BERUBAH?

Berubah? ringkas sahaja bunyi entry kali ini.Dengan momentum penulisan yang sedikit lembab, entry ini sudah dikira suatu rahmat.Berjaya keluar daripada kepompong malas menulis.

Di saat kekeringan idea, blog akademipenulis menjadi medium mencurah rasa.

Sudah 6 bulan tanpa satu pun artikel yang berjaya disiarkan di dada majalah.Itu pasti rekod dan statistik paling buruk saya setakat ini.Perihal momentum?

Ataupun berubah arus?.Beberapa bulan ini saya mula mengasah bakat berceramah.Bermula dengan menjadi panel forum kecemerlangan pelajar di SK Setapak.Terus sahaja menelusuri pengalaman baru menggubal modul ceramah di ILDAS.Memberi tazkirah sewaktu hari keluarga warga guru dan staff SK Sempadan di Port Dickson.

Semalam? saya mencuba modul muhasabah+motivasi di Masjid Negeri Shah Alam.Diberi peluang untuk berceramah motivasi sewaktu Program Bengkel Putera anjuran Bhg Dakwah JAIS.INDIVIDU CEMERLANG tajuknya.Audiennya remaja belasan tahun.Yang pasti di belakangnya merupakan pegawai-pegawai JAIS yang memantau performance saya.Bagaikan di observe oleh Tuan Nazir gitu.

Satu lagi pengalaman baru.Bukan senang mendapat peluang begitu.Di masjid Negeri pula tu.Habis pusat sumber mini di rumah di selongkar mencari bahan terbaik.Buat mempersembahkan ceramah terbaik.Al-hamdulillah, hobi mengumpul buku suatu ketika dahulu kini banyak membantu.Kalau dahulu buku-buku itulah saya gunakan sebagai penyedap rasa kepada artikel-artikel yang dihasilkan.Tapi kini, buku-buku itulah rupanya menjadi penyelamat kepada bahan ceramah saya.

Kita tidak tahu yang kita ini tahu.Kita tahu yang kita ini tahu apabila kita mencuba.Saya tidak tahu saya boleh berceramah.Tetapi pengalaman beberapa bulan ini menyebabkan saya tahu bahawa saya mewarisi bakat abah.Memberi semangat dan memotivasikan.Berceramah memerlukan persediaan rapi.Prepare+Test+Rehearse.Sedia bahan, kemudian uji bahan, cuba bahan tersebut.Minta pendapat rakan atau isteri mahupun suami.Bukan perkara mudah.

“Taubat ana sheikh!” kata seorang pegawai merangkap penceramah handalan.Manakan tidak.Beliau dijanjikan audien ceramah barisan remaja.Tetapi beliau dihidangkan dengan sekumpulan kanak-kanak aktif .Pening katanya.Berpeluh-peluh beliau menghabiskan ceramahnya.Kanak-kanak di hadapannya pula khusyuk..sangat khusyuk..bermain dengan rakan-rakan.

Itu mungkin keadaan di luar jangkaan ketika berceramah.Bukan semua penceramah yang mampu memberikan ceramah kepada kanak-kanak.

“Perlu ada beberapa ‘senjata’ seperti koleksi cerita, teka-teki, permainan minda, koleksi kisah-kisah kelakar” nasihat saya kepada ustaz tersebut.Itu fitrah kanak-kanak.Ceramah kepada kanak-kanak hanya mampu menarik perhatian lebih kurang setengah jam sahaja.Itu teori saya.Tetapi kalau ada unsur-unsur menyeronokkan, anda mungkin mejadi penceramah yang diingati oleh mereka.

Berubah?, tidak juga.Blog akademipenulis ini diwujudkan atas dasar ingin berkongsi perjalanan hidup seorang penulis bebas.Tetapi menulis teks dan bahan ceramah juga diertikan sebagai penulisan.Bagusnya bahan persembahan Power point penceramah mampu menarik minat audien untuk mendengar ceramah.Ada audio, movie itu sebagai nilai tambah.

Saat-saat meniti genapnya usia 30 tahun 1980-2010 ini mendedahkan saya kepada elemen baru sebagai penulis.Menulis kemudian berceramah.Ustaz Sahrulazmi, sahabat saya yang menulis buku-buku dakwah juga nampaknya cemerlang dari sudut ini.Hebat dengan karya nan indah.Kekal pula mantap apabila berceramah.

Apa salahnya menerokai bidang baru.Berani berubah jika kita mahukan sesuatu.Berubah kerana dengan mencuba perkara baru, tersingkaplah bakat yang terpendam.Belajar dan terus mencuba.

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: