RE-CHARGE

Al-Hamdulillah, pulang daripda Karnival Karangkraf petang tadi bagaikan telah mendapat bekalan tenaga secukupnya. Bertemu rakan penulis dan editor memberikan semangat baru untuk memacu idea penulisan.

“Bila mahu hantar manuskrip?”
“Sedang tulis buku apa sekarang cikgu?”

Cukup dengan soalan-soalan maut yang begitu menyentap jiwa. Hasilnya pun sangat positif. Penulis memerlukan rakan. Penulis juga perlukan semangat dan dorongan. Lantas, di kala semangat menulis merudum, cari saja teman-teman sepenulisan dan salinglah memberi semangat antara satu sama lain.

Bertemu seorang teman Ustaz Shahrizal (UDM) yang selama ini hanya berkenalan di alam maya sangat mengujakan. Pensyarah muda keluaran UIAM tersebut meraikan kejayaan buku pertamanya bersama Karangkraf. Sangat mengkagumkan gayanya apabila pada usia semudanya sudah mendapat tempat di jurnal Scorpus. Syabas.

Menurutnya menulis memerlukan mentor. Tunjuk ajar mentor sangat membantu. Penulis muda harus copy sahaja rahsia kejayaan para pentor mereka. Baik ada dari tiada.

Tip hari ini mudah sahaja. Untuk re-charge semangat menulis, ketemu rakan penulis di Pesta Buku atau karnival yang dianjurkan oleh mana-mana penerbit. Berbuallah sepuasnya. Berikan semangat dan motivasi. InsyaAllah semangat anda akan kembali meningkat naik

Ruzain Syukur Mansor

2 Responses to RE-CHARGE

  1. fahana says:

    assalamualaikum..syukran atas tunjuk ajar..jazakallahu khoiron kathiro.. saya sedang mahu menulis kelmu dan kmbali..sedang mencari2 ilmu, idea dan semangat kembali..jazakallahu khoiron kathiro.. banyak manfaat dari blog ni…syukran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: