AKADEMI PENULIS BEBAS KINI MENJALAR DI FACE BOOK

 

bookface

Assalamualaikum..

“Wah! dunia Penulis Akademi Penulis Bebas kini di FaceBook!!”

Hakikatnya memang begitu.Terlebih dahulu, saya ucapkan selamat datang kepada semua rakan dan taulan yang sudi untuk berkelana bersama saya menelusuri alam dunia penulis bebas.

Kemunculan blog akademipenulisbebas diwujudkan bukan kerna ingin menyaingi akademipenulis.com yang ditunjangi Bro Fauzul Naim PTS.Blog akademipenulisbebas hanya ditubuhkan sebagai wadah perkongsian sesama penulis bebas dan warganya yang sukakan dunia penulisan.Ini blog perkongsian sosial , bukan bercorak komersil.Penulis bebas kini perlu meraikan jaringan bagi memudahkan penjanaan idea.

“Ruzain, you boleh tulis tentang bagaimana pengajian kitab kuning boleh diterapkan di sistem Pendidikan Islam di MRSM!, saya boleh beri kolum!”, itu sapa En Zulkifli, editor Majalah Millenia Muslim.Satu peluang yang dijanjikan kolum di majalah tersebut.Cumanya ketika itu saya keseorangan, tiada research team.Akhirnya peluang itu terlepas begitu sahaja.Ada satu-dua peluang lagi yang saya terlepas dek kerana keseorangan .Jika ada beberapa orang lagi penulis bebas yang bersama bergerak, isu terlepas peluang sebegini pasti tidak terjadi.

Betapa sukarnya meredah arus untuk dikenali oleh seorang editor sewaktu mula-mula menjadi penulis bebas suatu ketika dahulu.Ada ketikanya ditegur melalui e-mel oleh editor, dan ada juga yang memberikan teknik penulisan yang digemari oleh editor.Itu semua rencam kehidupan yang saya pendam seorang diri.

 

Jadi, melalui gagasan ini malah menerusi Group Akademi Penulis Bebas di Face Book, moga ia akan kita manfaatkan untuk berbincang sesuatu.

Dengan link dan takungan penulis bebas yang kita sama-sama miliki , kita boleh gerakkan sesuatu untuk memeriahkan dunia penulisan.Tahun 2009 saya cuba untuk lebih aktif menulis di majalah .Al-hamdulillah bulan ini sahaja dua artikel saya tersiar di majalah Millenia Muslim dan Majalah Cahaya JAKIM.Jadi, mana-mana artikel yang tidak mampu saya sediakan tetapi ada kolum yang dijanjikan oleh editor majalah, saya akan offer di Group Akademipenulisbebas di FaceBook.Segala peluang baik harus kita kongsikan.

 

Jadi! ayuh kita cerna minda!.Kita bina gagasan Penulis Bebas.

 

Ruzain Syukur Mansor

Pengasas Blog

www.akademipenulisbebas.wordpress.ocm

4 Responses to AKADEMI PENULIS BEBAS KINI MENJALAR DI FACE BOOK

  1. Emma says:

    This blog’s really quite intersting.. Thankyou🙂

  2. Salam.

    Tahniah dan teruskan pengembaraan minda dan rohani saudara kerana dengan melakukannya ilham akan terjemahkan melalui penulisan.

    Saya menemui laman sesawang ini setelah membaca ruangan Nota Mahasiswa di majalah Milenia Jun 2009 bertajuk Sejenak Mengenai pencinta Buku. Sememang nya esei tersebut ada persamaan dengan aliran pemikiran saya. Sesungguhnya penyatuaan pemikiran melalui Satu Harapan @ mencari keredhaan Ilahi adalah teras yang mampu menyediakan ruang untuk merealisasikan impian seorang penulis bebas.

    Teruskan berkarya.

    Salam hormat

    Ketua Sudut Taiping
    Persatuan Karyawan Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: