MENGEKALKAN MOMENTUM..

“Tulis buku barukah?” tanya seorang rakan sedang saya melihat-lihat catatan lama manuskrip novel Andai Ada Sinar.Sebuah manuskrip mengisahkan kekentalan semangat seorang ustaz muda merubah kehidupan murid-murid nakal menjadi murid contoh di sekolahnya.

Agak lama terhenti projek tersebut.Alasan?
-Sibuk dengan murid-murid di sekolah
-Program murid-murid di hujung minggu
-1001 alasan.
-Hendak seribu daya, tak mahu berjuta alasan..

“Being a good writer is 3% talent, 97% not being distracted by the Internet. (Termasuklah tak boleh leka berfB-fB-an…)”

Itu saya petik dari laman facebook penulis terkenal , Salina Ibrahim.Betul juga, jika berfacebook yang terlalu melekakan.Risau melekakan sehingga lupa kepada manuskrip yang belum dibereskan.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menerbitkan buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid.Pelbagai faktor.Komitmen salah satunya.Mengekalkan momentum di dalam penulisan merupakan suatu cabaran hebat.Terutamanya penulis bebas dan separuh masa seperti saya.

Justeru, melihat kembali manuskrip buku terdahulu menaikkan semangat saya di waktu kesibukan.Membaca tulisan-tulisan yang belum siap di tulis juga menarik untuk difikir-fikirkan.Menelusuri buku-buku baru di MPH serta kedai buku juga idea yang bagus.

Menatap cover buku sendiri pun boleh dipertimbangkan.
“Terjualkah buku aku ni?” soalan yang bagus.Sekurang-kurangnya manuskrip yang ditulis kelak memikirkan sekali pakej apakah ada pembaca yang sudi menatapnya nanti?.Jangan jadi penulis syok sendiri.Tulis, terbit, jangan sampai tiada yang beli!.

Mengekalkan momentum penulisan suatu cabaran besar buat penulis separuh masa dan baru seperti saya.Memotivasikan diri, sentiasa fokus, terus dan terus menulis.Menulis suatu komitmen.Bukan untuk suka-suka.Bukan juga mengisi masa lapang.Tetapi menulis membina tamadun.Membangun minda masyarakat.Membangun minda hebat!!

Ruzain Syukur Mansor

Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: