KPLI 18 BULAN

KPLI 18 BULAN

BERITA HARIAN 14 JUN 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.

..Itu bunyi keratan akhbar Berita Minggu yang sempat saya telusuri pagi tadi.Tiada yang pelik.Program latihan  KPLI j-QAF yang saya ikuti pada tahun 2007 merangkak ke 2008 mengambil masa 18 bulan.Detik-detik yang amat dramatik.Tanyalah kepada Graduan j-QAF yang pernah merasai detik keramat itu.Namun, setiap kepahitan itu pasti manis di hujungnya.

Saya masih ingat akan kata-kata seorang rakan sekerja di depan saya sendiri.”Cikgu KPLI sekarang ni kurang berkualiti, cikgu dulu-dulu tiga tahun belajar nak jadi cikgu”.Saya terhiris , tiada kata , lidah kelu, tetapi tekad di hati bulat untuk membuktikan sesuatu.

 

Mei 2009. (Guru-guru SK Sawah Sempadan baru selesai di cerap P&P nya oleh Jemaah Nazir).Seminggu mereka berkampung. “Ustaz, tahniah ! saya dah dapat keputusan pencerapan Jemaah Nazir Selangor tempohari ..Ustaz dapat status Cemerlang untuk kedua-dua subjek.” kata Puan Alimah, Penolong Kanan yang juga mendapat keputusan yang sama.

“Alhamdulillah, keputusan yang biasa-biasa sahaja pada saya walaupun hanya beberapa orang guru sahaja yang mendapat keputusan cemerlang P&P.Itupun guru senior.Saya baru beberapa tahun sahaja mengajar.

Tetapi sebenarnya , ia memberikan bukti bahawa guru muda walau dengan hanya setahun berkursus KPLI mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak didiknya.

Persoalan setahun atau tiga tahun kursus perguruan bukanlah faktor utama menentukan sejauh mana prestasi guru tersebut.Ia bertitik tolak daripada hati dan usaha.Belajar sehingga 10 tahun pun, tetapi jika tidak berminat untuk mengajar, maka terhasillah guru yang hanya dilihat makan gaji semata-mata.

Graduan Pengajian Islam telah pun berusaha dengan gigih untuk mendapatkan segulung ijazah.Laluan menggenggam ijazah daripada Timur Tengah jauh lebih mencabar.Saya kini sedang berusaha menghadamkan pembacaan buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Jamil (www.saifulislam.com).Pengalaman menuntut di bumi Jordan dibukukan.Memang penuh liku.Empat tahun graduan Pengajian Islam menuntut ilmu-ilmu Islam.Walaupun tidak cukup tempoh itu, tetapi ia mengajar ilmu kehidupan.Ia memberikan bekalan untuk  menghadapi masyarakat.Ditambah 18 bulan ilmu-ilmu pendidikan sewaktu menghabiskan kursus KPLI.Tetapi sebenarnya ilmu di lapangan ketika berada di sekolah nampaknya lebih mendominasi.Tunjuk ajar guru-guru senior amat-amat membantu.Ilmu guru-guru  yang lebih berpengalaman sukar dibeli dimana-mana.Pengalaman ilmu kaedah pengajaran di lapangan hebat ertinya.Terbukti, ilmu-ilmu mendidik bersifat lapangan.Berlainan murid, berlainan kaedah pengajaran.Pengalaman adalah guru yang terbaik.Mendidik memerlukan ketajaman minda.Minda yang hebat memungkinkan guru melihat potensi dan kebolehan murid yang pelbagai.Lantas, strategi disusun berdasarkan tahap dan kemampuan murid.Berdakwah juga begitu.Pendakwah yang penuh hikmah pendekatannya, melihat kepada keadaan Madu’.Tidaklah sembrono sahaja pendekatan dakwahnya.

Saya masih ingat kepada kata-kata seorang yang rasa-rasanya warga pendidik kenal “berdosalah seorang guru jika anak didiknya tidak tahu membaca”.Saya rasa cukup terhiris apabila terbaca kata-katanya pada kali pertama.Tetapi jika dilihat secara positif, memandaikan manusia itu tugas asasi seorang guru.Bayangkan jika anak-anak ini tidak tahu membaca sehingga tahun enam.Alangkah sukarnya masa hadapan mereka.Itu sebabnya saya tabik kepada guru-guru tahun enam di sekolah saya yang begitu hebat usahanya bagi menyediakan murid-murid tersebut melangkah gah ke alam menengah.

Begitupun, tempoh waktu yang mencukupi memainkan peranan penting bagi melahirkan guru berkualiti.Ada ketikanya ketika mengikuti kursus KPLI yang lalu, kelas bermula jam 8.00 pagi berlanjutan sehingga jam 11.00 malam.Bayangkanlah kehidupan pensyarah Institut Perguruan yang terpaksa menghabiskan silibus yang banyak dek kesuntukan masa.Tekanan juga kepada guru pelatih yang terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan.Bagi guru yang berkursus sewaktu cuti, tugasan asasi untuk majikan di sekolah perlu juga diselesaikan.Tidak  mustahillah ada panggilan daripada sekolah menjengah masuk ketika berada di dalam kelas.Itulah cabaran demi sebuah kejayaan.Tempoh kursus yang dipanjangkan bakal memberi ruang yang sedikit lapang untuk guru-guru pelatih.Ada juga kebaikannya.

Moga-moga graduan KPLI yang dilahirkan nanti akan terus cemerlang di tengah-tengah masyarakat.

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

2 Responses to KPLI 18 BULAN

  1. nadiya says:

    ++salam ziarah ustaz++

    ++mekaseh sudi singgah..n tinggalkan jejak n pendapat ustaz..++

    ++sal sy komen tu…sy hanye mempertikaikan alasan2 NUTP yg x setuju nak jdkan KPLI 18 bulan..sbb bg sy..cam x kukuh sgt alasan2 tu…++

    ++mybe lau alasan yg diberikan itu cam nampak rasionalnye…sy xkan membantah kot…

    ++ustaz faham kan ape yg sy nak cuba smpaikan lam posting sy tu…??++

    ++sy setuju jgk ckp ustaz..sbb de beberapa kenalan…abg2 n akk2 KPLI yang dah mule mengajar..mereka mengatakan bahawa..bile kite dah pergi kesekolah…pelbagai keje dan tanggungjwab akn bakal kite pikul n atas pertolongan guru2 senior…xyah kate yg dah pegi mengajar la…saya yg dah beberapa pergi ke sekolah.. untuk kajian luar dan PBS juga pernah merasakan begitu..walau seminggu berada di sesuatu sekolah itu..saya dan rakan2 dapat rasakan yg kami disuruh melakukan sesuatu yang sebenarnya bukan di bawah tugasan n arahan yang diberikan oleh pihak IPG atau pensyarah itu sendiri..tp atas dasar tanggungjwab..kami melakukannya juga..mungkin hal saya itu tidak lah same dengan situasi ustaz dan rakan2 lepasan KPLI lain yang telah menjadi guru tetap di sekolah masing2..++

    ++ia…saye juga ade mengatakan…TIDAK SEMUA…yang student KPLI ni yg jadikan pilihan menjadi guru ni..adalah pilihan terakhir selepas tidak mendapat peluang pekerjaan di sektor2 lain mengikut bidang yang diambil ketika dgree kan…sy telah mengatakan ade juga individu yang apply KPLI ni disebabkan peluang dan keinginan bergelar pendidik itu terbantut ketika ingin memohon maktab satu masa dulu atau jurusan pendidikan di uni2 lain..seperti cth..sepupu sy..selepas matrix ingin smbung pendidikan di UPSI..namun…pointer ketika itu tidak mengizinkan..justeru…dia mendpat tawaran di USM..selepas konvokesyen..dia memohon KPLI..alhamdulillah…dapat…dan sudah bergelar guru sekarang ini++

    ++yup..seperti yg telah sy katekan…ketika pergi PBS..ada saja guru yang guru2 senior memuji sesetengah guru2 KPLI yang dedikasi dan komited..bukan semua x mencapai standard…guru ITU juga menyatakan kebanyakkan guru2 itu adalah terdiri drpd bekas2 guru2 GSTT yang telah memohon KPLI++

    ++sy terima kata2 ustz yg megatakan…mungkin sy masih berada ada di IPG dan tidak dapat merasakan situasi sebenar berada di sekolah…sy budak baru belajar ustaz..masih bertatih…++

    ++yer…setahun atau empat tahun..bukan soalnya..cam kate ustaz..yg penting NIAT dan KOMITMEN..dan yg paling penting..IKHLAS…++

    ++mekaseh ustz…doakan sy jadi guru cemerlang..mudah2 han….++

    ++maaf andai uztz terguris..tiada niat di hati untuk berbuat begitu++

    ^ikhlas tapi jauh^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: