PERJALANAN MENUJU PUNCAK

Ini percubaan ke 3.
kali pertama, kandas kerana komitmen kepada kerjaya
Kali ke 2, pun tidak kesampaian, tuntutan kerjaya lebih utama.
Kali ke 3 insyaAllah akan dipastikan bergelar Sarjana.

Seronok mendengar terpilihnya sahabat baik Ustaz Aminuddin Khalit mendapat Cuti Belajar Bergaji Penuh untuk Program Sarjana. Mungkin UPSI menjadi persinggahan beliau. Selamat berjuan sahabat.

“Biasanya calon sarjana tiada msalah untu menamatkan bahagian kerjakursus. Namun, ramai yang gugur ketika mula menulis” itu sangat biasa diungkapkan oleh Prof Aziz Md Zin, pensyarah Jabatan dakwah Akademi Pengajian ISlam Universiti Malaya yang sangat saya kagumi.

Suatu pesanan yang harus dilihat sebagai cabaraan dan pendorong. Tamat 1 semester bergelar calon sarjana Usuluddin di Universiti Malaya. Tinggal 1 matapelajaran lagi perlu dihabiskan untuk mula membentangkan kertas cadangan kajian disertasi.

Perjalanan semester pertama yang sangat mendebarkan. Dengan tugasan sebagai Setiausaha PIBG, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, Guru kelas, segalanya terasa amat berat sekali. Apa yang penting , sangat penting adalah pengurusan masa.

Cabaran mengajar pada sebelah pagi, belajar pada sebelah petang, hanya Allah sahaja yang tahu. Mujur ada teman sekuliah yang sentiasa memberikan semangat. Pak Arifin dan Pak Jamit nun jauh di seberang Laut China Selatan. Tinggalkan keluarga demi ilmu. Ustazah Nurul yang jauh berkelana dari Indonesia. Apatah lagi kekentalan semangat Sheikh Khusairi yang sanggup ‘terbang’ dari UiTm Sarawak ke UM setiap Khamis. subhanallah. Semangat kalian luar biasa hebat. Jadi malu rasanya jika tunduk kepada kemalasan sendiri jika mahu dibandingkan dengan jihad teman-teman sekuliah yang jauh lebih mencabar.

Ada beberapa kemahiran untuk bergelar Sarjana AKA menghabiskan kursus Sarjana:

1. Pengurusan Masa
Pentingkan kerjaya bagi yang bekeerja. Kedua bijak mencuri masa untuk menyelesaikan tugasan

2. Jangan suka bertangguh
Dapat sahaja tugasan, terus fikirkan tajuk, mulakan kajian di Perpustakaan. Cari rujukan bersesuaian dan mula menulis sedikit demi sedikit.

3. Penulisan ilmiah
Bukan santai-santai tetapi ilmiah. Harus ada sumber daripada jurnal, kajian dan buku-buku akademik. Jangan hanya guna idea sendiri.

4. Rapat dengan pensyarah
Sentiasa dapatkan tip penulisan dan pandangan para pensyarah sebelum memulakan sebuah kajian. Pastikan tajuk kajian jelas dengan objektif yang terarah.

5. Mula berfikir tentang tajuk disertasi seawal semester pertama
Ia penting kerana ia mungkin menjadi tajuk tugasan. Kaji ekor, badan, kepala. Apabila sudah lengkap, cantumkan sahaja.

6. Kaedah penulisan
Biasakan diri dengan kaedah penulisan ilmiah. Nota kaki, rujukan dan sebagainya. Ikut format yang ditentukan oleh Universiti. Lain padang lain belalang.

7. Mula merisik-risik penyelia
Cuba ambil tahu kepakaran pensyarah dan mula merisik mereka untuk menjadi penyelia disertasi anda. Biasakan mereka dengan tajuk yang anda ingin kaji. Minta pandangan. Sibuk? Email kan ada, risik-risiklah mereka.

8. Zaman ini zaman di atas talian.
Biasakan diri dengan sistem pembelajaran di atas talian. On line research based. On-line journal. Dan macam-macam lagi. jangan ditertawakan pensyarah hanya kerana terkial-kial mencari bahan di on-line journal.

9. Membaca dan terus mengkaji.
Pertama membaca kedua mengkaji. Kalau tidak berminat harap tinggalkan dunia penyelididkan. Untuk bergelar sarjana, ini antara syarat utama. hasilkan inovasi dan jawab segala kemusykilan. Masalah itu suatu peluang kajian.

Semoga ada lagi teman-teman yang sama menuju ke puncak. Sama-sama kita cuba kembangkan potensi diri.

Ruzain Syukur Mansor
Calon sarjana Usuluddin
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

2 Responses to PERJALANAN MENUJU PUNCAK

  1. Abu Imran says:

    Salam Ustaz. ana sangat kagum dengan usaha2 dakwah ustaz khususnya dalam bidang penulisan. menelaah pengalaman ustaz dalam blog ni memberi motivasi untuk ana mencuba dalam dakwah pena seperti mana yang telah ustaz laksanakan.
    Boleh tak ustaz terangkan prosedur untuk hantar manuskrip kepada penerbit buku serta syarat2 umum sebuah manuskrip buku yang diterima oleh penerbit. kalau tak keberatan, boleh tak ustaz berikan ana contoh kertas cadangan penulisan buku.
    Syukran Ustaz. Baarakallaahu fiikum.

    • ruzainsyukur says:

      Assalamualaikum

      Terima kasih syeikh Abu Imran yang sudi berkelana ke blog akademipenulisbebas ini. Ia sebuah catatan yang hidup.

      Untuk menghantar manuskrip buku, seeloknya ada proposal yang mengandungi konsep buku, contoh bab dan lain-lain lagi. Contoh proposal buku boleh di download sahaja melalui panel sebelah kanan blog ini. Itu contoh dan boleh lakukan modifikasi.

      Syarat manuskrip itu diterima bergantung kepada polisi penerbitan sesebuah syarikat. Lain syarikat lainlah polisinya. tetapi umumnya manuskrip tersebut harus jelas konsep penulisannya, menarik isi kandungannya dan jangan ada kesalahan tatabahasa. Sesetengah syarikat menitik beratkan apakah ia akan dibaca orang? Jadi kandungannya harus mudah dan jelas serta difahami.

      Untuk lebih jeals, saudara kena menghubungi sendiri editor syarikat penerbitan yang terdapat nombornya pada kulit buku untuk maklumat dengan jelas.

      Pengalaman ana kalau dengan JAKIM, aspek kandungan yang amat ditikberatkan. Sumber rujukan harus tepat. Lain-laian biasa sahaja mestilah bahasa boleh menarik untuk orang membaca. Penerbit JIM Media untuk buku pertama ana Tip Urus Kelab Remaja Masjid tidak ketat sangat prosedurny asalkan menari. kandungan memberi manfaat dan tiada kesalahan tatabahasa.

      Apabila sudah siap manuskrip, hubungi kembali editor syarikat penerbitan, seeloknya berjumpa dengannya dan hantar manuskrip bercetak dan berjilid. (binding). Berbincang dengannya . lakukan penambahbaikan jika diperlukan

      Moga membantu ya sheikh

      Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: