CATATAN SARJANA: BENTANG JADI FORUM!

Tidak disangka-sangka pembentangan tugasan kali ini menjadi forum pula.
Tiga orang pembentang dipanggil ke hadapan untuk membentang tajuk masing-masing. Macam viva pula.
Pensyarahnya? Pastilah Prof Ab Aziz Md Zin yang saya kagumi.

“Dah sedia. Silakan jika ada yang nak bertanya?” katanya membuka gelanggang.

Kawan-kawan sidang penddengar hanya menggaru kepala. Pelik juga. Belum bentang sudah minta ditanya.

“Sila nyatakan mengapa apa yang kamu tulis lebih baik daripada 2 lagi kajian” tanyanya semakin jelas.

Terkedu. Jawab, harus jawab. Berlatih untuk menjawab hujah seorang Prof. Mujur rakan membantu. Membentang topik berdasarkan soalan spontan. Apa yang penting bagi kajian seseorang pengkaji ialah:
1. Mengapa kajian itu dikira sebagai unik?
2. Apakah penemuan yang signifikan dan sumbangannya keada masyarakat.
3. Apa kelainan kajian tersebut?

Akhirnya, rupa-rupanya soalan-soalan maut dari Prof Aziz itu menjurus kepada sesi Viva atau pembentangan proposal katanya. “Adakalanya disertasi panjang berjela, tetapi sukar diungkap dalam masa 5 minit” tambahnya.

Lantas, bijak menulis, harus pintar juga berhujah dan membentang. Latihan pembentangan kajian berbentuk forum tadi sangat mencabar. Soalan spontan sangat menguji minda. Terima kasih. Antara buah-buah terakhir daripada Prof. Bertuah kami sempat merasai walaupun tak sempat Prof pengerusikan Pembentangan kajian kami nanti

Ruzain Syukur Mansor

2 Responses to CATATAN SARJANA: BENTANG JADI FORUM!

  1. ijan says:

    saya pelik enta ni….mungkin macmni cara enta meluahkan isi hati (melalui tulisan)..maksud saya enta macam suka expose “sesuatu yang enta rasa hebat/mencabar ” pada diri enta dengan niat yang baik. bolehkan ada ramai pengikut melalui tulisan trvelog macam ni…??? atau enta kena submit or tulis satu perkara yang popular…baru enta ada pengikut… (iklas; ex uia ijat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: