SUKARNYA MENILAI BAKAT

June 23, 2009

 

Siang tadi, saya agak sibuk di padang.Latihan sukanlah  katakan.Saya sibuk mencari jawapan kepada satu persoalan.Tiba-tiba sahaja seorang anak murid saya yang sedang bersedia di garisan permulaan acara larian mengangkat ibu jarinya ke arah saya..isyarat bagus.Spontan saya membalasnya memberi inspirasi.Wisel berbunyi.Murid tersebut memecut pantas dengan penuh bergaya.Jauh meninggalkan rakan, lantas membantu rakan sepasukan muncul juara.Dia tersenyum puas.

Saya cuba mentafsir isyarat bagusnya tadi:

1.Dia amat berkeyakinan untuk muncul juara

2.Dia memohon restu dan semangat daripada guru merangkap jurulatihnya

3.Dia memberikan semangat kepada dirinya sendiri.

Sepanjang seminggu dua latihan sukan ini, saya melihat pelbagai ragam dan bakat murid.Ada beberapa kelompok murid:

1.Murid pintar  yang sentiasa berkeyakinan tinggi dan bermotivasi ketika beraksi di padang mahupun di trek.Lantas muncul pesaing hebat mahupun juara.Pintar dan pantas mencipta idea baru serta kreatif untuk mencipta kemenangan.

2.Murid pintar tetapi terbukti hanya dalam bidang akademik, tidak di padang.Beku di tengah padang.

3.Murid sederhana di dalam pelajaran, sederhana juga dalam sukan.Perlu didorong dan diajar teknik yang betul

3.Murid lemah dalam bidang akademik tetapi hebat di tengah padang.Banyak menggunakan kelebihan fizikal seperti ketinggian untuk menang

4.Murid lemah akademik dan terus bermasalah untuk menyesuaikan diri di tengah padang.Sedih juga apabila ada di antara golongan ini yang menjadi mangsa ejekan rakan-rakan yang lain.

Apakah ada kajian yang menunjukkan ada hubungkait di antara kecerdasan minda dengan bakat kinestetik.Apakah murid aktif mindanya berkemungkinan besar boleh memanipulasikan kepandaiannya untuk memenangi sebarang pertandingan ?

Secara rambang, ada juga peratus jawapannya adalah ya.Bijak di dalam kelas, hebat di padang.Namun, ada juga murid bijak yang tidak mampu berfikir di luar kotak.Ada yang hanya mengikut arahan yang diberi 100% tanpa sebarang idea kreatif buat memonopoli gelanggang.

Tidak juga dinafikan , ada juga yang hanya hebat dengan lariannya yang pantas.Tapi sederhana dalam bidang akademik.Itu mungkin hanya bergantung  bakat yang menunjangi diri sejak azali.

Di padang, kehebatan strategi guru teruji.Kepintaran, bakat, kelebihan fizikal menjadi taruhan.Murid pintar hanya memerlukan sedikit bimbingan dan tips.Jangan risau, adalah aksi yang tidak terfikir dek akal akal diperkenalkan oleh murid kreatif.Murid sederhana , walaupun berbakat , perlukan bimbingan  yang tersusun rapi.Murid berkelebihan fizikal akan nampak gah dan ego sebahagiannya , memandang rendah lawan dan akhirnya tumpas dek strategi lawan. 

Justeru, jalan terbaik adalah dengan menggabungkan unsur kepintaran, bakat dan kelebihan fizikal.Dalam satu-satu pertandingan kategori berkumpulan terutamanya.Murid pintar menjadi master mind, menyusun strategi.Bakat menjadi tunjang.Menjadi penyelamat dan pelaksana misi.Mereka sudah azali begitu.Buat apa pun menjadi.Kelebihan fizikal pula pasti suatu kelebihan.

Pemain bola sepak Korea Selatan hampir sama saiznya dengan orang melayu.Tetapi mereka kini di kelas dunia, kita hanya baru bertatih mencari tapak kukuh.Fizikal bukan ukuran kejayaan.Kepintaran?lihat kejayaan Nicol An David 7A dalam PMR kalau tidak silap.Pintar dan cerdas.Itu sepatutnya wajah anak-anak Malaysia.Pintar bukan hanya disorok di rumah.Kepintaran mereka disalurkan sepatutnya untuk membangun sukan.Itu sebabnya Sekolah Sukan Bukit Jalil ditubuhkan membangun bakat sukan pelajar dan dalam masa yang sama membangun minda dan intelek.

Kelebihan fizikal?bukankah ia suatu kelebihan.Tetapi perlu dipandu dengan minda bukannya nafsu.

Bayangkan sebuah pasukan dianggotai murid pintar,berbakat dan ditunjangi murid yang mempunyai kelebihan fizikal.Si pintar mengatur strategi, murid berbakat sedia dengan kebolehan.Bersedia untuk memberi pertolongan tambahan.Sedia dengan bakatnya.Murid dengan ketinggian dan kegagahan sedia bekerja lebih daripada yang lain.Pasti kemenangan dimiliki.

Jadi silakan wahai pembangun bakat, penggerak Sekolah Bakat untuk membuat analisis daripada pengalaman sebenar di sekolah saya.Analisis keadaan ini.Ini ujian buat kalian sebelum turun membangun bakat di sekolah-sekolah.Ini antara situasi di sekolah-sekolah.

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

Advertisements

Menanti 12.01 am 22 Jun 09

June 21, 2009

 

Detik ini jam 10.30 malam.Beberapa detik menuju 22 Jun.Jarang ditunggu detik ini.Sedar-sedar, esoknya berebut sms menjengah telefon bimbit hadiah isteriku.Selamat Hari Jadi!.Oh! dah bertambah setahun lagi rupanya umur ini.Tahun ini 29 tahun.Tahun terakhir di zaman 20-an.Tahun 2010 sudah 30 tahun menjadi penghuni dunia pinjaman ini.

 

Ada sebuah hadis Rasulullah SAW berbunyi:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum datang masa sakit, masa kaya mu sebelum papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.

*********************************************

”Tolong! Tolong! Laungku” ketika itu terasa nyawa bagaikan mahu tercabut.Hampir lemas ketika ”berkubang” (berendam) di dalam kolam buta di depan rumah atok.Mujur ada Izrul sepupuku memberikan bantuan..Alfatihah buat Allahyarham Izrul Barahim, sepupuku yang telah menemui Ilahi di usia 19 tahun.Hati mana yang tidak tersentuh, insan yang  menjadi hero memberi bantuan kepadaku  kini bersemadi di alam abadi di usia remaja.

Allahyarham Razak dan Nazori, rakan sepermainan di SMA Izzuddin Shah kini juga bersemadi abadi di sisiNYA.Masih teringat-ingat kenangan indah bersama mereka.Usia muda itu telah dijanjikan sebagai pinjaman dari Allah.Redha dan pasrah itu pegangan orang beriman.

Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal umur dan detik.Muda atau tua, suka atau tidak, segalanya sudah ditentukan.Dikatakan apabila diletak gambar dan patung di dalam rumah, maka malaikat akan jauh dan tidak masuk kerumah tersebut.Tetapi tidak Malaikat Izrail , Malaikat mencabut nyawa.Segala janji pasti tertunai.Segala yang tersurat pasti dilaksanakan apabila tiba masanya.

29 tahun yang menginsafkan.Teringat kepada kata-kata Ustaz Shopuan Anuar, Penolong Pengarah Dakwah Kanan Jabatan Pelajaran Selangor dahulu.

”Jika saya mati, saya mahu mati sebagai seorang guru dan pendidik yang puas menabur bakti.Begitu juga saudara, matinya saudara nanti meninggalkan legasi dan penulisan yang terus menjadi rujukan dan amal jariah yang berpanjangan” katanya memberikan motivasi kepada jurulatih dan panel penulis buku Guru Jutawan Akhirat yang kini di dalam proses akhir penerbitan

Ya, amal jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak soleh itu bekalan setelah nyawa berpisah dengan jasad.Penulisan yang memberi manfaat diharapkan menjadi amal yang berpanjangan sifatnya.Justeru, penulisan sifatnya menyediakan bekalan.Selagi ia bermanfaat dan terus memberi manfaat kepada pembaca.Dalam banyak-banyak penulisan, pasti ada satu dua kalimah yang menyentuh hati,  lantas mencetus perubahan.Lantas, teruslah dan terus menulis.Moga ia menjadi bekalan di alam abadi.

Moga tempoh 29 tahun menumpang bumi Allah ini menjadi medan dakwah dan terbiah buat diri ku.Insan kerdil.Menulis dan terus memberi inspirasi.Bergaul dengan rakan setugas yang jauh lebih berpengalaman di dalam ilmu kehidupan memberikan inspirasi dan mempercepatkan kematangan.

 

Bersambung…

Ruzain Syukur Mansor

11.00 p.m.

Countdown to 22 June 2009


Ayah…

June 21, 2009

Bingkisan untuk kita mengingati insan bernama ayah..

Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com
Ketika kejauhan
Masihku hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati…..


SABARNYA MENANTI..

June 20, 2009

Assalamualaikum..

Hari ini masuk bulan ke 6 menanti detik manuskrip buku A to Z:Tips Urus Kelab Remaja Masjid menjadi sebuah buku.Ada sedikit sinar dua hari lepas.”Ruzain, Akh Zukri nak jumpa kita di pejabatnya malam Jumaat ni.Buku dah siap,” kata Cikgu Azmi AKA rakan penulis buku tersebut.Tempoh menunggu yang amat lama rasanya.Sampai kadang-kala semangat untuk menulis sedikit menurun.Namun itulah cabaran dunia seorang penulis.Bersabar dan terus bersabar.Rupanya menanti untuk manuskrip bertukar menjadi buku lebih hebat azabnya daripada menunggu artikel disiarkan di akhbar.Artikel saya yang terbaru disiarkan setelah lebih kurang enam hari diemailkan ke editor Berita Harian.

Bersabar dan terus bersabar.Hari ini juga saya menghabiskan tempoh dan hari-hari membosankan dengan berjalan-jalan sambil mencuci minda di MPH Bookstore Klang.Tanganku pantas membelek-belek buku orang.Di dalam hati berkata “bilalah aku nak belek buku sendiri ni!”.Hati kembali menemui sedikit keceriaan apabila membelek buku-buku rakan penulis yang lain.Isteri yang memahamiku sebagai pencinta buku faham benar dengan sifat asyik mahsyukku apabila ketemu dengan kedai buku.Ditinggalkannya seketika untukku terus bermanja dengan buku-buku di MPH.

Akhirnya buku “60 Ways To Change Your Life” karya Lynda Field menjadi pilihan.Ada 60 tip untuk mengubah keadaan diri.

How to say No!

Bad times will pass!

Everything change!

Persistence pays!

Dreams can come true-Just believe!

Forgiveness creates happines!

expect the best!

Banyak lagi…!

Bukunya kecil, bersaiz poket.Adakalanya idea baik itu boleh  dijadikan inspirasi.Penulis yang luntur semangatnya wajar mendapat inspirasi penulis lain.Memang betul.Saat ini saya menatap buku Panduan Praktis Organisasi Remaja Masjid karya Ir Siswanto, seorang aktivis dakwah Indonesia.Subhanallah!, kandungannya menyentuh tentang apa yang saya usahakan.Dakwah remaja masjid.Tetapi, ia hanya saya temui di The Mines sewaktu Pameran Buku yang lalu.Setelah beberapa bulan saya menyiapkan manuskrip A to Z:Tips Urus Kelab Remaja Masjid.

Naik dan turunnya semangat seorang penulis bebas sama seperti pasang dan surutnya air di lautan.Tidak menentu waktu dan keadaannya.Adakalanya hebat, adakalanya biasa-biasa sahaja.Sukar untuk digambarkan dengan perlambangan.Saya teringat kepada seorang rakan sebengkel penulisan yang lalu.Dia menggambarkan rasa panas mentari di atas kepala seperti tubuh yang diselimuti 10 helai  selimut tebal.Panas tetapi tidak sampai peringkat membakar.Begitulah panas mentari rasanya.Panas tetapi tidak sampai ke peringkat panas membakar diri.

Akhirnya semangat itu datang tiba-tiba.Saya kembali ke rumah dengan semangat berkobar-kobar untuk cuba sekurang-kurangnya menyiapkan 1 bab untuk buku kedua, A to Z:Tips Urus Program Motivasi Remaja.Projek buku hasil daripada pengalaman mengendalikan program motivasi remaja.Terima kasih saudara Faeim yang sudi menjadi co-writer.Seorang guru muda yang  hebat pembawakannya ketika mengendalikan latihan modal insan.

Moga-moga momentum ini akan kekal sekurang-kurangnya untuk Sabtu dan Ahad ini, sebelum ke padang sekolah Isnin ini menghadapi latihan kejohanan sukan sekolah.”Ustaz pun kena turun ke padang?”, tanya seorang jemaah surau sebentar tadi,”Orang muda bang, biasanya kitalah ditolak berjemur  di  padang” , jawab saya berjenaka.

Menulis memang memerlukan semangat kental.Moga pendedahan ini dijadikan rencah kehidupan seorang penulis bebas.Sabar dan terus bersabar.

Dreams can come true! just believe it!

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com


ARTIKEL TERBARU DI BERITA HARIAN

June 16, 2009

artikel bharian 

Assalamualaikum

Alhamdulillah idea saya bersama cikgu Azmi untuk

menengahkan konsep dakwah remaja dan masjid kini boleh dibaca di Berita Harian 16 Jun.Tajuknya “Galak remaja sertai aktiviti masjid elak terjerumus gejala sosial

InsyaAllah akan saya upload ke blog ini sedikit masa lagi.

Buat sementara waktu layari dahulu blog ini:

http://agamaberitaharian.blogspot.com/ kemudian

klik pada nama penulis (nama saya-RUZAIN SYUKUR B MANSOR)

untuk melihat artikel agama saya yang pernah tersiar di Berita Harian

 

Ruzain Syukur Mansor


KPLI 18 BULAN

June 14, 2009

KPLI 18 BULAN

BERITA HARIAN 14 JUN 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.

..Itu bunyi keratan akhbar Berita Minggu yang sempat saya telusuri pagi tadi.Tiada yang pelik.Program latihan  KPLI j-QAF yang saya ikuti pada tahun 2007 merangkak ke 2008 mengambil masa 18 bulan.Detik-detik yang amat dramatik.Tanyalah kepada Graduan j-QAF yang pernah merasai detik keramat itu.Namun, setiap kepahitan itu pasti manis di hujungnya.

Saya masih ingat akan kata-kata seorang rakan sekerja di depan saya sendiri.”Cikgu KPLI sekarang ni kurang berkualiti, cikgu dulu-dulu tiga tahun belajar nak jadi cikgu”.Saya terhiris , tiada kata , lidah kelu, tetapi tekad di hati bulat untuk membuktikan sesuatu.

 

Mei 2009. (Guru-guru SK Sawah Sempadan baru selesai di cerap P&P nya oleh Jemaah Nazir).Seminggu mereka berkampung. “Ustaz, tahniah ! saya dah dapat keputusan pencerapan Jemaah Nazir Selangor tempohari ..Ustaz dapat status Cemerlang untuk kedua-dua subjek.” kata Puan Alimah, Penolong Kanan yang juga mendapat keputusan yang sama.

“Alhamdulillah, keputusan yang biasa-biasa sahaja pada saya walaupun hanya beberapa orang guru sahaja yang mendapat keputusan cemerlang P&P.Itupun guru senior.Saya baru beberapa tahun sahaja mengajar.

Tetapi sebenarnya , ia memberikan bukti bahawa guru muda walau dengan hanya setahun berkursus KPLI mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak didiknya.

Persoalan setahun atau tiga tahun kursus perguruan bukanlah faktor utama menentukan sejauh mana prestasi guru tersebut.Ia bertitik tolak daripada hati dan usaha.Belajar sehingga 10 tahun pun, tetapi jika tidak berminat untuk mengajar, maka terhasillah guru yang hanya dilihat makan gaji semata-mata.

Graduan Pengajian Islam telah pun berusaha dengan gigih untuk mendapatkan segulung ijazah.Laluan menggenggam ijazah daripada Timur Tengah jauh lebih mencabar.Saya kini sedang berusaha menghadamkan pembacaan buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Jamil (www.saifulislam.com).Pengalaman menuntut di bumi Jordan dibukukan.Memang penuh liku.Empat tahun graduan Pengajian Islam menuntut ilmu-ilmu Islam.Walaupun tidak cukup tempoh itu, tetapi ia mengajar ilmu kehidupan.Ia memberikan bekalan untuk  menghadapi masyarakat.Ditambah 18 bulan ilmu-ilmu pendidikan sewaktu menghabiskan kursus KPLI.Tetapi sebenarnya ilmu di lapangan ketika berada di sekolah nampaknya lebih mendominasi.Tunjuk ajar guru-guru senior amat-amat membantu.Ilmu guru-guru  yang lebih berpengalaman sukar dibeli dimana-mana.Pengalaman ilmu kaedah pengajaran di lapangan hebat ertinya.Terbukti, ilmu-ilmu mendidik bersifat lapangan.Berlainan murid, berlainan kaedah pengajaran.Pengalaman adalah guru yang terbaik.Mendidik memerlukan ketajaman minda.Minda yang hebat memungkinkan guru melihat potensi dan kebolehan murid yang pelbagai.Lantas, strategi disusun berdasarkan tahap dan kemampuan murid.Berdakwah juga begitu.Pendakwah yang penuh hikmah pendekatannya, melihat kepada keadaan Madu’.Tidaklah sembrono sahaja pendekatan dakwahnya.

Saya masih ingat kepada kata-kata seorang yang rasa-rasanya warga pendidik kenal “berdosalah seorang guru jika anak didiknya tidak tahu membaca”.Saya rasa cukup terhiris apabila terbaca kata-katanya pada kali pertama.Tetapi jika dilihat secara positif, memandaikan manusia itu tugas asasi seorang guru.Bayangkan jika anak-anak ini tidak tahu membaca sehingga tahun enam.Alangkah sukarnya masa hadapan mereka.Itu sebabnya saya tabik kepada guru-guru tahun enam di sekolah saya yang begitu hebat usahanya bagi menyediakan murid-murid tersebut melangkah gah ke alam menengah.

Begitupun, tempoh waktu yang mencukupi memainkan peranan penting bagi melahirkan guru berkualiti.Ada ketikanya ketika mengikuti kursus KPLI yang lalu, kelas bermula jam 8.00 pagi berlanjutan sehingga jam 11.00 malam.Bayangkanlah kehidupan pensyarah Institut Perguruan yang terpaksa menghabiskan silibus yang banyak dek kesuntukan masa.Tekanan juga kepada guru pelatih yang terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan.Bagi guru yang berkursus sewaktu cuti, tugasan asasi untuk majikan di sekolah perlu juga diselesaikan.Tidak  mustahillah ada panggilan daripada sekolah menjengah masuk ketika berada di dalam kelas.Itulah cabaran demi sebuah kejayaan.Tempoh kursus yang dipanjangkan bakal memberi ruang yang sedikit lapang untuk guru-guru pelatih.Ada juga kebaikannya.

Moga-moga graduan KPLI yang dilahirkan nanti akan terus cemerlang di tengah-tengah masyarakat.

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com


ARTIKEL TERBARU SAYA DI MAJALAH CAHAYA JAKIM

June 12, 2009

artiekel jakim

 

Berikut artikel  terbaru saya yang disiarkan di Majalah Cahaya JAKIM

terima kasih saudara/saudari  editor

Ruzain Syukur Mansor