KITA DIKENALI MELALUI TULISAN

“Ana ada baca tulisan anta dalam web portal dan akhbar baru0baru ini.” sapa teman sepenulisan sewaktu Bengkel Penulisan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

Wah! ada pengikut rupanya. Di dalam diam bertemu juga dengan pengikut kepada tulisan saya di media. Tulisan kita menjadi duta. Akhirnya suatu hari akan ditemukan juga kita dengan pembaca. Itu ada nada sedikit kepuasan. Memberi dan terus memberi inspirasi kepada pembaca. Teman dan sahabat selagi mana penulisan kita itu dibaca orang.

Siapa kata penulis tiada masa hadapan. Baik menulis untuk diri sendiri atau pun untuk jabatan (profesionalisme), kita akan dinilai orang. Menulis membentuk sikap dan gaya bekerja. Menulis membantu membentuk keyakinan memberi idea. Lantang pula menyampaikan pesanan dan teguran. Pintar mengurus masa. Itu suatu aspek pengurusan dan disiplin yang akan dinilai oleh ketua jabatan di mana-mana organisasi. Itu yang saya rasai apabila mula serius menulis untuk jabatan.

Lantas, orang menilai kita. Kalau dahulu, saya hanya berangan-angan untuk duduk di kerusi penerbitan di tempat saya bekerja. Mungkin pegawai penerbitan seperti Ustazah Nik di bahagian penerbitan JAKIM, pegawai pena seperti ustaz Hamizul di Lembaga Zakat. Tetapi peluang itu tiba-tiba datang tanpa disangka-sangka. Sangat rapat. Bidangnya sangat saya minati seperti apa yang diimpikan selama ini. Subahanallah. Halangannya hanya 1. Percaya diri. Percaya dengan kemampuan diri atau lebih mengutamakan cakap-cakap orang. Negatif atau positif?

Bekerja untuk hanya cari makan atau demi kepuasan diri? Jika saya sebagai pendakwah dalam masa yang sama dapat berada di bidang dakwah pena, itu suatu kepuasan kerja yang sangat maksimum. Perlu berani untuk mengubah stigma daripada penulis bebas kepada pengurus penulisan dan penerbitan samada separuh masa kepada sepenuh masa. Ada berani?

Hidup ini suatu perjuangan. Berani atau tidak? Berani tempuhi risiko atau tidak? Berani berubah atau tidak? Rupanya menjadi penulis ini juga terdedah kepada dunia transformasi. Ada perkembangan diri. 3-4 tahun menulis, adakah hanya berada di takuk lama? Pengalaman itu mematangkan diri. Pengalaman jugalah guru kehidupan. Lantas, berani menongkah arus dan mencuba suatu yang baru. Di musim orang meletakkan KPI, dimanakah KPI penulisan kita. Di saat orang berbangga dengan misi transformasi adakah penulis juga tidak layak untuk melakukan transformasi. Ayuh, mari bina KPI penulisan dan transformasi diri.

Lantas, benarlah bahawa melalui penulisan , orang menilai kerja kita. Orang menilai kemampuan kita. Lantas, berani berubah untuk misi luar biasa!

Ruzain Syukur Mansor

2 Responses to KITA DIKENALI MELALUI TULISAN

  1. Best Friend Forever KULTIM says:

    Salam..
    Macam kenal je sapa pembaca yang dimaksudkan dalam muqadimah tu🙂
    Keep it up ya akhi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: