KUTEMUI SEMANGAT BARU…

July 31, 2009

Hampir tiga minggu rupanya blog akademipenulisbebas ini terbiar lama tanpa entry terkini.Terlalu sibuk barangkali pemiliknya.Bermula dengan pelbagai mesyuaratnya, sibuk pula dengan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Selangornya.Balik sahaja ke sekolah terus dihulurkan pula surat taklimat hakim Mahrajan j-QAF, akhirnya selesai menjadi hakim dikir barat  Mahrajan j-QAF daerah.

Penulisan?

SATU

Blue T Publication kini sudah menawarkan kolum untuk majalah remajanya tahun hadapan…pengisiannya?insyaAllah akan diusahakan.Mengendalikan siri soal jawab remaja pastinya mencabar.Pelbagai isu-isu remaja pastinya menanti untuk diselesaikan.Memberi alternatif dan panduan pasti memberikan impak berguna kepada remaja.Menghukum mereka pasti bukan penyelesaian…

DUA

“Ruzain Syukur, ana Ustaz Shopuan SPIM ni, nak ajak anta ke PD 10-12 Ogos ni, kita sama-sama edit buku Guru Jutawan Akhirat, boleh?”, jemputan Ustaz Shopuan Penolong Pengarah Kanan Dakwah Jabatan Pelajaran Selangor siang tadi masih terngiang-ngiang di ingatan.Meng “edit” manuskrip juga pasti nanti memberikan pengalaman yang mahal dan tidak tertulis di mana-mana buku.

TIGA

“….Tuan diberi peluang untuk terus menghantar artikel berkenaan IT dan dakwah untuk dimuatkan ke majalah Cahaya JAKIM….”

Begitu bunyi email daripada editor Majalah Cahaya JAKIM yang sentiasa memberikan ruang untuk saya terus berdakwah malalui mata pena…masuk tahun kedua..

Peluang akan terus datang.Menghadirkan komitmen di tengah-tengah kesibukan tugasan rasmi kini benar-benar dirasai.Itu cabaran bagi seorang penulis bebas.

Penulisan memang memerlukan fokus.Teringat saya kepada pesanan rakan, Saudara Zamri Muhammad, “jangan asyik sangat menulis sampai berhenti kerja sudah syeikh!”.

Memang ada penulis bebas yang terlalu menginginkan fokus dan tumpuan kepada penulisan yang akhirnya meletakkan jawatan.Memberi fokus kepada dunia penulisan pasti memberi hasil yang optimum.Penulis bebas juga akan dilayan seperti wartawan apabila berurusan dengan pihak editorial majalah.Diikat dengan dead-line sebagai contoh.

Saya sempat belajar dengan big-boss Blue T Communication.Majalah Ana Muslim menjadi model kejayaan Blue T.Stok artikel dan pengisian disediakan secukupnya menjangkau beberapa siri malahan dijangka untuk stok setahun.Itu sebabnya majalah bergerak penerbitannya menjangkau dua bulan awal daripada bulan sepatutnya.Malahan ada pihak editorial yang sudah menetapkan topik fokus Januari-Disember pada awal tahun.Maknanya, corak pemikiran editorial team akan menjangkau isu dua tiga bulan ke hadapan.Hebat bukan?

Bayangkanlah , jika penulis bebas diajak untuk bekerja gaya editorial majalah yang sentiasa berfikiran menjangkau dua tiga bulan kehadapan..Itu risiko dan hakikat yang perlu difikirkan.Itu juga cabaran yang harus cepat diadaptasi ke dalam budaya penulisan.Sentiasa pantas, tajam, kritis, kreatif serta segar dengan idea menarik.

Penulisan kan terus subur walau sesibuk manapun seorang insan bergelar penulis bebas.

Ruzain Syukur Mansor

akademipenulisbebas

Advertisements

PROSES AKHIR…

July 4, 2009

Assalamualaikum..

Beberapa minggu ini blog akademipenulisbebas merasai tempias kesibukan penulisan bebas seperti saya.Itulah resam kehidupan penulis separuh masa.Berminggu-minggu terpaksa mengemaskini blog minda ciptaan Allah sahaja tanpa sempat  diluahkan di blog akademipenulisbebas.

Minggu lepas juga juga artikel saya tersiar untuk majalah Millenia Muslim Julai  mengenai peranan ibu-bapa dan guru memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak.Ruang terbuka luas, tetapi masa cukup terbatas.

Minggu lepas juga saya berkesempatan bersama Cikgu Azmi Musa, partner writer saya berbincang dengan Akh Zukri, penerbit buku kami Tip Urus Kelab Remaja.Lay out buku tersebut sempat saya tatap.Hanya menunggu detik dan masa sesuai untuk dicetak.Subhanallah-AlHamdulillah-Allahuakbar.Itu lafaz agung yang sempat dititipkan.Moga usaha kerdil tersebut membawa pencetus dan impak besar terhadap pengurusan remaja masjid di Malaysia.

Komunikasi antara penulis dan penerbit adalah sebenarnya kunci kepada berjaya atau tidak sesuatu buku itu diterbitkan dalam amsa yang singkat.Pengalaman saya menerima penolakan oleh editor menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam aspek ini.

Sesetengah syarikat penerbitan mempunyai gaya penulisan dan konsep tersendiri.Maka, pastikan anda benar-benar memahami hala tuju penerbit tersebut.

Sesetengah penerbit terutama penerbit baru menerima apa juga manuskrip daripada penulis asalkan mempunyai pasaran yang luas dan mampu menaikkan imej syarikat.

Sebaik sahaja Pesta Buku berakhir baru-baru ini, dua kertas cadangan buku terbaru telah dihantar kepada dua penerbit.Satu penerbit top di Malaysia , satu lagi masih membina nama.Kertas Cadangan Tip Urus Program Motivasi menerima sedikit reaksi positif tetapi memerlukan sidikit penambahbaikan, manakala kertas cadangan buku  “Aduhai remaja” masih tiada berita.

Sebenarnya penulisan melatih penulis tentang komitmen.Penerbit juga mengharapkan komitmen daripada penulis.Bijak bertolak ansur, membantu daripada pengurusan idea banyak membantu mereka.

Itulah sebabnya, saya nyatakan kepada akh Zukri ( Penerbit IMedia) untuk mempelajari ilmu-ilmu mengedit buku (editing process).Ini bagi mengurangkan kerja-kerja ‘editing’.Ia kerana penulis sudah menulis berdasarkan kehendak editor.Tidak banyak perkara yang perlu diperbetulkan kerana penulis menulis dan memikirkan terus aspek ‘editing’ yang sememangnya amat rumit.Ini cara mempercepatkan proses manuskrip diterjemahkan menjadi buku.

Dua minggu yang memenatkan.Penulisan di blog juga suatu komitmen.rakan-rakan mengharapkan sesuatu untuk terus mengisi minda mereka.Blog yang hanya kosong tanpa sebarang entry terbaru mungkin membosankan.Untuk itu terus memberi komitmen membangun minda ummah

Ruzain Syukur

www.akademipenulisbebas.wordpress.com