AMANAH BARU..

April 5, 2010

Sudah beberapa kali rakan seperjuangan Ustaz Hamidi , yang kini berpindah ke Sepang menjemput saya untuk mengendalikan Blog j-QAF SK Telok Menegon.

Walaupun berat, saya terima juga.Ini soal penerusan dakwah.Informasi untuk rakan.Medan dakwah juga.Medan informasi pun ya juga.Pengalaman mengurus Blog akademipenulisbebas menjadi taruhan.Menjadi webmaster memerlukan komitmen.Apatah lagi untuk tempat di mana kita bekerja.

Apapun terima kasih Ustaz Hamidi.Meneruskan legasi yang ditinggalkan penulis Blog dan JU j-QAF ini memang suatu cabaran.Namun, sekurang-kurangnya ia bakal mencorakkan pengalaman baru buat saya.Ini kali pertama bertanggung jawab mengurus blog organisasi.Perlu berani, berhati-hati dan tepat.Lain berbanding mengurus blog peribadi.

Jadi , buat pengikut Blog j-QAF SK Telok Menegon.Adressnya masih seperti dahulu http://j-qafsktelokmenegon.blogspot.com/ tetapi pengendalinya sahaja yang baru-Ruzain Syukur B Mansor.

Sebagai penulis bebas, adakalanya kita menerima tanggungjawab yang bersifat amanah sosial.Ia perlu dianggap sebagai medan untuk mematangkan diri.Terima dengan penuh hormat.Ucapkan terima kasih kepada pengendali terdahulu.

Saya belajar menerima amanah, walau pun semakin di himpit kesibukan.Amanah memerlukan komitmen.Memberi komitmen itu suatu cabaran.Cabaran itu mematangkan diri.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
ruzainsyukur_mansor@yahoo.com
akademipenulisbebas.wordpress.com

Advertisement