KUTEMUI SEMANGAT BARU…

Hampir tiga minggu rupanya blog akademipenulisbebas ini terbiar lama tanpa entry terkini.Terlalu sibuk barangkali pemiliknya.Bermula dengan pelbagai mesyuaratnya, sibuk pula dengan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Selangornya.Balik sahaja ke sekolah terus dihulurkan pula surat taklimat hakim Mahrajan j-QAF, akhirnya selesai menjadi hakim dikir barat  Mahrajan j-QAF daerah.

Penulisan?

SATU

Blue T Publication kini sudah menawarkan kolum untuk majalah remajanya tahun hadapan…pengisiannya?insyaAllah akan diusahakan.Mengendalikan siri soal jawab remaja pastinya mencabar.Pelbagai isu-isu remaja pastinya menanti untuk diselesaikan.Memberi alternatif dan panduan pasti memberikan impak berguna kepada remaja.Menghukum mereka pasti bukan penyelesaian…

DUA

“Ruzain Syukur, ana Ustaz Shopuan SPIM ni, nak ajak anta ke PD 10-12 Ogos ni, kita sama-sama edit buku Guru Jutawan Akhirat, boleh?”, jemputan Ustaz Shopuan Penolong Pengarah Kanan Dakwah Jabatan Pelajaran Selangor siang tadi masih terngiang-ngiang di ingatan.Meng “edit” manuskrip juga pasti nanti memberikan pengalaman yang mahal dan tidak tertulis di mana-mana buku.

TIGA

“….Tuan diberi peluang untuk terus menghantar artikel berkenaan IT dan dakwah untuk dimuatkan ke majalah Cahaya JAKIM….”

Begitu bunyi email daripada editor Majalah Cahaya JAKIM yang sentiasa memberikan ruang untuk saya terus berdakwah malalui mata pena…masuk tahun kedua..

Peluang akan terus datang.Menghadirkan komitmen di tengah-tengah kesibukan tugasan rasmi kini benar-benar dirasai.Itu cabaran bagi seorang penulis bebas.

Penulisan memang memerlukan fokus.Teringat saya kepada pesanan rakan, Saudara Zamri Muhammad, “jangan asyik sangat menulis sampai berhenti kerja sudah syeikh!”.

Memang ada penulis bebas yang terlalu menginginkan fokus dan tumpuan kepada penulisan yang akhirnya meletakkan jawatan.Memberi fokus kepada dunia penulisan pasti memberi hasil yang optimum.Penulis bebas juga akan dilayan seperti wartawan apabila berurusan dengan pihak editorial majalah.Diikat dengan dead-line sebagai contoh.

Saya sempat belajar dengan big-boss Blue T Communication.Majalah Ana Muslim menjadi model kejayaan Blue T.Stok artikel dan pengisian disediakan secukupnya menjangkau beberapa siri malahan dijangka untuk stok setahun.Itu sebabnya majalah bergerak penerbitannya menjangkau dua bulan awal daripada bulan sepatutnya.Malahan ada pihak editorial yang sudah menetapkan topik fokus Januari-Disember pada awal tahun.Maknanya, corak pemikiran editorial team akan menjangkau isu dua tiga bulan ke hadapan.Hebat bukan?

Bayangkanlah , jika penulis bebas diajak untuk bekerja gaya editorial majalah yang sentiasa berfikiran menjangkau dua tiga bulan kehadapan..Itu risiko dan hakikat yang perlu difikirkan.Itu juga cabaran yang harus cepat diadaptasi ke dalam budaya penulisan.Sentiasa pantas, tajam, kritis, kreatif serta segar dengan idea menarik.

Penulisan kan terus subur walau sesibuk manapun seorang insan bergelar penulis bebas.

Ruzain Syukur Mansor

akademipenulisbebas

2 Responses to KUTEMUI SEMANGAT BARU…

  1. shaza says:

    Salam ustaz ruzain,

    apa beza antara akademipenulisbebas.wordpress dan blog?

    Ustaz dulu grad UIA ke?tahun?

    • ruzainsyukur says:

      Assalamualaikum
      Terima kasih kerana sudi bertamu.

      Akademi Penulis Bebas juga sebenarnya blog biasa yang menggunakan tapak wordpress.Itu sahaja.tetapi akademi penulis bebas berada di alam maya untuk memuatkan segala kisah suka duka pelayaran penulis bebas.Gagasan penulis bebas ingin dijadikan sebagai suatu wadah para penulis bebas berkongsi rasa dan pengalaman.Justeru, sebarang entry yang saya muatkan di blog akademi penulis bebas ini boleh di komen dan di beri pandangan.

      Jika saudara dan saudari ingin berkongsi artikel terutama tentang penulisan bebas atau pengalaman anda menjadi penulis sila emailkan ke ruzainsyukur_mansor@yahoo.com untuk kita kongsikan bersama.

      Saya graduan IRKH UIAM 2000-2003

      Ruzain Syukur Mansor
      http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: