PROSES AKHIR…

Assalamualaikum..

Beberapa minggu ini blog akademipenulisbebas merasai tempias kesibukan penulisan bebas seperti saya.Itulah resam kehidupan penulis separuh masa.Berminggu-minggu terpaksa mengemaskini blog minda ciptaan Allah sahaja tanpa sempat  diluahkan di blog akademipenulisbebas.

Minggu lepas juga juga artikel saya tersiar untuk majalah Millenia Muslim Julai  mengenai peranan ibu-bapa dan guru memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak.Ruang terbuka luas, tetapi masa cukup terbatas.

Minggu lepas juga saya berkesempatan bersama Cikgu Azmi Musa, partner writer saya berbincang dengan Akh Zukri, penerbit buku kami Tip Urus Kelab Remaja.Lay out buku tersebut sempat saya tatap.Hanya menunggu detik dan masa sesuai untuk dicetak.Subhanallah-AlHamdulillah-Allahuakbar.Itu lafaz agung yang sempat dititipkan.Moga usaha kerdil tersebut membawa pencetus dan impak besar terhadap pengurusan remaja masjid di Malaysia.

Komunikasi antara penulis dan penerbit adalah sebenarnya kunci kepada berjaya atau tidak sesuatu buku itu diterbitkan dalam amsa yang singkat.Pengalaman saya menerima penolakan oleh editor menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam aspek ini.

Sesetengah syarikat penerbitan mempunyai gaya penulisan dan konsep tersendiri.Maka, pastikan anda benar-benar memahami hala tuju penerbit tersebut.

Sesetengah penerbit terutama penerbit baru menerima apa juga manuskrip daripada penulis asalkan mempunyai pasaran yang luas dan mampu menaikkan imej syarikat.

Sebaik sahaja Pesta Buku berakhir baru-baru ini, dua kertas cadangan buku terbaru telah dihantar kepada dua penerbit.Satu penerbit top di Malaysia , satu lagi masih membina nama.Kertas Cadangan Tip Urus Program Motivasi menerima sedikit reaksi positif tetapi memerlukan sidikit penambahbaikan, manakala kertas cadangan buku  “Aduhai remaja” masih tiada berita.

Sebenarnya penulisan melatih penulis tentang komitmen.Penerbit juga mengharapkan komitmen daripada penulis.Bijak bertolak ansur, membantu daripada pengurusan idea banyak membantu mereka.

Itulah sebabnya, saya nyatakan kepada akh Zukri ( Penerbit IMedia) untuk mempelajari ilmu-ilmu mengedit buku (editing process).Ini bagi mengurangkan kerja-kerja ‘editing’.Ia kerana penulis sudah menulis berdasarkan kehendak editor.Tidak banyak perkara yang perlu diperbetulkan kerana penulis menulis dan memikirkan terus aspek ‘editing’ yang sememangnya amat rumit.Ini cara mempercepatkan proses manuskrip diterjemahkan menjadi buku.

Dua minggu yang memenatkan.Penulisan di blog juga suatu komitmen.rakan-rakan mengharapkan sesuatu untuk terus mengisi minda mereka.Blog yang hanya kosong tanpa sebarang entry terbaru mungkin membosankan.Untuk itu terus memberi komitmen membangun minda ummah

Ruzain Syukur

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

One Response to PROSES AKHIR…

  1. Pelayar Muda says:

    Salam ziarah buat sahabatku…

    Alhamdulillah..sejuk hati bila membaca walaupun pelayaran ini tidak menentu. Banyak ilmu yg sahabat2 terbitkan menyebabkan akal2 yg ada terfikir akan dunia khayalan.. Sememangnya manusia ini dalam ke alpaan yg perlu di ingati sepanjang perjalanan yg mencabar.
    Setiap penulisan menghasilkan perbagai ilham pada setiap pembaca.. Terimakasih sahabat..

    Salam sahabat dari sahabatmu.. ABDUL RAHIM HASSAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: