CUTI ITU RAHMAT….

Assalamualaikum..

“Lega..dah cuti, dua minggu pulak tu” detik hatiku di awal cuti minggu pertama.Sudah tamat minggu pertama.Merangkak ke menuju minggu ke 2.Apa pencapaian terbaik minggu lepas?.Pindah ke rumah baru? Alhamdulillah, selamat segalanya.

 Tugasan asasi?

Sekolah dan anak murid tidak pernah dilupakan.E-Laporan j-QAF perlu diselesaikan.Terima kasih ikhwah j-QAF Sabah.Tumpang download e-Laporan .Markah Bahasa Arab di dalam proses.Persediaan enam bulan ke dua j-QAF yang lebih mencabar.

Penulisan bagaimana?

 “Encik Ruzain Syukur ke?”, kata seorang pemanggil pagi tadi. “Saya daripada JAKIM Putrajaya ,mohon encik berikan detail nombor akaun”, pintanya.”Baik, akan diuruskan”, balasku ringkas , sebab aku tahu sebabnya.Pasti seminggu dua lagi artikel terbaru akan terbit di majalah Cahaya atau Sinar Rohani JAKIM.

 

Lagi? hanya sempat hanya menghantar dua artikel tentang Pengurusan Kelab Remaja Masjid ke editor Berita Harian.Momentum yang dikira agak lembap bagi penulis yang bercuti dari tugas asasi selama dua minggu.Itu pun Untung sabut timbul, jika tidak..tenggelam.Nasiblah…yang penting mencuba dan terus mencuba.Tiada erti putus asa bagi seorang penulis bebas macam saya. Terus menulis dan penuh mengharap agar artikel disiarkan oleh editor.Baik akhbar mahupun majalah.Akan terus mengetuk pintu-pintu hati para editor yang sifatnya pemurah sudi berkongsi kolum dengan penulis bebas macamku. 

Penulis bebas memang perlukan motivasi untuk terus kekal aktif di persada penulisan.”Ruzain!” ,  sapa Azhar, rakan lama sewaktu di sama-sama mengajar di Limkokwing dulu.Bertemu di alam maya melalui facebook sehari dua lepas.Allah temukan kami di Pesta Buku The Mines.Kini beliau aktif sebagai Presiden Pekomik.Terus meluahkan rasa dengan komiknya.Suatu industri rupanya dunia komik ini.Lama kami berborak.Sukar untuk menembusi pasaran di peringkat awalnya.Kini? tidak cukup tangan dan masa.Apatah lagi setelah memenangi beberapa pertandingan.Projek dengan MDEC katanya, pelbagai ruang dan ruang lagi.

Wahai penulis bebas! jangan berhenti menulis dan mengharap!, teruskan usaha.Anda orang yang hebat.Jangan berhenti menulis walaupun tiada siapa yang membaca tulisanmu.Dalam 1000 insan, pasti ada 10 orang yang sudi membacanya.Itu pun sudah dikira kejayaannya.Moga artikel yang bersifat nasihat kalian itulah merupakan amal jariah yang berpanjangan.Akan terus dibaca orang walau jasad sudah dikuburkan.Amin. 

Terima kasih rakan-rakan di facebook.

Rata-rata rakan sewaktu sama-sama mendaki puncak menara gading Taman Ilmu dan Budi UIAM…Reza si pencinta Buku di USM, Bro Naim pengasas Sekolah Bakat, Hasbi (sedang mengejar puncak kegemilangan ilmu..phd nya.semoga berjaya akhi.) 

Rakan sewaktu di Limkokwing, Ira (masih setia di UTAR)  Azri, Faiz, Shafiq (setia sebagai rakan dan sahabat dunia dan akhirat), kalian sentiasa akan diingati.Afi dengan bakal Afi Junior yang kedua, Azli (dengan spek mata besar ala-ala Bettynya)

Rakan sewaktu di SMA Izzuddin Shah ..Aboi (idea  anda akan dipertimbangkan), Razahidi (PTD di JPM yang siap ingat keputusan UPSRku), Riyadh, Naim, Zamani (anak Perak yang tinggi patriotiknya).

 

Kalian sumber inspirasiku ketika diri dirundung sindrom kekurangan semangat, motivasi dan idea.Moga terus memberikan inspirasi, atau sekurang-kurangnya singgahlah menjenguk blog yang tak seberapa ni..

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: