Aura Pesta Buku..

“Hidup perlu sentiasa memberi” itu sempat dikongsikan orang no 1 Karangkraf, Dato’ Husammudin Yaacub di Pesta Buku Karangkraf tadi. Sempat saya sapa beliau dan menerima curahan semangat dan motivasi. Sangat bersahaja dan humble orangnya. Moga ada rezeki bernaung di bawah Karangkraf.

Setiap kali berkunjung ke Pesta Buku, pasti ada sahaja peluang dan lamaran datang bertandang. Ia berlaku lagi kali ini. Lamaran daripada editornya sendiri membugar semangat untuk menulis.

“Sub Unit Agama baru sahaja diwujudkan. Mari tolong orang kita untuk berdakwah” Ustazah Ruhana, rakan penulis terus-terusan memberikan semangat.

Penulis wajib menulis mengikut panduan kajian pasaran oleh editor. Mereka mempunyai rangkaian maklumbalas daripada pembaca dan penulis. Lantas, itu kajian yang sangat relevan sebagai penulis. Penulis menulis berdasarkan apa yang khalayak mahukan. Ini supaya penulis tidak syok sendiri. Malah, apa yang ditulis nanti bakal laku keras kerana menepati apa yang ‘peminat’ mahukan.

Lantas, banyak kali dinyatakan dalam blog saya ini, hubungan dan komunikasi berkesan penulis-editor seharusnya diwujudkan. Bukan sahaja harus tetapi wajib. Biar bukunya nanti ada ummph!

Ini masa untuk diri. Mula menulis. Istiqamah. Konsisten. Cuba siapkan 1 manuskrip dan hantar kepada penerbit.

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: