DETIK YANG DINANTI SUDAH TIBA

Detiknya sudah tiba. Apa ya?. Cuti sekolah. Bagi insan guru cuti sekolah bukanlah suatu yang mutlak. Boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa.

Bagi penulis separuh masa seperti saya, ini detik untuk mengemaskan mana-mana manuskrip yang longgar. Masih ada manuskrip yang perlu dihantar kepada penerbit. Mencuba dengan sebuah penerbit yang agak tersohor di Malaya. Mana tahu ada ruang dan peluang di depan mata.

Mengalami penolakan bagi seorang penulis yang ‘tiada nama’ adalah perkara biasa. Tiada soal putus asa. Penolakan terhadap manuskrip akan membuka mata penulis tentang kecacatan yang ada. Ya bagus kalau begitu. Lantas ada ruang penambahbaikan.

Dasar penerbitan sebuah syarikat penerbitan berbeza. Lantas bijak-bijaklah menghidu peluang disamping memahami apakah dasar penerbitan syarikat tersebut. Ada syarikat yang mengamalkan dasar bahasa melayu tinggi. Lanats hormatilah dasar mereka. Patuhi syarat yang ditetapkan. Siapa lagi yang ingin kita harapkan untuk memartabatkan bahasa kalau tidak kita ini sidang penulis.

Apa yang penting, kita meletakkan sasaran kepada dunia penulisan peribadi. Setelah bakal terbit dengan buku kedua Dakwah dan Teknologi maklumat terbitan jakim, saya makin yakin. Mula pula meneroka bidang baru sebelum menempuh dunia penulisan imiah tahun hadapan. Menulis karya ilmiah untuk tujuan akademik memang jauh sangat bezanya dengan penulisan kreatif.

Selamat menulis wahai penulis bebas. Ramai yang menanti karyamu

2 Responses to DETIK YANG DINANTI SUDAH TIBA

  1. Assalamualaikum warahmatullah,

    Tahniah dan syabas di atas terbitnya buku…Teruskan menulis saudara…

    Jika di tanganmu ada sebutir biji benih, dan hari kiamat akan berlaku esok hari, maka tanamkan biji benih itu..(Hadis)

    Semoga Allah menerima segala amalan kita, Insya Allah…Amin..

    Wasalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: