460 klik on 4th December

December 5, 2011

460 lawatan pada 4 Disember 2011. Pada laman statistik laman blog saya ini, catatan ini terakam kemas. Wah! bukan sesuatu yang mudah mahu menarik sejumlah 460 orang pembaca dalam satu hari ke blog saya yang biasa-biasa ini. Ini catatan yang dibaca supaya tidak menunjukkan riya’. Tetapi maksudnya, penulis juga membina kredibiliti daripada apa yang ditulis. Apatah lagi entry tersebut membantu pembaca membina kerjaya. Sangat tidak dijangka entry tersebut boleh menjadi antara top ten di enjin carian google. Sila klik ‘panduan temuduga j-QAF’.

Catatan yang paling banyak menerima lawatan adalah satu entry saya berkenaan dengan panduan temuduga kpli j-QAF. Saya berdoa semua pelawat yang mengutip butiran idea tersebut moga berjaya diterima sebagai guru j-QAF sama seperti saya. Saya terfikir, jika ada buku tentang panduan temuduga j-QAF, pasti laku keras di pasaran. Siapa yang berani silakan menulis buku tersebut. E-book lebih mudah.

“Blog ini mahu dibukukan?” itu tanya seorang editor rumah penerbitan tersohor di Shah Alam ketika melihat nama blog saya ini pada kad nama yang dihulurkan.

“Belum cukup matang lagi. InsyaAllah, memang bercita-cita juga” balas saya penuh harapan.

Fenomena blog menjadi buku sudah mendapat mula menonjol di negara kita. Malah, sahabat saya, tuan Zamri Muhammad, sudah membengkelkan perihal blog menjadi buku. Lantas, saya banyak belajar daripada blogger hebat untuk menjadikan bahan penulisan di blog menarik dan ‘marketable’ untuk menjadi buku.

Sambil menulis buku menulis juga blog. Biarkan banyakkan idea akhirnya dibukukan. Jauh lagi, tetapi jika ada penerbit mahukan ia dibukukan, saya tidak menolak. Rezeki jangan ditolak.

Apapun, menulis ini biar jangan berhenti. Ini nasihat saya kepada rakan penulis bebas seperti biasa. Peluang akan hadir dari sudut yang tidak disangka-sangka.

Ruzain Syukur Mansor