MENULIS DAN TERUS MENULIS-INDAHNYA ISLAM

“Enta ke Sepang Rabu ni?” tanya seorang sahabat lama.Siapa yang tidak kenal Syeikh Hamidi Al-jQAFI.Mantan Penyelaras j-QAF Sk Telok Mengon yang juga seorang Jurulatih Utama j-QAF.

“Ya, bertemu di sana nanti” jawab saya ringkas.

Kali ini misinya lain daripada yang lain.Dipilih untuk menyertai Team penulisan Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor.Team tersebut adalah pasukan penulis yang sama menulis buku Guru Jutawan Akhirat tahun lalu.Akan bersama dengan penulis-penulis hebat.Ustaz Sahrulazmi Sidek dengan legasi 7 buah bukunya itu.Ustaz Mazlan Khamis SK Jalan Kebun serta beberapa orang rakan penulis lagi.

Tajuknya:”Indahnya Islam” sebagai tajuk asal.Buku untuk remaja.Dengan gaya motivasi santai.Mungkin bakal di edar ke sekolah-sekolah seluruh Selangor.Namun perjalanannya terlalu jauh.Masih jauh.

“Kita nak sedarkan remaja bahawa betapa bertuahnya kita menjadi seorang Muslim” itu kata-kata Ustaz Shopuan ketika bertemunya di ILDAS tempohari.

Cabarannya cukup besar.Amat besar!.Gagasannya cukup besar.Isu yang ingin dikupas juga cukup besar.Menarik minat remaja untuk membaca buku agama.Opps buku Motivasi dakwah yang santai.Bukan suatu tugas mudah.

Menulis secara berkumpulan.Mungkin banyak yang boleh dipelajari nanti.saya berfikir secara positif.Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid saya itu juga di tulis secara bersama dengan Cikgu Azmi.Menulis itu perihal semangat dan motivasi.

Mungkin ada gabungan idea.Kelainan gaya berfikir.Apa yang penting kesatuan fikrah.Ya, kesemua penulisnya nanti Ustaz dan Ustazah.Guru agama yang perihatin dengan anak bangsa.Yang juga ada minat dan kebolehan menulis.Saya optimis dengan projek dan team penulisan “Indahnya Islam” ini.

Di Hotel Seri Malaysia 21-23 Julai ini akan termeterainya sejarah.Sepertimana tercatatnya Deklarasi ILDAS sempena Nadwah kepimpinan Pelajar Islam Selangor bulan lepas.Akan lahir suatu cetusan ilmu.Gagasan dan kupasan betapa kita ini perlu bersyukur dan bertuah dilahirkan sebagai seorang Muslim dan Muslimah.

“INDAHNYA ISLAM”

Ruzain Syukur Mansor

4 Responses to MENULIS DAN TERUS MENULIS-INDAHNYA ISLAM

  1. majid says:

    Salam sahabat lama ku ruzain.. Tahniah..tak sangka sahabatku ni punya bakat mnulis yg hebat..nampak gaya,blog ni pasti jadi kunjungan tetapku..byk motivasi dari sini..tahniah lg skali sahabat.

  2. hamidi says:

    salam… teruskan menulis… byk inspirasi 3 hari berkampung di sana… berkongsi ilmu dan idea bersama insan2 hebat…

    “aku akan terus menulis!!!…”😉

  3. ruzainsyukur says:

    ya sheikh hamidi..menulis dan terus menulis..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: