THIS IS MY 225th POST

December 20, 2011

I’m writing a book. I’ve got the page numbers done. — Steven Wright

You published your 224th post.

Next Posting Goal: 225 Posts

1 post to go

Itu bukan ayat saya, tetapi saya kutip dari dashboard blog wordpress saya ini. Dari malam tadi saya memikirkan apa yang ingin dimaksudkannya. Rupanya ia adalah cara wordpress mengajar pemilik blognya membuat sasaran penulisan di dalam blog.

Menulis entry blog pun perlukan sasaran penulisan?
Jadi, ini adalah entry ke 225 bagi blog akademipenulisbebas.wordpress.com Maksudnya apa ya? Mungkin saya sudah mencapai KPI penulisan yang ditetapkan oleh Saudara atau Saudari WordPress (saya kurang arif apakah jantinanya). Rupanya dalam sedar atau tidak wordpress menetapkan sasaran penulisan entry yang harus dicapai oleh penulis blognya bagi satu-satu masa. WordPress telah menetapkan angka 225 sebagai jumlah entry yang harus saya tulis. Inilah dia entry yang ke 225. Well Done!

Jadi, saya menanti, apakah KPI penulisan berikutnya yang ditetapkan oleh wordpress untuk saya capai. Apakah sasaran entry yang diberikan pula kepada saya selepas ini. 500.. 1000.. Entry ? we will wait and see.

Terima kasih wordpress. Takde hadiah ke? Ini asyik promote dia punya wordpress pro sahaja. Daripada domain akademipenulisbebas.wordpress.com kepada akademipenulisbebas.com . Belum lagi, setakat ini. Jenamanya masih belum mantap lagi.

Betul memang betul. Penulisan perlu ada sasaran. Adakah sasaran penulisan tahun ini sudah tercapai? Ada beberapa hari dalam bulan Disember yang belum tamat. Tunggu akhir bulan ini, kita sediakan review

Ruzain Syukur Mansor


CATATAN SARJANA:TUKAR THESIS JADI BUKU

December 20, 2011


Saya benar-benar advance hari ini.

“Ana, thesis pun belum ada lagi, tapi dah ikuti kursus tulis thesis jadi buku” itu sempat saya titipkan kepada rakan sekuliah tadi.

Adakalanya apa yang dicita-citakan perlu dilayan sampai dapat. Malah imaginasinya biar menjangkau batasan masa. Itulah sebabnya saya mengikuti bengkel dari Thesis Kepada Buku kendalian Dr Roosfa Hashim, sifu penerbitan daripada UKM siang tadi.

“Ahh..biar apa orang kata. Saya belum ada thesis, tetapi sudah terbit dua buah buku” itupun suatu penulisan juga. Tapak yang agak kukuh setakat ini (dibaca bukan dengan riak).

“Please dont call me Madam, i don’t have husband” kata Dr Roosfa kepada seorang penulis.
“Why? one day you will have husband” jawab teman penulis itu.

Nota: Dr Roosfa Hashim adalah seorang lelaki. Saya juga dibahasakan sebagai Puan oleh seorang profesor kerana keunikan nama Ruzain. Agakannya nama Ruzain itu mirip nama perempuan. Rupa-rupanya empunya nama itu bermisai! Itulah keunikan nama yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi.

Itulah dia Dr Roosfa Hashim, selalu saya baca tulisannya. Terbaru buku beliau bertajuk Bukuku Kubuku. Pengalaman yang sangat mahal harganya. Terima kasih Doktor.

Ilmu dalam thesis jangan hanya diperuk di dalam almari . Kalau boleh kongsi-kongsikan. Tetapi ada banyak seninya. Bukan semudah menulis buku. Ada banyak perkara yang harus diketepikan tetapi originalitynya masih terjaga.

“Kalau zaman duduk di bawah supervisor, calon PhD hanya seorang amatur. tetapi apabila thesis sudah diakui mutunya, sudah selesai viva, selesai segalanya, maka anda adalah pakar di bidang tersebut” itu kata Dr Roosfa. Lantas, mengapa perlu takut?

Namun diakui, ada banyak kaedah penulisan menjadikan thesis sarjana atau PhD dibukukan dan sesuai dibaca semua khalayak. Jangan terlalu banyak istilah saintifik. Jangan banyak nota kaki, orang penat membacanya. Banyak yang dipelajari tadi. Sangat berpuas hati, apabila berjumpa penulis buku yang biasa saya baca karyanya.

Lagi? Bahasanya perlu mudah, tidak meleret-leret. Kebijaksanaan penulis sangat dituntut. Walaupun buku tersebut adalah buku akademik, tetapi penerbit harus menilainya samada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. kantung syarikat juga harus difikirkan. Modalnya banyak juga.

InsyaAllah, ada satu hari lagi berguru dengan Dr Roosfa. Banyak isu lagi yang harus diperkatakan. Apa yang penting, bateri minda saya sudah separuh di charge. Moga terus gemerlapan sinarnya

Ruzain Syukur Mansor
IGB 100059