BUDAYA TAKPA CUBA MERESAPI TAMAN ILMU DAN BUDI

Karya terindah 2:Budaya Takpa sudah Menular di Taman Ilmu dan Budi

 

Assalamualaikum

 

”Ibu! Ibu! Aiman nak aiskrim tu!”, pohon anak kecil itu kepada ibunya.”Boleh, tetapi jangan banyak sangat, boleh memudaratkan”, tegas ibunya bertempat.Anak lelaki bujangnya asyik membaca akhbar Kosmo sambil bersandar di tepi dinding.Begitulah suasana ceria hujung minggu apabila ibu muda itu menghabiskan masa melawat anak bujangnya di Taman Ilmu dan Budi itu.

 

Sememangnya Taman Ilmu dan Budi memang terkenal sebagai medan melahirkan modal insan lantas memupuk kesantunan rohani.

 

Langkah Zaid, seorang penulis muda terus menghampiri Bank Muamalat berdekatan dengan Masjid.Kehadirannya hari itu bagi menajamkan kemahiran penulisannya  melalui bengkel yang diikutinya.Matanya tertancap kepada sign board berbunyi ’stick no bill’ pada dinding berhampiran Bank tersebut.Alangkah terkejutnya dia melihat kesan tampalan iklan pada dinding tersebut yang mencacatkan pandangan.”Alahai..budaya takpa sudah mula meresapi Taman Ilmu dan Budi,” hatinya bermonolog.

 

Langkahan anak muda itu terus menuju ke mesin ATM berdekatan.”Lagi satu budaya takpa”, hatinya terus berbicara.Papan kenyataan berdekatan tidak diurus dengan baik.Ditampal sesuka hati.Bersepah dengan pelbagai iklan.

 

Ini tidak termasuk sign board ”clamping zone”.Seolah-olah dicabar dan dipermainkan.Dimana ada papan tanda dilarang meletak kereta, disitulah kenderaan diletakkan.”Mengapa bersikap takpa sebahagian warga Taman Ilmu dan Budi ini?”, hati Zaid bernada marah.

 

Sepatutnya  papan tanda berbunyi ”Be ware!, this is CCTV recorded area!” yang ditampal di sekeliling bank itu ditukar sahaja bunyinya begini “Beware!, This is Allah’s recorded area!, you are monitored by Allah”.memang kasar bunyinya tetapi memberi mesej yang jelas.Pemantauan manusia mungkin belum mampu menyedarkan ummat.Tetapi manusia beriman pasti gentar apabila menyedari dirinya diperhatikan Allah.  

 

Tiba-tiba…”Assalamualaikum!”, sapa seorang mahasiswa mungkin daripada Cina khusus untuk Zaid pastinya.”Waalaikumussalam”, jawabnya ringkas.Alhamdulillah, tidak semua warga Taman Ilmu dan Budi diresapi budaya takpa.Masih ada yang sudi bertegur sapa walaupun kita asing di bumi ini.Masih ada yang masih erat rasa kasih dan sayang kepada saudaranya.

 

Sebelum kakinya melangkah pergi, sempat matanya terlihat papan tanda program berbunyi ”How to create ”A” Power Point Presentation”.Rasanya sedap mata memandang apabila ditukar sahaja wording tersebut menjadi ”How to Create ”A” Akhlaq Presentation”.

 

Ada sinar di hujung terowong.Budaya takpa masih ada ruang untuk dicantas kewujudannya di bumi ini.Jangan biarkan bumi Taman Ilmu dan Budi ini diresapi budaya takpa.Jangan biarkan!..

 

 

Ruzain Syukur Mansor

Kawasan  Bank Muamalat dan Bank Islam

30 Mei 2009 (2.15-2.45 p.m.)

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

5 Responses to BUDAYA TAKPA CUBA MERESAPI TAMAN ILMU DAN BUDI

  1. Halim says:

    Assalamualaikum abang Syukur.

    Halim di sini. Menulis dari Keramat. Wah, tak sangka minat menulis abang sangat mendalam. Tak sampai satu hari selepas berbengkel dah menulis dalam blog.

    Abang Syukur pernah menulis buku ke sebelum ni?
    Dah berapa lama terlibat dalam dunia penulisan?

  2. ruzainsyukur says:

    waalaikumussalam..

    Bila ditanya bab buku ni..sedih sikit.
    manuskrip buku karangan saya bersama cikgu Azmi Musa bertajuk Tips Urus Kelab Remaja Masjid kini baru lepas proses DTP, masuk fasa akhir untuk diterbitkan oleh JIM Media, doakan ianya cepat terbit ya!

    Syukur
    http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

  3. ruzainsyukur says:

    Syukran 3X

    Dtp tu lebih kurang lay out final sebuah draft sebelum diprint buku.lebih kurang macam tulah.saya pun baru belajar sikit-sikit tentang penerbitan buku ni

    Ruzain Syukur Mansor
    http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

  4. info ternak says:

    wah bagus nih informasinya, terimakasih ya mas udah sharing sama kita-kita
    jadi tambah ilmu baru nih. yuk kalau ada waktu luang sobat, mampir jalan-jalan ke blog sederhana saya, sekedar silaturahmi [info ternak]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: