22 JUN 1980-2010

Pelik sahaja bunyinya.30 tahun sudah Allah berikan nikmat hidup di muka bumi ini.Nikmat merasai keamanan dan hidup sejahtera.

Selalu saya katakan ketika berceramah “bagaimana jika setiap nafas yang kita sedut itu dikenakan bayaran?.Pasti jatuh muflis kita jika nak membayarnya”

Itu tanda Allah tidak pernah berkira dengan kita.DiberiNya pelbagai nikmat dengan secara percuma.Allah tidak pernah berkira dengan manusia.Cuma manusia yang seringkali berkira-kira dengan Allah.

Justeru bersyukurlah.Topik bersyukur ini antara perkara yang disebut di awal buku La Tahzan karya Dr Aidh Al-Qarni.Malah banyak lagi karya-karya agung yang melatakkan perkara berkenaan syukur di awal perbahasan.

Saya bertuah di beri nama Ruzain SYUKUR b Mansor 30 tahun yang lalu oleh ibu dan ayah tercinta.Terima kasih mak dan abah.Mengingatkan saya sentiasa tentang peri pentingnya bersyukur.

“Jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat ke atasmu, tetapi jika kamu kufur maka azab Allah amatlah pedih” bukankah itu janji Allah?.Pada hambanya yang tidak mahu bersyukur.Janjinya akan menambah rezeki pada yang sentiasa bersyukur.

Justeru 30 tahun saya menghirup nafas dan menikmati kehidupan bahagia, kalimah syukur dilafazkan berkali.Al-hamdulillah, nikmatMu tidak terhingga Ya Allah.

30 tahun ini memberikan penanda aras penting.Sesuatu itu boleh di capai hanya dengan usaha yang gigih.Tanpa kenal erti putus asa.Jauh sekali mengeluh akan kegagalan yang dilalui.Tentu sukar menjadi insan yang banyak keinginan.Menjadi penulis, jurulatih kini antara kejayaan besar yang amat di syukuri.Al-hamdulillah.

Berkongsi idea dengan khalayak cukup mengujakan.Melihat hasil karya di baca orang dan dimanfaatkan menjadi suatu kepuasan.Mohon Allah jauhkan hati ini daripada sifat riak dan takabbur.Moga Allah terus mengurniakan minda yang mampu menterjemahkan skrip kehidupan kepada karya kreatif yang enak di baca orang.

Saya masih ingat antara salah satu daripada impian saya ialah menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah buku sebelum meninggalkan alam ini.Itu saya kongsikan dengan rakan peserta bengkel penulisan di UIAM beberapa tahun yang lalu.Ia dilihat mudah di alam impian.Tetapi menjadi sukar jika tidak dipandu dengan komitmen dan semangat juang tinggi.Seolah bateri yang sentiasa perlu di charge untuk mengekalkan kehebatannya.Moga keseronokan menulis ini menjadikan diri ini cintakan ilmu.Memantapkan pembacaan.Kerana apalah kiranya penulis tanpa buku.Membaca perlu menjadi rutin.Membaca Al-Qur’an, buku ilmiah dan apa juga yang boleh memperkasa minda.

“Anta masuk team penulisan!.Kita ada projek buku baru 21-23 Julai ini di Sepang.kali ini buku dakwah remaja” itu kata Ustaz Shopuan Anuar kepada saya tadi.Sempat bertemu dengan Penolong Pengarah Kanan Dakwah itu ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam di Jabatan Pelajaran tadi.Itu satu lagi peluang untuk menabur bakti.Mencurah idea.Akan bersama dengan team penulisan Sektor Pendidikan Islam menggerakkan penulisan buku remaja.

Moga usia 30 tahun inni mencorakkan seuatu kepada ummah.Moga terus memberi manfaat.Terus mengembangkan bakat.Syukur kepadaMu ya Allah atas segala nikmatmu.Aku bersyukur..

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: