PENGALAMAN BARU-MENGURUS PENULISAN

Alhamdulillah selesai bengkel 1 Penulisan Tazkirah 3 Minit (KULTIM) Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang pada 30/11-2/12.

“Bukan semua penulis boleh menulis secara marathon” itu saya ucapkan ketika membentangkan perkembangan terkini kumpulan penulis. Kali ini Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM yang baru Ust Wan Ramdzan sanggup mendengar dan merasmikan majlis.

Sangat mengujakan. Inilah namanya peningkatan diri. Saya mula mengenali sub unit dakwah penulisan di Jabatan Pelajaran Selangor pada 2009 melalui Penolong Pengarah Dakwahnya, Ustaz Shopuan Anuar Ahmad. Sejak itu, peluang menulis pengalaman, tazkirah, kodul dakwah mahupun kisah motivasi terbuka luas.

Akhir 2011, ia berubah. Diberi pula tanggungjawab menjadi penyelaras buku Tazkirah 3 Minit Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Termanggu juga mulanya. Boleh ke jalankan tanggungjawab. Tetapi itulah kehidupan. Apa yang baru dicuba sebagai ruang peningkatan diri. Mengambil tugas-tugas editor bukannya mudah. Tetapi itu proses untuk belajar. Sesudah menulis menjadi editor dan terus menjadi penyelaras. Bukan suatu yang mudah untuk mengurus penerbitan. Malah mengurus penulis yang jumlahnya mungkin menjangkau lebih daripada 10 orang juga bukan calan-calang tugasan.

Cabaran itu mematangkan diri. Ini saya pegang sebagai meningkatkan motivasi. Saya terlepas untuk menulis beberapa coretan pengalaman menulis secara bersama sebelum ini. Namun berikut dicoretkan sedikit catatan menulis secara bersama.

Menulis secara bersama perlukan jihad kesabaran yang sangat besar.Antara perkara penting ialah:

SATU:KONSEP BUKU PERLU JELAS
Ini paling penting. Apakah konsep ataupun genre yang ingin ditulis. Jika dakwah, adakah bentuk penulisannya santai atau separa santai. Atau ianya suatu kupasan ilmiah. tetapkan di awal penulisan. Wujudkan sedikit flexibility kerana setiap penulis punya kekuatan dan gaya penulisan sendiri. Sukar juga membina keserasian pada awalnya.

DUA:IKHLASKAN DIRI. BELAJAR MENERIMA DAN MEMBERI
Bukan mudah juga menerima konsep andainya ia tidak berapa kena dengan gaya penulisan sendiri. Tetapi belajarlah untuk menerima. InsyaAllah perlahan-lahan adaptasi konsep itu akan menyerap masuk di dalam penulisan. Fokus kepada konsep, berbincanglah dengan penyelaras sekiranya mahu mewujudkan sedikit ubah suai kepada konsep asal.

TIGA:BRAINSTORM. DAPATKAN IDEA
Ini sangat penting. Sesi percambahan idea ini perlu dilakukan sesama panel bagi mencari idea. Ia juga bagi menyelaraskan tajuk dan supaya apa yang kita tulis tidak menyamai idea dan penulisan panel yang lain. Bayangkan sekiranya tiada perbincangan terdahulu. Maka akan adalah tajuk-tajuk yang bertindih. Aduh! pasti memeningkan kepala editor nanti.

EMPAT: SEMAKAN SILANG
Cross check (kata orang putih). Setelah beberapa ketika, pilihlah 1-2 artikel untuk bacaan umum. Atau serahkan bahan bacaan kepada panel lain untuk dibaca. Ia bagi menjamin konsistensi artikel tersebut. Ia juga bagi menguji konsep buku tersebut. Adakah ianya mampu diterjemahkah menjadi penulisan dan adakah penulis selesa dengan konsep tersebut.

LIMA: EDIT
Sebagai penulis yang bertanggungjawab, jangan meletakkan beban edit artikel anda kepada editor semata-mata. Ringankan beban editor. Kurangkan kesalahan tatabahasa dalam artikel. Semak beberapa kali. Pastikan ayat mudah difahami. Ejaan juga begitu. Dalilnya pastikan kesahihannya. Fakta jangan pula diletakkan secar sembrono. Kita adalah penulis dan merangkap editor.

ENAM:
PERIHATIN ARAHAN SETERUSNYA
Kebiasaannya, urusan penghantaran artikel bagi tujuan pemurnian akan melibatkan emel editor. Pastikan penulis mengetahui alamat emel untuk langkah seterusnya. Ini akan memastikan artikel pemurnian berjalan lancar.

Cabaran akan ada bagi setiap penulisan. Menulis secara solo ataupun berkumpulan. Ia dapat diminimumkan sekiranya kita punya kesabaran yang tinggi. Patuh pula kepada konsep yang ditetapkan.

Bagi buku Tazkirah KULTIM, saya menyebut dalam ucapan “kita punya proses yang panjang untuk sampai ke hujungnya. Masih ada beberapa stesen perlu ditempuhi. Pemurnian demi pemurnian akan dilalui.”

Moga Allah curahkan pertolongan untuk memudahkan segala cabaran sepanjang penulisan buku tazkirah KULTIM

RUZAIN SYUKUR B MANSOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: