MANUSKRIP BUKU KEMBARA MINDA SEDANG DILAPAH…

“Salam, nanti tolong bawa manuskrip lengkap ya untuk dinilai..” ringkas sahaja bunyi khidmat pesanan ringkas (sms) daripada seorang editor sebuah syarikat penerbitan buku di Shah Alam kepada saya baru-baru ini.

Pesanan itu diterima setelah mengusulkan sebuah manuskrip Buku Kembara Minda tulisan terbaru saya kepadanya.Ia percubaan menerbitkan sebuah buku kompilasi artikel dakwah dan pendidikan untuk tatapan umum.

“Kembara Minda” sengaja dipilih sebagai tajuk .Ia bakal membawa minda pembaca mengembara menelusuri isu dakwah dan pendidikan kontemporari.Ia juga sebagai suatu usaha mengumpulkan tulisan saya berkenaan dengan isu pendidikan dan dakwah sejak beberapa tahun ini.Untuk rekod, saya penulis yang gemar menulis tentang dakwah kontemporari.

Umum mengetahui bahawa konsep dan methodologi dakwah itu penting.Tetapi berapa ramai yang berani untuk mengupasnya dalam konteks kehidupan semasa.Sememangnya bukan senang untuk mengupas isu dakwah dari sudut dan lingkungan kehidupan semasa.Tetapi itu adalah keperluan.

Jadi, saya memberanikan diri untuk mengutarakan isu-isu masyarakat seperti peranan pendakwah dan pendidik, keperluan dakwah remaja,kerjaya di bidang dakwah serta bidang pembangunan modal insan di dalam manuskrip buku Kembara Dakwah ini.

Pengalaman lalu mematangkan saya.Menunggu manuskrip menjadi sebuah buku bukanlah mudah.memenangi hati editor suatu cabaran.Setakat ini, ada satu manuskrip buku terdahulu pernah di tolak oleh penerbit.Ada satu lagi manuskrip yang telah di hantar tetapi tanpa khabar berita.Pengalaman menghadapi penolakan mematangkan saya.Penolakan membawa beberapa erti.Mungkin manuskrip masih belum mantap.Atau pun kurang memenuhi citarasa pembaca.Atau 1001 lagi alasan yang hanya lebih di ketahui oleh editor.

Justeru, saya doakan manuskrip Kembara Minda ini kelak mendapat penilaian yang baik oleh editor.Seterusnya menemui pembaca insyaAllah.Kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: