DAKWAH REMAJA LAPANGAN..SATU KEPERLUAN

Seharian di lapangan dakwah menyedarkan saya bahawa kita perlu berpijak di bumi nyata.

-Pembuangan bayi
-Puak-puak Gothic
-Minat dan mat Rempit
-Remaja hidu gam.

Itu isu yang disebut-sebut ketika Kursus Perkaderan Dakwah Lapangan Remaja, anjuran JAWI dan Masjid negara tadi.Sempat saya menjadi pesertanya bersama-sama dengan Cikgu Azmi.Rata-rata peserta datang dari pelusuk medan dakwah berbeza.Ada ustaz, ustazah, pendakwah, mahasiswa IPT dan lain-lain lagi.

Isu dakwah lapangan suatu keperluan.”Research” kena mantap.Jangan terjah semberono.Itu antara peringatan penceramah yang dijemput khas daripada Kedah.Pengalamannya, Subhanallah.Redah kelab malam, biasa juga berdakwah ke lorong-lorong mencari madu’ si penagih dadah.Dakwahnya bukan hanya di masjid, tetapi turun ke lapangan.Hebatnya daie’ ini.Anda berani?

Remaja bagaikan rakan bagi pendakwah.Ada kaedah mendekatinya.Jangan ditakut-takutkan.Jangan terus dihukum.Jadilah pendengar yang setia.Wujudkan kemesraan.Barulah mudah kerja dakwah.Sentuh hatinya terlebih dahulu.Barulah mudah di buat teman.Senang bicara dakwah jadinya.

Berkomunikasi terus ke dalam hati.Keikhlasan amatlah perlu.Agar mudah timbulkan kepercayaan.Barulah mudah nak berdakwah.Itu kuasa komunikasi.

Saya dipertemukan seorang sahabat daripada Lumut, Perak.4 jam perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur.Daie’ tersebut mula menggerakkan dakwah remaja di masjid qariahnya.Sempat beliau membeli buku Tip Urus kelab Remaja Masjid.Untuk Panduan menggerakkan remaja di qariahnya.Moga maju jaya sahabat!.

Ringkasnya, dakwah lapangan biar jadi realiti.Menanti di pelusuk ruang sana para madu’ yang ternanti-nanti bimbingan daripada seorang pembimbing.

Ruzain Syukur Mansor
Penulis buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid
019-2103267

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: