itu nanti.Yang pastinya saya mencari fokus dan akan kembali hebat menjelang cuti persekolahan Jun nanti.Menulis memerlukan fokus.Itu pegangan saya.

 

            Ada dua fokus saya cuti sekolah nanti.Menulis dua buku sekali gus.Buku A to Z:Tips mengendalikan Program Motivasi bakal saya tulis bersama sahabat Rafaeim, manakala manuskrip buku Aduhai Remaja saya hasilkan sendiri buat panduan remaja dan penggerak remaja.

 

            Alhamdulillah, pagi ini akhirnya saya temui semula momentum penulisan yang sedikit hilang 2-3 minggu lalu ni.Apabila momentum itu hadir ia akan terus memecut terus menuju suatu mercu.

 

 

Ruzain Syukur Mansor

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com


KUTEMUI SEMANGAT BARU

May 23, 2009

Alhamdulillah, baru segar rasanya setelah mendapat rehat yang cukup.Walaupun kursus Pembinaan Modul Kokurikulum Dakwah yang berakhir semalam tidak melibatkan aktiviti fizikal, tetapi amat menggunakan daya kreativiti minda yang cukup maksimum.Lemah rasanya badan setelah memerah idea menghasilkan manual dan modul untuk program dakwah pelajar pelbagai latar belakang.InsyaAllah akan dibukukan dan diedarkan ke sekolah-sekolah Selangor.

 

Syabas dan dan tahniah kepada ustaz Shopuan Anuar, penolong Pengarah Kanan Dakwah , Jabatan Pelajaran Selangor yang mengusahakan inisiatif ini.

 

SEMANGAT BARU.

Ustaz Shahrul Azmi, Jurulatih Penulisan Selangor di dalam ucapan penggulungan bengkel menghasilkan manuskrip “Guru Jutawan Akhirat” nya menggariskan beberapa perkara berikut:

  1. Penulis buku meninggalkan legasi.Memang betul, matinya seorang penulis tetapi meninggalkan amal melalui penulisannya selagi dibaca orang.Apatah lagi seruan penulisan di buku yang ditulisnya diamalkan orang.
  2. Para jurulatih perlu berada bersama madu’ secara fizikal untuk berdakwah, tetapi penulis hanya memastikan buku dakwah tulisannya bersama madu’ tanpa perlu berada bersama mereka.Bermaksud, penulis boleh bersifat sebagai pendakwah bagi beratus orang malah beribu insan pada satu-satu masa dengan syarat karya tulisannya berda di tangan ,madu’ tersebut.
  3. Siapalah daie’ tanpa travelog dakwah.Sepatutnya pengalaman dakwah para daie ditulis dan dibukukan.pendakwah seorang yang kreatif.Banyak sekali pendekatan yang digunakan yang boleh dikongsi  jika dibukukan sebagai catatan travelog dakwah.Saya sokong pendapat ini.Lihat saja buku Travelog Dakwah Menuju Hari Esok karya Prof Kamil UiTM Johor.Kini menjadi best seller dan menjadi inspirasi para daie’.

 

Saranan ini disokong oleh Ustaz Shopuan Anuar Sendiri, katanya:”Kita boleh kuburkan jasad penulis ini, tetpi tidak mindanya”.Betul! saya setuju.Itulah sebabnya ada di kalangan penulis hebat yang menghasilkan tulisan di penjara ketika jasad mereka disekat daripada memberikan inspirasi kepada yang lain.Jasad penulis boleh dipenjarakan tetapi tidak mindanya.Minda seorang penulis hebat pasti terus merencana penulisan berinspirasi untuk menginspirasikan insan lain.

 

Justeru, dengan suntikan ini sedikit sebanyak memberikan semangat baru untuk saya bangun daripada kelembapan ini.InsyaAllah  saya mula bangun sedikit demi sedikit dari lamunan yang panjang.jangan biarkan kesibukan untuk meninggalkan tanggungjawab sosial untuk memberikan inspirasi kepada yang lain melalui tulisan.

 

Terima kasih rakan-rakan yang memberikan sokongan untuk saya bangkit ke tahap biasa.Syukran.