SUKARNYA MENILAI BAKAT

 

Siang tadi, saya agak sibuk di padang.Latihan sukanlah  katakan.Saya sibuk mencari jawapan kepada satu persoalan.Tiba-tiba sahaja seorang anak murid saya yang sedang bersedia di garisan permulaan acara larian mengangkat ibu jarinya ke arah saya..isyarat bagus.Spontan saya membalasnya memberi inspirasi.Wisel berbunyi.Murid tersebut memecut pantas dengan penuh bergaya.Jauh meninggalkan rakan, lantas membantu rakan sepasukan muncul juara.Dia tersenyum puas.

Saya cuba mentafsir isyarat bagusnya tadi:

1.Dia amat berkeyakinan untuk muncul juara

2.Dia memohon restu dan semangat daripada guru merangkap jurulatihnya

3.Dia memberikan semangat kepada dirinya sendiri.

Sepanjang seminggu dua latihan sukan ini, saya melihat pelbagai ragam dan bakat murid.Ada beberapa kelompok murid:

1.Murid pintar  yang sentiasa berkeyakinan tinggi dan bermotivasi ketika beraksi di padang mahupun di trek.Lantas muncul pesaing hebat mahupun juara.Pintar dan pantas mencipta idea baru serta kreatif untuk mencipta kemenangan.

2.Murid pintar tetapi terbukti hanya dalam bidang akademik, tidak di padang.Beku di tengah padang.

3.Murid sederhana di dalam pelajaran, sederhana juga dalam sukan.Perlu didorong dan diajar teknik yang betul

3.Murid lemah dalam bidang akademik tetapi hebat di tengah padang.Banyak menggunakan kelebihan fizikal seperti ketinggian untuk menang

4.Murid lemah akademik dan terus bermasalah untuk menyesuaikan diri di tengah padang.Sedih juga apabila ada di antara golongan ini yang menjadi mangsa ejekan rakan-rakan yang lain.

Apakah ada kajian yang menunjukkan ada hubungkait di antara kecerdasan minda dengan bakat kinestetik.Apakah murid aktif mindanya berkemungkinan besar boleh memanipulasikan kepandaiannya untuk memenangi sebarang pertandingan ?

Secara rambang, ada juga peratus jawapannya adalah ya.Bijak di dalam kelas, hebat di padang.Namun, ada juga murid bijak yang tidak mampu berfikir di luar kotak.Ada yang hanya mengikut arahan yang diberi 100% tanpa sebarang idea kreatif buat memonopoli gelanggang.

Tidak juga dinafikan , ada juga yang hanya hebat dengan lariannya yang pantas.Tapi sederhana dalam bidang akademik.Itu mungkin hanya bergantung  bakat yang menunjangi diri sejak azali.

Di padang, kehebatan strategi guru teruji.Kepintaran, bakat, kelebihan fizikal menjadi taruhan.Murid pintar hanya memerlukan sedikit bimbingan dan tips.Jangan risau, adalah aksi yang tidak terfikir dek akal akal diperkenalkan oleh murid kreatif.Murid sederhana , walaupun berbakat , perlukan bimbingan  yang tersusun rapi.Murid berkelebihan fizikal akan nampak gah dan ego sebahagiannya , memandang rendah lawan dan akhirnya tumpas dek strategi lawan. 

Justeru, jalan terbaik adalah dengan menggabungkan unsur kepintaran, bakat dan kelebihan fizikal.Dalam satu-satu pertandingan kategori berkumpulan terutamanya.Murid pintar menjadi master mind, menyusun strategi.Bakat menjadi tunjang.Menjadi penyelamat dan pelaksana misi.Mereka sudah azali begitu.Buat apa pun menjadi.Kelebihan fizikal pula pasti suatu kelebihan.

Pemain bola sepak Korea Selatan hampir sama saiznya dengan orang melayu.Tetapi mereka kini di kelas dunia, kita hanya baru bertatih mencari tapak kukuh.Fizikal bukan ukuran kejayaan.Kepintaran?lihat kejayaan Nicol An David 7A dalam PMR kalau tidak silap.Pintar dan cerdas.Itu sepatutnya wajah anak-anak Malaysia.Pintar bukan hanya disorok di rumah.Kepintaran mereka disalurkan sepatutnya untuk membangun sukan.Itu sebabnya Sekolah Sukan Bukit Jalil ditubuhkan membangun bakat sukan pelajar dan dalam masa yang sama membangun minda dan intelek.

Kelebihan fizikal?bukankah ia suatu kelebihan.Tetapi perlu dipandu dengan minda bukannya nafsu.

Bayangkan sebuah pasukan dianggotai murid pintar,berbakat dan ditunjangi murid yang mempunyai kelebihan fizikal.Si pintar mengatur strategi, murid berbakat sedia dengan kebolehan.Bersedia untuk memberi pertolongan tambahan.Sedia dengan bakatnya.Murid dengan ketinggian dan kegagahan sedia bekerja lebih daripada yang lain.Pasti kemenangan dimiliki.

Jadi silakan wahai pembangun bakat, penggerak Sekolah Bakat untuk membuat analisis daripada pengalaman sebenar di sekolah saya.Analisis keadaan ini.Ini ujian buat kalian sebelum turun membangun bakat di sekolah-sekolah.Ini antara situasi di sekolah-sekolah.

 

Ruzain Syukur Mansor

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

2 Responses to SUKARNYA MENILAI BAKAT

  1. SUARAJAGAT says:

    salam.
    blog saya berkaitan penyelewengan akidah di malaysia.
    layari :
    http://suarajagat.wordpress.com

    kalau dpt, bantu lah dakwah saya ini dgn add link tersebut di blog saudara.
    hopefully suatu hari sy dapat menulis sebuah buku utk manfaat masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: