CATATAN SARJANA: ITULAH JADINYA JIKA HANYA PANDAI MEMBERI NASIHAT

“Berdebar rasanya” ringkas kataku kepda teman sekerja yang sedang bersenang lenang menanti anak murid calon UPSR kesayangan usai solat fardhu Zohor.

“First kelas..lain debarnya. Entah mengapa” semakin bercelaru.

“Tenang ustaz, Itulah jadinya, selalunya pandai saja Ustaz bagi nasihat kepada orang. Hari ini saya pula yang berikan ustaz nasihat” adui! tepat ke batang hidung.

Itu rencah perbualan saya dengan teman sekerja. Hati mereka ceria kerana calon UPSR mereka itu tenang menjawab soalan peperiksaan.

Usai mengimamkan solat fardhu Zohor, saya mememcut WMW 5597 (dibaca pecutan tidak lebih 100 km/jam) di tengah-tengah kesesakan lebuhraya Persekutuan menuju Kampus Tenang Universiti Malaya.

‘BS 29..di mana ya..di mana ya..jumpa akhirnya!’ monolog hati kegembiraan menanti masuk ke dalam bilik kuliah matapelajaran Kaedah Pengajian Usuluddin. Berdebar menanti pensyarah masuk. Siapakah gerangannya. Berkenalan dengan teman baru. Seronok melihat teman-teman guru yang mendapat tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. HLP dan CBBGP. Cuti penuh , elaun lagi. Bila lagi ya?

Pintu dibuka. Huh! yang terpacul adalah susuk tubuh pensyarah kegemaran. Prof Ab Aziz M. Zin. Alhamdulillah. gaya beliau sangat saya sukai. Tenang, contoh mudah-mudah, dalam maknanya, senang pula difahami. Tidak sesukar memahami bagaimana Malaysia tidak dijajah tetapi hanya dinaungi…

“Dalam tasaufnya” celah teman sekuliah di belakang. Itulah Prof Ab Aziz.

“Apabila sudah register, biar sampai habis” kecut perut mendengarnya. Ayat itu sudah diulang banyak kali diulang pada semester lepas. Tetapi itulah motivasi ringkas Prof Ab Aziz yang selalu diingati.

Ini misi ke 3. Berjaya pasti berjaya. Habis mesti habis. Cuti ataupun tidak. Tapi cuti lagi baik. HLP akan ditutup permohonannya esok 16 September. Moga ada tuahnya kali ini setelah mendapat azimat dan doa teman-teman tadi.

“Jumpa di mana ya kita” sapa seorang teman.

“Ana mengajar di SK Telok Menegon” sapaku tenang. Muka berkerut. Rasanya macam pernah berjumpa dengan sahabatku ini.

“Ana dari sekolah anta. Ana jaga UPSR tadi di sekolah anta. Kecilnya dunia” kata sheikh muda itu.

‘Macammana boleh tidak perasan. Rakan sekelas ku ini rupanya pengawas UPSR di sekolah tadi. Malah sudah bersalaman dengannya. Inilah bahana FANA seperti yang disebut penceramah sebentar tadi. Khusyu’ sangat’

Apapun, bertemu kembali sahabat lama Syeikh Khusyairi yang sudah memperolehi cuti belajar dari UITM kembali mengujakan hati. Tahniah syeikh.

Siri catatan sarjana ini harapnya menjadi sebuah lagi siri catatan yang mungkin kalau ada rezeki boleh dibukukan. Ini kisah liku perjalanan mengejar sarjana. Moga Allah kurniakan kekuatan untuk membimbing diri ini untuk muncul luar biasa.

Amin. Bertemu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: