PASARAN PENULISAN MOTIVASI REMAJA

July 28, 2011

Ada betulnya coretan minda Sifu PTS Puan Ainon di Blog Universiti PTS nya mengenai kuasa beli pembaca remaja. Tidak semua ibu-bapa membekalkan mereka wang saku untuk membeli buku-buku kegemaran. Lantas berdikit-dikitlah mereka mengumpulkan wang saku untuk memebli novel remaja.

Lantas, memang relevanlah kerisauan beliau terhadap trend penerbitan buku dan novel remaja. Dengan persaingan yang wujud, pastinya remaja akan membuat pilihan yang paling ekonomi sesuai dengan sumber kewangan yang terhad. Maka , buku untuk remaja harus sifatnya super dan sangat menarik. barulah laku di pasaran. Kecualilah buku yang dihasilkan dibeli oleh Perpustakaan Negara. Selesai masalah.

Bagi penulis baru seperti saya, pastinya saingan nampak lebih hebat. Dengan nama yang baru muncul di arena motivasi remaja, pasti saingan daripada bingkisan otai terdahulu akan mewujudkan persaingan yang sihat. Kecualilah remaja mahukan idea dan penulis motivasi yang baru.

Zaman menulis buku untuk kepuasan sudah berlalu. Zaman ini menulis buku yang mampu untuk dijual. Bunyinya agak pelik, tetapi tulah hakikatnya. jadi, lakukan research sebelum menulis. Kenalpasti minat golongan sasaran. Pastikan konsep buku segar dan inovatif.Baru tersenyum empunya toko.


PAKEJ.

July 28, 2011

Pakej. Ringkas, tetapi rumit.

Rupanya sehingga kini Aduhai Remaja (masih sekadar tajuk sementara). Belum muktamad. Buku ini untuk dijual. Bukan menjadi bahan pameran di muzium. Mahu dijual bagaimana, jika kurang menarik? Tajuk pun masih belum mengancam?

Lantas, perlu pantas. Aduhai Remaja memerlukan suntikan tajuk yang lebih menyentap jiwa remaja. Ia juga memerlukan pakej persembahan kaver buku yang mengancam.

Habis sahaja bengkel penulisan di JAIS, bergegas saya berjumpa dengan Pengurus Penerbitan buku Aduhai Remaja untuk membincangkan perkara penting .
Bukan mudah sebenarnya. Itulah sebabnya sesebuah buku itu memerlukan suntingan super dari editor. kemudian keserasian idea dari penulis dan editor akan menambah nilai keindahan pakej buku.

“Dunia remaja ini sangat unik dan pelik” sempat saya titipkan kepada seorang teman di facebook. Manakan tidak, menarik minggu ini, minggu hadapan sudah bertukar seleranya. Lantas? Apa pilihan yang saya ada? Do research dan santuni sasaran.

“Pasaran buku remaja agak terbuka luas” kata pengurus penerbitan tersebut. Namun, remaja akan memilih sesuatu yang sesuai dengan seleranya. Mahu tidak mahu, ideanya harus tajam, kemas, menarik dan segar.

Masih ada waktu. Mendapatkan respon pembaca itu suatu kunci idea yang bagus. Mohon dipermudahkan insyaAllah

Ruzain Syukur Mansor


ADUHAI REMAJA..TERIMA KASIH SAHABAT

July 28, 2011

Julai 2011 baru hanya sempat 1 entry. Huh! sibuk bangat sekali penulisnya.

Aduhai Remaja. Sejarahnya memang lama. Siap menulis pada Ramadhan 2010. Terpaksa pula menanti tempoh ‘untuk diedit oleh editor. Julai 2011? Tiba-tiba sahaja saya dikejutkan dengan email pengurus penerbitan dengan pruf yang perlu dimurnikan. Melihat rupa bentuk manuskrip yang sudah sedia untuk dicetak sangat memberikan kepuasan kepada penulis. Dibelek-belek dengan teliti.

Terima kasih kepada dua orang pembaca manuskrip buku Aduhai Remaja, Cikgu Zarina Dzulkifli dan Cikgu Mahyon Sajana. Kedua-duanya kaki buku dan sangat layak untuk membelek karya ini dan memberi komen. Ini kerana keduanya dilihat sangat rapat dengan remaja. Sentiasa arif dengan selera remaja. Terima kasih di atas testimoni yang diberikan.

Memberikan testimoni ini juga suatu seni rupanya. Memberikan keyakinan kepada pembaca mengapa buku tersebut harus dimiliki. Moga-moga membantu.

“Menulis jangan syok sendiri” itu suatu nasihat yang bagus juga.

Memang idea itu milik kita. Tetapi adakah akan dibaca orang. Itu sebabnya ia harus dibaca ramai orang. Biar dikritik semasaknya. Penulis dan sahabat setia itu punya misi yang sama untuk menghasilkan yang terbaik.

Menanti proses seterusnya dengan penuh debaran. Moga dipermudahkan

Ruzain Syukur Mansor


MEMUGAR BAKAT PENULIS

July 28, 2011

Julai 2011 memahatkan kenangan indah buat penggerak Team penulis Selangor. Alhamdulillah, bersama-sama dengan Chief, Ustaz Shopuan Anuar, Ustaz Sahrulazmi dan Ustazah Ruhana Zaki memugar bakat-bakat penulis di JAIS Shah Alam. Bersemangat sekali peserta bengkel penulisan kali ini. Ini suatu percubaan yang baik buat 4 penulis serangkai melaksanakan kursus penulisan dakwah khusus untuk pegawai dakwah JAIS.

Misi kursus penulisan sebenarnya menjadi jelas jika objektif kursus dibentuk dengan tepat. Barulah kandungan kursus dapat disesuaikan dengan pengisian. Apa yang penting, menulis itu medan motivasi. Saya harus belajar daripada gaya ustaz Sahrulazmi mengatur bait-bait indah gabungan pengalaman dan pemerhatian minda yang tajam.

Rupanya, mengkhabarkan keindahan penulisan melalui ceramah ini bukan suatu yang mudah juga. Contohnya perlu tepat. sasarannya perlu diberi perhatian sewajarnya.Harus juga tahu tahap pemikiran dan kemahiran dimiliki peserta.Supaya tidak nanti syok sendiri.

Bakat vs minat?

“Kami punya bakat dan minat, namun tiada tempat untuk berkarya. Sukar pada permulaannya. Tetapi tuan puan punya ruang yang sangat luas untuk menulis. Petik saja suiz minat dan kami bekalkan dengan sedikit ilmu” itu sempat saya titpkan kepada peserta.

“Sekurang-kurangnya menulislah untuk jabatan” sempat juga saya nasihatkan.

Keempat-empat kami sepakat untuk mengatakan “Bacalah untuk bermula”.

Lantas, kurang kemahiran, masih kabur untuk mula menulis bukan lagi alasannya. Didoakan semua peserta yang juga para pegawai agama mampu untuk memulakan gerak. Mula menulis perlahan-lahan, insyaAllah ada laluannya. Menulis itu medan dakwah.

Menulis kemudian berkongsi. Ada misi baru menanti. tetapkan objektif penulisan. Misinya kemana? sasarannya apa? InsyaAllah ada jalannya.

Ruzain Syukur Mansor