APABILA SUDAH MEMBERI KOMITMEN

September 3, 2011

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

“Saya terus ruku’ apabila imam bertakbir..orang di kiri kanan masih berdiri..?” dengan nada kehairanan , Syafiq (anak saudara saya) menceritakan pengalaman pertamanya solat aidilfitri di masjid kampung. Tertawa kami mendengarnya. Itulah jadinya jika tidak cukup ilmu di dada.

Nota: Takbir 7 kali pada rakaat pertama solat sunat ‘eidulfitri, manakala 5 kali takbir pada rakaat kedua disusuli dengan bacaan al-Fatihah dan surah pendek.

Berakhir sudah Ramadhan yang mulia. Bulan yang terkandung padanya seribu rahmat dan keampunan. Sebulan tarawih di masjid Negeri memperlihatkan keghairahan umat yang cintakan ibadah dan merapatkan diri kepada Allah. Ungkapan umat meninggalkan masjid kosong pada 10 Ramadhan terakhir tidak relevan lagi. 10 Ramadhan yang terakhir di Masjid Negeri Shah Alam sangat makmur dan meriah. Ramai bertambah ramai dengan ‘iktikaf dan solat malam.

Jadi, apabila sudah memberi komitmen, adakah sudi untuk meneruskannya? Inilah cabaran terbesar apabila Ramadhan meninggalkan kita. Adakah masih sanggup kita berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat berjemaah. Mohon Allah beri kekuatan kepada saya yang lemah imannya ini.

“Orang Malaysia memang mewah. Tetapi kemewahan itulah adakalanya melupakan dirinya kepada Tuhan” itu sembang ayah berisi penuh hikmah buat saya baru-baru ini. Jelas pesanan buat anaknya bahawa jangan isi dunia ini melekakan.

Lantas? Pasca Ramadhan harus bagaimana? Sekurangnya apa juga yang dilakukan pada bulan Ramadhan , harus juga dilakukan konsisten dan istiqamah. Mengapa? Apabila komitmen sudah diberi, harus juga bijak menunaikannya.

Catatan Syawal 1432H buat diri.

Advertisement