CATATAN SARJANA: PROF AB AZIZ MD ZIN BERHIJRAH

Prof Ab Aziz Md Zain (Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1985-2011)

Itulah bernilainya sebutir mutiara. Sejak Akademi Pengajian Islam belum lagi ditubuhkan. Sejak zaman Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Prof Aziz antara insan yang banyak mencurah kepakaran. Tahniah Prof kerana telah melahirkan ramai Profesor bidang Dakwah di Malaysia.

Akhirnya, beliau memilih untuk bersara dan mencurah pengalaman di negeri kelahiran.

“Saya sudah berada di Akademi lebih daripada 30 tahun. Sudah sangat selesa dan kurang cabaran. Saya mahukan cabaran” katanya pada majlis persaraan anjuran APIUM baru-baru ini. Saya bertuah kerana berpeluang mendengar butiran insan yang sangat berpengalaman. Berdisiplin dan tegas sekali. Memang selayaknya bergelar Prof.

Kali pertama mengikuti bimbingan Prof Aziz pada tahun 2005. Malangnya Prof tak sempat melihat saya memegang sarjana. Belum sampai waktunya..

2011, saya bangkit dan kembali mengikuti kelas dan subjek yang sama. Fiqh Dakwah bimbingan Prof Aziz. Pesanannya masih sama “semua calon sarjana akan mudah menamatkan bidang kerja kursus. Tetapi lama-kelamaan akan gugur seorang demi seorang”

InsyaAllah Prof. Akan saya usahakan sampai jaya. Amat menarik sekali perwatakan dan gaya beliau memberi contoh ” ekor semut pun ekor juga. Ekor gajah pun dipanggil ekor”

Maksudnya? disertasi tak kiralah tajuk kecil pun dipanggil disertasi juga.

“Tajuk ini liar sifatnya. Kalau tidak dibuat betul dari awal, sampai ke habis dia liar” pesanan ini pasti saya pegang Prof. Dalam sinisnya ada teguran. Suatu sifat yang sudah dimaklumi oleh pensyarah malah paar pelajar. Jarang lambat. Sangat menepati masa. Itu agaknya ciri seorang Profesor.

Prof Ab Aziz, saya mahu jadi seperti Prof. Setakat ini saya belum mampu memegang sarjana. PhD jauh lagi. jadi bila pakai songkok saya pasti ingati Prof. Mungkin itu sahaja setakat ini. Walaupun entah bila akan bertemu, saya bekalkan duta kecil saya, buku Tip urus Kelab Remaja Masjid sempat saya hulurkan sebentar tadi. Moga bermanfaat buatnya menyebarluaskan dakwah. Prof memang sangat suka membaca. Ulasannya sangat tajam.

Saya mengulas dalam nada yang sebak. Prof terpaksa meninggalkan APIUM dan saya tidak sempat naik ke pentas konvokesyen dan bersalaman dengannya sebagai seorang sarjana dakwah. InsyaAllah, buku-buku dan ingatan padanya akan tetap menjadi penyuntik semangat saya untuk menjadi sepertinya.

Ruzain Syukur Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: