CATATAN SARJANA-WELCOME..WELCOME

September 11, 2011

Esok minggu pertama semester baru bagi calon sarjana dan PhD seluruh negara.

Tahniah juga buat Sheikh Nazrul, teman sekelas sewaktu di maktab dahulu yang kini juga bergelar calon sarjana Pendidikan di UKM. Ustaz Aminuddin Khalit di UPSI. Sheikh Malik di USM. Sheikh Hamidi yang sudah nampak jelas kesarjanaannya di UKM. Cikgu Azlina, berulang-alik ari Klang ke Bangi lagi sem ini. Sangat-sangat tabah ibu ini.

Ada harga yang perlu dibayar. Setelah 4 bulan bercuti, Khamis ini akan sekali lagi di semester baru meredah kesesakan Lebuhraya Persekutuan demi mengejar cita yang tidak pernah padam. sesekali merentas memecut laju di Lebuhraya NPE. Apalah sangat perngorbanan jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Syeikh Khusairi (teman sekuliah di UM) yang sanggup terbang dari Kuching-UM-Kuching semester lepas. Setiap Khamis..Syeikh jamid dan Syeikh Ariffin, yang meninggalkan keluarga nun di Bumi Kenyalang demi mengejar sarjana. Ustazah Nurul dari Seberang yang sangat bernas ideanya..Kata orang jika kita rasa susah, lihatlah di bawah. Lihat betapa masih ramai insan lain yang jauh lebih hebat pengorbanannya. Dbaca sebagai mencari semangat kepada diri sendiri (siapa lagi yang nak diharapkan memebris sumber motivasi).

Al-hamdulillah, di saat terasa diri ini keseorangan, Allah ‘temankan’ dengan rakan-rakan yang sama menuju arah yang sama. Bagaikan kiambang kita ini nanti, berpisah seketika di bawa arus , namun perlahan kembali bersatu dan bertaut. Al-hamdulillah, kemenangan psikologi sekurang-kurangnya diperolehi.

Teman-teman, perjalanan masih jauh. Kalian berhak letih di tengah jalan, tetapi jangan mengeluh. Rasailah kemanisan di akhirnya. Sekali kita melangkah, tak mudah mundur lagi!.

Moga calon-calon sarjana yang juga memulakan semester baru esok 12/9, moga kalian tabah dan berjaya mencapai puncak kesarjanaan.

Ruzain Syukur Mansor
IGB 100069
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Advertisement

TARBIAH RAMADHAN ..PASCA PUASA

September 11, 2011

Menekuni bingkisan ilmu daripada dua orang tokoh ilmuan malam tadi sangat mengujakan. Bingkisan indah daripada Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz dan Dato’ Zawawi Jusoh dalam siri Forum Perdana hal Ehwal Islam di Masjid Negeri amat menginsafkan.

Ini perihal pasca Ramadhan. Gamitan Festival Syawal di Malaysia sangat meriah sekali. Sangat berbeza sekali dengan sambutan Aidilfitri di Mekah. Di sana hanya 1 Syawal sahaja disambut meriah. Itu tambah Ustaz Mustaffa sidin , imam masjid Negeri Shah Alam.

“Jangan kegembiraan menyambut Syawal itu menjadi permainan dan hiburan” tambah Dato’ Abu Hassan Din. Ada benarnya.Amalkan kesederhanaan ketika beraya. Jadikan ia ibadah. Syaratnya. Amalannya biar soleh. Niatnya betul. Pergaulan terkawal. Ada masa untuk solat.

Beliau menambah dalam nada gurau “di Malaysia seolah-olah artis sahaja yang beraya. Penuh cerita di akhbar dan TV- Artis beraya di kampung, artis shopping sakan. Orang agama pun beraya juga! Mengapa tiada cerita tentang Dato’ Zawawi beraya di kampungnya?”

Selebihnya..? Puasa enam bagaimana? Ia sebagai tanda kesinambungan kepada tarbiah Ramadhan. Tanda iman masih berdetik. Suatu hari di sekolah…

“Ustaz, silakan rasa..” sapa seorang rakan sekerja.
“Sedapnya..mengapalah sedap sangat rasanya kerepek ni” hati saya bermonolog.

‘Oh..Patutlah sedap sangat rasanya. Perut baru mula menjamah makanan setelah beberapa jam berpuasa. Puasa sunat saya terkorban dek godaan kerepek petang itu..bukan tergoda tapi tak sengaja..lupa.’ hanya saya sahaja yang tahu ketika itu.

Nasihat saya kepada yang mula-mula untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Jangan tangguhkan puasa anda. Dan bersedia dengan segala macam godaan samada yang anda sedar atau mungkin di luar kawalan. Sunat, sunat juga, tapi pastikan yang wajib terus jadi yang utama. Puasa, puasa juga. Solat jangan dilupa

Ruzain Syukur