GURU JUGA MEMBANGUN BAKAT

Saudara Naim Jaafar adalah seorang pembangun bakat yang membangun School of Talent.Sekolah Bakat.Antara yang pertama di negara ini.

Terima kasih dan syabas di atas pendapat saudara yang amat bernas.Saya percaya kepada dua jenis bakat.

1.Bakat yang sudah sedia ada di dalam diri.Perlu dicungkil sahaja.

2.Bakat yang perlu dipelajari dan diasah kerana kita dilahirkan tidak lengkap dengan pakej bakat semulajadi.

Namun demikian, perlu diakui bahawa kejadian manusia itu di dalam keadaan yang terbaik.Ummah yang terbaik untuk memimpin insan yang hebat.

Seorang pemain berbakat semulajadi pasti mampu menghasilkan tendakan lencong ala banana speed selaju 150 km/j.Tetapi seorang pemain bola sepak biasa-biasa belum pasti mampu untuk menghasilkan rembatan hebat selain hanya menonjol-nonjol bola dengan aksi yang tidaklah seberapa.

Bagi yang menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Argentina pada musim Piala Dunia baru-baru ini, pasti anda melihat seorang lelaki dengan pakaian ala-ala nya , berkot pula tu , berjalan mundar-mandir sangat hampir dengan garisan padang.Adakalanya bola belum menyentuh bumi sudah di tahannya.Mungkin rasa gian untuk beraksi lagi.Siapa ya?.Pastilah Maradona.Siapa yang tidak kenal kelibat Maradona.Gerakan dan kemahirannya yang cukup mengelirukan lawan.Jaringannya antara yang diingati lawan.Mujurlah Argentina tidak menang Piala Dunia yang baru-baru ini.Kalau tidak pasti ramai yang termuntah melihat aksi Maradona melangsaikan janjinya jika Argentina menang Piala Dunia..apa ya janjinya?.Saya rasa agak loya untuk mendedahkannya di sini.Boleh bertanya kepada rakan-rakan yang lain.

Itulah kesannya jika bercakap hanya bersandarkan ‘otak’ semata-mata tanpa bersandarkan keimanan.

“Guru-guru di sekolah hanya menitik beratkan soal akademik dan peperiksaan sahaja.Kurang membangun bakat dan potensi” itu biasa saya dengar.Pastinya terutama luahan hati seorang bapa.

Saya pasti saya juga layak untuk membicarakan soal pembangunan bakat di sekolah.Ini kerana saya seorang guru.Baru-baru ini sekolah saya menghantar satu pasukan lakonan Bahasa Arab ke peringkat daerah.Mereka berlatih bersungguh-sungguh.Saya cukup kagum.Mereka berumur 9 tahun.Tetapi mampu berkomunikasi dalam bahasa arab dengan fasih.Malah berlakon seperti lakonan pelakon arab di televisyen.

Saya katakan kepada seorang rakan saya yang juga seorang guru ” anak murid kita ini sememangnya banyak bakat.Banyak sekali.Mereka amat berani ke hadapan.Sepatutnya kita cungkil sehabis-habisnya”

“Saya setuju” balasnya ringkas.Rakan saya itu antara jurulatih yang sentiasa menjadi tulang bakat pasukan persembahan murid-murid.

Saya percaya 60% faktor kejayaan pasukan muahwarah bahasa arab sekolah saya itu muncul pemenang ketiga dalam pertandingan itu kerana faktor bakat sedia ada di dalam diri.Guru-guru pula telah membuat pilihan tepat membangun bakat yang memang sesuai dengan perwatakan mereka.Bakat sedia ada memudahkan tugas guru melahirkan persembahan yang hebat.

Bercerita tentang bakat, kita pasti tidak dapat lari daripada membicarakan soal ruang pembangunannya.Membangun bakat bagi seorang guru tidak semestinya berlaku hanya di pentas pertandingan.Pasukan bola sepak hanya membenarkan mungkin lapan belas pemain.Pasukan lakonan bahasa arab yang saya ceritakan tadi hanya membolehkan lapan orang peserta membintanginya.Itupun adat bertanding kalah menang menjadi taruhan.Tetapi takkanlah kita sanggup mudah menyerah kalah.Lantas bakat pemain dan peserta yang dipilih haruslah dari kalangan terbaik antara yang terbaik.Di kalangan mutiara yang paling hebat sinarnya.

Bagaimana dengan bakat yang lain? Proses pembangunan bakat juga berlaku di dalam bilik darjah.Takkanlah semua proses pembangunan bakat itu perlu didedahkan kepada media.Pastilah penat nantinya wartawan mengusung kamera ke sekolah-sekolah hanya mahu memastikan apakah guru-guru membangun bakat di dalam bilik darjah.

Masih ada guru yang menggayakan pelbagai jenis kesenian di dalam pengajarannya.Malah masih ada guru yang membangun bakat melalui tugasan berbentuk projek.Membangun bakat dan inovasi gaya berfikir.Nyanyian dan lakonan seringkali menjadi aktiviti yang menyeronokkan pelajar.Ia berjalan di sekolah.Malah berapa ramai guru-guru yang sanggup turun melatih pelajar pada sebelah petang dan hujung minggu demi menyuburkan bakat sukan anak didiknya.

Membangun bakat di sekolah masih berjalan.

Cuma yang menjadi isu adalah penilaian.Penilaian masih perlu berjalan.Walau dengan apa cara sekalipun.Jika membebankan, murnikan supaya tidak membebankan.

Perbincangan bersama-sama rakan-rakan guru, membuahkan idea ini.Mungkin hanya matapelajaran tertentu sahaja memerlukan ujian bertulis.Bahasa Melayu, sejarah mungkin.Tetapi matapelajaran sains, kajian tempatan mungkin hanya melibatkan penilaian projek.Project based assesment.Tiada ujian bertulis.Mungkin sedikit kurang membebankan.

Saya bertanya kepada seorang pelajar tahun 6 baru-baru ini, “Apa pendapat kamu jika UPSR dimasuhkan?”

“Seronoknya!, tak payah belajar” kata murid itu.Risaunya saya.Itulah jadinya jika minda sudah diikat dengan peperiksaan.Membaca hanya untuk lulus periksa.Terhapusnya peperiksaan.Apa gunanya membaca lagi?.Itu gaya pemikiran segelintir murid.Ini realiti bukan saya reka.

Kita lulus ujian memandu kerana kita membaca buku panduan memandu.Akhirnya lulus ujian memandu.Kita memasuki Universiti, lulus semua ujian hingga dianugerahkan segulung ijazah.Adakalanya kita didorong oleh peperiksaan untuk berjaya.Kerana peperiksaan kita meletakkan sasaran.

Hapuskan UPSR? Pro dan kontra yang perlu difikirkan bersama.

Pandangan peribadi Ruzain Syukur Mansor

4 Responses to GURU JUGA MEMBANGUN BAKAT

  1. hamidi says:

    salam syeikh,

    betol apa yg diutarakan tuh… hanya bergantung kpd kesungguhan guru utk membantuk, mencanai serta membangunkan bakat murid.

    kalu guru berkira-kira, akan lahirlah produk yang biasa saja…

    tapi kalau guru bersungguh2 smpai ‘pecah kepala’ perah idea,… akan muncullah insan yang luar biasa…
    😉 salam dari desa putra, buat warga sk telok menegon yg sentiasa mekar mewangi dalam hati…😉

  2. ruzainsyukur says:

    moga terus membangun bakat murid di desa putera.
    pakat turun ke telok menegon, boleh minum dan makan-makan..

  3. yusriwahab says:

    salam,

    Saya betul betul kagum dengan cikgu yang berjaya menjejak bakat bakat yang ada dalam diri murid murid. Teruskan usaha usaha cikgu dan ustz sekalian!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: