INI TENTANG BAKAT..

Seorang ayah sempat makan bersama saya di kantin sekolah hari ini.

“Tak tahulah ustaz anak saya tu.Tidak tahu pandai membaca, tapi bab kesenian berbakat sungguh.bagilah apa juga alat muzik.Cepat saja pandainya” katanya.

“Itulah kuasa bakat bang.Teruskan.Berikan lorong kepada bakat seninya” kata saya.

Ayah tersebut inginkan anaknya memasuki ASWARA suatu hari nanti untuk mengembangkan bakat seni dan pewaris bakat keseniannya.

Saya masuk ke makmal komputer.Di suatu sudut, ayah tersebut melatih sekumpulan murid-murid 1 Malaysia untuk persembahan dikir barat.Saya terpegun melihat kebolehan anaknya yang diperkatakan sebentar tadi.Anaknya hebat bermain gendang dan kompang.Hebat sekali.Baru darjah 4@5.Saya tidak terkata.Dia mungkin tidak berapa pandai akademiknya menurut ayahnya tadi.Tetapi begitu berbakat di dalam kesenian.Tidak padan dengan umurnya.

Begitulah.Ada yang bijak akademik tetapi tiada bakat dan keistimewaan lain.Tetapi ada yang kurang bijak akademik tetapi banyak pula keistimewaannya.Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai kecerdasan.Cuma kita perlu bijak mengesan bakat yang Allah kurniakan.

Saya mula menulis ketika berumur 26 tahun.Mula bertatih menulis ketika di Universiti Limkokwing.Karya tersiar di Utusan Melayu dan majalah JAKIM.Alangkah indahnya jika saya mampu mengesan bakat penulisan yang ada sejak remaja lagi.Mungkin sudah banyak buku yang berjaya diterbitkan.

Pagi ini saya mendapat respon daripada Prof Kamil UiTM , penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah yang cukup saya minati itu.

“Salam sejahtera,

Saya berdoa tuan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.

Terima kasih di atas penghantaran e-mel ini dan saya sentiasa bersyukur kerana dapat berkenalan dengan kenalan baru dari masa ke semasa. Saya berdoa tuan akan terus berjaya dalam apa jua yang diperjuangkan, InsyaAllah.

Muhd Kamil Ibrahim FAIA (ACAD)

Read Kehidupan Ringkas tapi Signifikan at
http://www.muhdkamil.org/blog

Hati saya berbunga-bunga.Seronok kerana mendapat maklum balas daripada email yang saya hantar kepada beliau semalam.Ada nada pencetus emangat daripada Profesor perakaunan Uitm yang bijak menulis itu.

“Insyaallah Prof, moga ketemu nanti” hati saya terus bermonolog.

Apabila bakat sudah di kesan, insyaAllah usaha akan dijana.

Ayah murid berbakat yang saya ceritakan tadi tidak menjangkakan bakat kesenian yang dimilikinya mampu menjana wang dan rezeki buatnya.Setahun dia kembali ke negeri kelahirannya untuk mendalami kesenian melayu.Akhirnya kini beliau melatih kumpulan kesenian, sehingga menjadi pensyarah tamu di ASWARA dan sebagainya.Bakatnya kini sudah boleh di jual.Malah diwarisi oleh anaknya yang juga anak murid saya.

Kini saya sedar bahawa mengetahui yang kita ini berbakat amat penting.Menyingkap kekuatan diri demi mencari bakat terpendam kini antara perkara yang penting bagi seorang guru.

Ayuh! jadilah pembangun bakat.Serlahkan bakat diri!

“Kita ini tidak tahu yang kita ini tahu setelah kita tahu yang kita ini tahu”

RUZAIN SYUKUR MANSOR
PENULIS BUKU TIP URUS KELAB REMAJA MASJID

One Response to INI TENTANG BAKAT..

  1. Cikgu Ruzain,

    1. Bakat manusia sangat dalam (so deep), kita tidak boleh membuat keputusan muktamad mengenai bakat seseorang hanya dengan melakukan beberapa ujian dan penilaian. Namun kita boleh melihat ‘tanda-tanda’ yang menjadikan seseorang berada dalam ‘elemennya’. Elemen bermaksud apabila seseorang berada dalam keadaan yang sangat sempurna, melakukan kerja yang sangat serasi dan semulajadi pada dirinya. Antara contoh tanda-tanda itu adalah:

    a) minat yang mendalam pada sesuatu aktiviti tanpa ganjaran dan arahan;
    b) kadar pembangunan yang menakjubkan. Contoh cikgu Ruzain mengenai pelajar yang sangat hebat bermain alat musik adalah contoh yang sangat tepat. Persoalannya, bagaimana pelajar itu sangat cepat belajar dalam jangka masa yang singkat? Allah Taala lebih mengetahui.

    2. Namun bakat diperingkat awal tidak bermakna tanpa sebarang perancangan dan pembangunan jangka panjang. Sebab itu perlu difahami bahawa pembangunan bakat bukan sekadar mengetahui ciri-ciri kelebihan seseorang tetapi bagaimana hendak membangunkanya sehingga berjaya mencipta nilai. Sebab itu Talen Development Consulting menganjurkan program Sekolah Bakat sebagai usaha jangka panjang untuk memastikan momentum potensi bakat itu sentiasa mapan.

    3. Cara terbaik untuk membangunkan bakat sambil meningkatkan kuasa imaginasi,kreativiti dan innovasi seseorang pelajar adalah melalui pembelajaran secara projek. Kita tidak perlukan PhD dalam pedagogi untuk membina modul berteraskan projek. Tetapi kita sudah terikat terlalu lama dengan cara pembelajaran lama dan selalu me’romantik’kan bertapa penting cara lama itu dalam membangunkan diri kita hari ini. Ya, saya tidak nafikan proses itu penting, tetapi ia tidak boleh lagi wujud hari ini kerana sebenarnya ia sekadar menjadikan pelajar membina jiwa ‘mediocre’, tetapi pelajar selalu mendapat inspirasi, nyalarasa dan kemahiran dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.

    Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: