AKHIRNYA

Akhirnya..bukan mudah untuk keluar daripada kepompong malas. Ingat perkara ini, bagi penulis separuh masa, pengurusan masa amat penting. Kerjaya dan tugasan utama jangan dilupa. Kumpullah kekuatan, insyaAllah ada jalannya.

Mac membawa ke April, ada sebuah manuskrip buku motivasi kanak-kanak yang perlu disiapkan dan dihantar kepada sebuah penerbit kerajaan .
Mencabar walaupun ianya nampak santai dan mudah.

Memang mudah menulis bahasa kanak-kanak. Tetapi adakah mampu menarik minat? Dunia kanak-kanak memang pelik. Dinamik dan sukar difahami. Mudah tertarik dan mudah pula jemu. Namun begitu, apa yang susah itulah menjadi cabaran kepada penulis. Memberanikan diri untuk mencuba genre baru merupakan suatu titik tolak terbaik saya tahun ini. Moga mampu disiapkan.

Atas dasar ingin mencuba genre baru juga membawa saya beberapa kali ke CYberjaya. Misinya sebagai salah seorang panel penulis khutbah dan doa sempena Hari Guru peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula dengan serba kekurangan akhirnya mula yakin. Menghasilkan khutbah tidak semudah yang dijangka. Bahasanya harus mudah difahami pendengar. Apatah lagi dibacakan pada waktu-waktu kritikal. Isunya harus menyengat dan sangat rapat dengan masyarakat awam. Bahasa tidak meleret-leret dan jangan pula berleter. Sumber dan rujukan harus tepat dan sohih.

Cukup dulu sebagai permulaan, ketemu lagi nanti

Ruzain
Pengasas Akademi Penulis Bebas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: