ERTI SEBUAH KEAMANAN

Assalamualaikum..
Jumaat lalu saya berkesempatan untuk pulang ke kampung menziarahi ibu tercinta.Kesempatan terbaik juga untuk menunaikan solat Fardhu Jumaat di  Masjid Kampung Teluk Buloh.

“Alhamdulillah..” garau bunyi suara Ayah Mad, imam yang amat saya kagumi kerana nada khutbahnya yang bersahaja.

“Hargailah Keamanan !” bunyi khutbahnya merayu.Bersyukur kerana di dalam khutbah ringkasnya dinyatakan kisah erti sebuah keamanan bagi warga kampung terdahulu.

Kisahnya mengenai ketikamana Kg Teluk Buloh turut menjadi sasaran komunis sewaktu kumpulan itu mengganas di Bumi Malaya.Ketika itu, setiap malam dibacakan Surah Yasin berkali-kali di masjid ini.Home Guard diperkenalkan .Penduduk kampung bergilir-gilir menjaga keselamatan kampung.Keamanan ketika tergugat.Doa dipanjatkan.Amat menggusarkan.Di dalam kegusaran itu mereka bersatu hati, berpadu kekuatan menjaga keamanan.

Rutin itulah dilakukan sehingga pihak Komunis menyerah kalah meletak senjata.Amat terkejut mereka apabila mereka mendengar pengakuan daripada anggota komunis yang menyerah kalah bahawa Komunis yang lalu lalang di hadapan lorong masuk ke kampung Teluk Buloh itu tidak nampak sebarang lorong dan laluan masuk ke kampung itu.”Subhanallah”, detik hatiku.Inilah pertolongan Allah.Mengaburkan pandangan musuh dan melindungi penduduk kampung saya itu daripada kejahatan komunis.

Cerita tersebut pernah saya dengar daripada mulut ayah saya beberapa tahun lalu.Versinya sama.Tetapi kali ini ia dijadikan intipati khutbah tentang erti keamanan.Orang muda malahan anak kampung yang merantau tidak pernah melalui detik cemas sebegitu.Justeru erti keamanan bagi orang muda amat jauh berbeza dengan apa yang pernah dilalui warga kampung semenjak 1940 an sehinggalah Tanah Malaya merdeka.

Sepatutnya khutbah begitulah bentuknya.Cerita dan kisah tauladan yang menggamit rasa cinta kepada keamanan yang mendalam.Justeru, cintailah keamanan, tidak mustahil nikmat keamanan yang kita kecapi ini ditarik Allah jika kita lalai dan alpa untuk menjaganya.

Ruzain Syukur Mansor
Erti Sebuah Keamanan
Kg Teluk Buloh Hutan Melintang Perak
Jun 2009
http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: