Karya terindah 2:Budaya Takpa sudah Menular di Taman Ilmu dan Budi
Assalamualaikum
”Ibu! Ibu! Aiman nak aiskrim tu!”, pohon anak kecil itu kepada ibunya.”Boleh, tetapi jangan banyak sangat, boleh memudaratkan”, tegas ibunya bertempat.Anak lelaki bujangnya asyik membaca akhbar Kosmo sambil bersandar di tepi dinding.Begitulah suasana ceria hujung minggu apabila ibu muda itu menghabiskan masa melawat anak bujangnya di Taman Ilmu dan Budi itu.
Sememangnya Taman Ilmu dan Budi memang terkenal sebagai medan melahirkan modal insan lantas memupuk kesantunan rohani.
Langkah Zaid, seorang penulis muda terus menghampiri Bank Muamalat berdekatan dengan Masjid.Kehadirannya hari itu bagi menajamkan kemahiran penulisannya melalui bengkel yang diikutinya.Matanya tertancap kepada sign board berbunyi ’stick no bill’ pada dinding berhampiran Bank tersebut.Alangkah terkejutnya dia melihat kesan tampalan iklan pada dinding tersebut yang mencacatkan pandangan.”Alahai..budaya takpa sudah mula meresapi Taman Ilmu dan Budi,” hatinya bermonolog.
Langkahan anak muda itu terus menuju ke mesin ATM berdekatan.”Lagi satu budaya takpa”, hatinya terus berbicara.Papan kenyataan berdekatan tidak diurus dengan baik.Ditampal sesuka hati.Bersepah dengan pelbagai iklan.
Ini tidak termasuk sign board ”clamping zone”.Seolah-olah dicabar dan dipermainkan.Dimana ada papan tanda dilarang meletak kereta, disitulah kenderaan diletakkan.”Mengapa bersikap takpa sebahagian warga Taman Ilmu dan Budi ini?”, hati Zaid bernada marah.
Sepatutnya papan tanda berbunyi ”Be ware!, this is CCTV recorded area!” yang ditampal di sekeliling bank itu ditukar sahaja bunyinya begini “Beware!, This is Allah’s recorded area!, you are monitored by Allah”.memang kasar bunyinya tetapi memberi mesej yang jelas.Pemantauan manusia mungkin belum mampu menyedarkan ummat.Tetapi manusia beriman pasti gentar apabila menyedari dirinya diperhatikan Allah.
Tiba-tiba…”Assalamualaikum!”, sapa seorang mahasiswa mungkin daripada Cina khusus untuk Zaid pastinya.”Waalaikumussalam”, jawabnya ringkas.Alhamdulillah, tidak semua warga Taman Ilmu dan Budi diresapi budaya takpa.Masih ada yang sudi bertegur sapa walaupun kita asing di bumi ini.Masih ada yang masih erat rasa kasih dan sayang kepada saudaranya.
Sebelum kakinya melangkah pergi, sempat matanya terlihat papan tanda program berbunyi ”How to create ”A” Power Point Presentation”.Rasanya sedap mata memandang apabila ditukar sahaja wording tersebut menjadi ”How to Create ”A” Akhlaq Presentation”.
Ada sinar di hujung terowong.Budaya takpa masih ada ruang untuk dicantas kewujudannya di bumi ini.Jangan biarkan bumi Taman Ilmu dan Budi ini diresapi budaya takpa.Jangan biarkan!..
Ruzain Syukur Mansor
Kawasan Bank Muamalat dan Bank Islam
30 Mei 2009 (2.15-2.45 p.m.)