PELANCARAN BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID DI PESTA BUKU PWTC

March 25, 2010


ASSALAMUALAIKUM..
Makluman untuk rakan dan taulan yang banyak memberikan inspirasi dan motivasi kepada saya selama ini.

PELANCARAN BUKU TULISAN SAYA DAN CIKGU AZMI MUSA BERTAJUK TIP URUS KELAB REMAJA MASJID.

Tarikh pelancaran:28 Mac 2010
Masa:1-2 petang
Tempat:Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Acara:Pelancaran buku dan sesi bersama penulis.

Datang jangan tak datang..

Ruzain Syukur B Mansor


PESTA BUKU YANG MENDEBARKAN..

March 25, 2010

Pesta Buku PWTC tahun lepas saya sempat bergurau dengan Pak Utih, salah seorang aktivis JIM yang aktif, “Pak Utih, biasanya kalau dah ada buku pertama , mesti terbit nanti buku ke sepuluh”.Gurauan saya itu di sambut dengan senyumannya.

Tahun ini lebih menarik.Saya berkesempatan berkongsi pentas dengan Pak Utih untuk sama-sama melancarkan buku.28 Mac 2010 jam 1pm di pentas utama Pesta Buku PWTC.

Beberapa entry sejak blog ini diwujudkan banyak berkisar tentang penulisan Buku Tip Urus kelab Remaja Masjid karya saya bersama Cikgu Azmi Musa, mentor dakwah saya.Alhamdulillah impian untuk buku itu diterbitkan menjadi kenyataan.Apatah lagi di lancarkan ketika Pesta buku PWTC.Tidak tergambar rasanya.

“Lain ya rasanya”, ringkas sapaan Saudara Zamri Mohammed, rakan penulis saya yang memang hebat dengan buku-buku yang menginspirasikan.Terima kasih Saudara Zamri kerana sentiasa menjadi pendorong.Menanti saat buku diterbitkan memang menyeksakan.Benarlah kata orang penantian suatu penyeksaan.Saat buku bakal diterbitkan pula, hati semakin berdebar.Apakah diterima khalayak nanti?.

Rupanya ada cetusan motivasi di balik berita tarikh pelancaran buku tersebut.Momentum semangat yang tidak sepatutnya di biarkan sepi begitu saja.Manuskrip buku motivasi remaja Aduhai Remaja menanti untuk dibereskan.

Perbincangan positif dengan Puan Aina Emir (KarnaDya) memberikan impak positif.Buku ke dua bersama KarnaDya?.InsyaAllah jika ada rezeki.

Apapun terima kasih warga JimMedia yang banyak membantu.Cikgu Azmi, rakan penulis dan mentor saya , anda insan yang hebat.

Nantikan entry seterusnya….dan jangan lupa jom sama-sama ke Pentas Utama Pesta Buku PWTC ahad (28 Mac 2010) jam 1pm-2pm.

Ruzain Syukur mansor