TIP URUS KELAB REMAJA MASJID..

April 1, 2010

Mengurus tidak semudah menulis.Pengalaman sejak di UIAM, terus bersama di bidang dakwah remaja bersama-sama dengan aktivis yang lain.Ia suatu peluang dan ruang untuk sama-sama membangun modal insan.

“Ceramah?, forum?, futsal tiadakah?”, itu antara komen remaja.Komen yang memeningkan AJK masjid.Di beri makan jamuan kambing golek.Pun masih ada yang ‘segan’ nak ke masjid.Bagaimana ya nak menarik minat remaja ke masjid?

“Bro, boleh tolong ayah saya di Sawah Sempadan.Ayah saya AJK masjid, berminat membangun remaja di situ.Harap dapat bantu ..”, itu undangan yang positif daripada seorang senior saya.Dengan harapan dapat sama membangun remaja di kampung yang sempat saya menabur bakti 2007-2009.InsyaAllah akan saya usahakan.

Membangun dan berdakwah remaja memerlukan versatility.Mengajak dengan penuh hikmah.Tidak bergerak dengan forum, di tukar dengan nasyid.Masih tidak berjalan, ajak ke padang bermain bola.Beri 5 minit tazkirah sebelum sepak mula.Gunakan segala ruang dalam aktiviti anak muda untuk selitkan sedikit tazkirah dan pengisian.Jangan sisihkan mereka.Beri perhatian.Memang susah, itu sebabnya perlu kreativiti.

“Tak ramai yang hadir, penat saja kita buat Kem Motivasi di masjid”, rungut seorang AJK Pemuda Masjid.”Promosi kurang agaknya?”, tambahnya lagi.Mungkin mereka sukakan aktiviti berkhemah di Luar.Cuba kem-kem motivasi berhampiran dengan hutan lipur.Ada jungle Trekking, kembara malam, aktiviti lasak menguji fizikal.

“Saya ni baru lagi di lantik sebagai AJK Pemuda masjid, tapi memang tidak tahu apa-apa tentang bagaimana mengurus Kelab Remaja “, itu pengakuan ikhlas.

Jadi?

Saya ada panduannya.

Buku ini di tulis oleh aktivis kepada aktivis.Ditulis berdasarkan pengalaman.Tip Bimbingan jenis program.Tip melaksanakan program remaja.Semuanya dimuatkan bersama.Tip sebelum, semasa dan selepas program turut menjadi kandungan perbincangan.Bonus?.Tip bimbingan menguruskan kelab remaja masjid.Turut dimuatkan perkongsian aktivis dakwah remaja masjid Singapura!.

Sila sms saya Ruzain Syukur di talian 019-2103267 untuk mendapatkan buku ini.

RUZAIN SYUKUR B MANSOR
PENYLIS BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID
019-2103267
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com


MENULIS MEDAN MOTIVASI

April 1, 2010

“Sheikh, ana nak menulis buku tentang penentuan waktu solat siap dengan CDnya sekali”, itu bunyi sms sahabat lama.rakan semaktab dahlu.Kini seorang guru.

Di atas tiket penulisan , kami kembali bertemu dan berhubung.Atas pelancaran buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid tergerak hati beberapa rakan yang lain untuk menulis.Hebat juga kuasa penulisan.Dapat memotivasikan rakan dan sahabat.Untuk terus bersama terlibat dalam dakwah pena.

Sebetulnya begitu.Jika menyingkap perjalanan saya di bidang ini.Saudara zamri Mohamad AKA Penulis Bebas yang hebat telah banyak memberikan dorongan kepada saya untuk menulis.Saudara Nazrul Shamsuddin pun tidak kurang mendorong.Malah kunjungan ke bengkel penulisan anjuran sifu terkenal Puan Ainon sebenarnya umpama ‘re-charge’ bateri diri yang sedikit malap.Baru ada semangat untuk terus menulis.

Peranan rakan dan motivasi dalam penulisan memang tidak boleh di nafikan.Itu sebabnya rakan penulis buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid , Cikgu Azmi Musa yang sentiasa berada di belakang ketika menghadapi kebuntuan idea dan sebagainya.Pendapat langsungnya di bidang lapangan dakwah remaja amat-amat membantu.

Justeru, kepada yang berminat untuk menulis, saya amat alu-alukan untuk kita bersama.Saya sudi untuk menjadi co-writer bagi tajuk pendidikan dan dakwah.Dipersilakan untuk berbincang.Boleh email saya di ruzainsyukur_mansor@yahoo.com


Untuk dakwah remaja, dapatkan buku Tip Urus Kelab Remaja Dakwah tulisan saya dan Cikgu Azmi Musa.Boleh sms ke 019-2103267 (ruzain) untuk maklumat pembelian.Masih ada beberapa buah naskhah bersama saya

RUZAIN SYUKUR B MANSOR
PENULIS BUKU TIP URUS KELAB REMAJA
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com
019-2103267
akademipenulisbebas.wordpress.com