Catatan Sarjana: hampir berakhir tetapi baru bermula

Lega, alhamdulillah. Itu sahaja kata-kata yang sesuai diungkapkan buat ketika ini.

“Ustaz dah nak abis?” tanya seorang sahabat baru-baru ini.
“Ya, habis bahagian kerja kursus, tahun hadapan mula menulis” jawab saya ringkas.

Rasanya seperti baru semalam mendaftar diri, hari ini sudah hampir tamat kerjakursus, lantas mula memikirkan tentang cadangan penyelidikan.

Saya tidaklah selaju Syeikh Jamit dan Syeik Ariffin yang sudah memulakan penulisan bab 1 disertasi dakwah mereka. Malah, tidak juga selaju Ustaz Hidayat yang sudah pun membentangkan cadangan penyeliddikan. Kecut perut juga dibuatnya..

Rezeki masing-masing. Apa yang mudah akan nampak senang jika ada kesungguhan. Moga saya juga begitu. Kemahiran menulis akan lebih diuji. Maka, fokus akan jadi lebih kritikal.

“Ana tak dapat sheikh, perlu fokus kepada proposal” itu bunyi sms Sheikh Sahrulazmi, teman sepenulisan yang kini mempersiapkan diri untuk temuduga cuti belajar HLP. Beliau saya ajak untuk menganggotai team penulis Kuliah 3 Minit (KULTIM), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.Penulis prolifik sepertinya pun memerlukan fokus. Apatah saya ini yang masih bertatih-tatih. Lantas, strategi perlu diatur bagi mengendurkan satu dua aktiviti sampingan. Tahun hadapan tahun menulis.

Setahun berlalu, bagaikan baru mahu mengecas bateri rasanya. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ilmu penyelidikan sangat penting bagi calon sarjana. Ia bagaikan lampu suluh bagi meninjau-ninjau peluang lompong mana-mana bidang masalah.

Kata-kata Prof Aziz Md Zin makin kuat kedengaran bagaikan berbisik di telinga “calon akan mudah menghadapi bahagian kerja kursus, tetapi akan tumbang seorang demi seorang apabila menempuh musim penulisan disertasi”.

Moga saya tidak tergolong daripada golongan yang dimaksudkan. Saya mahu tamatkan penantian ini dan mahu naik pentas konvokesyen. Jika boleh, ayah dan ibu juga isteri menjadi saksi saat indah itu.

Saya masih ingat, suatu ketika dahulu UM pernah ada dalam angan-angan. tetapi di UIAM, indah sekali persinggahan itu. Allah berikan peluang kedua, pentas konvo UM akan menjadi saksi impian itu jadi kenyataan suatu hari nanti.

Setahun berlalu terlalu pantas. Dihiasi episod berjaga malam menaip tugasan. Kesibukan melayan permintaan majikan tidak pula dikesampingkan. Moga mereka doakan saya berjaya menamatkan penantian ini.

Suatu ketika, mempunyai sarjana muda bagaikan biasa. Akan datang pula nanti, memiliki sarjana pula bagaikan perkara biasa saja. Lantas, saya mahu mendahului zaman itu. Moga Allah perkenankan

Ruzain Syukur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: