Tulisan:Ruzain Syukur b Mansor
Harga semenanjung:RM 12.50
Harga Sabah/Sarawak: RM 14.50
Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih atau beli secara online di http://www.bookcafe.com.my/my/self-improvement/tampil-positif-sejak-remaja.html
Tampil Positif Sejak Remaja digarap dengan penuh santai sebagai panduan kepada remaja supaya sentiasa positif dalam kehidupan. Ia adalah buku ke tiga Ruzain Syukur b Mansor. Garapan motivasi secara santai menyentuh aspek penting dalam persekitaran kehidupan remaja.
Persoalan potensi dan nilai diri remaja menjadi tunjang perbincangan. Manakala persoalan konflik dalaman seorang remaja dibicarakan secara ringkas dan menarik. Hubungan remaja dan guru, ibu bapa serta rakan turut dimuatkan. Mereka insan yang sentiasa hidup dalam dunia remaja. Manakala persoalan bakat, minat dan cita-cita turut menjadi rencah pilihan penulis dalam buku ini.
Pengalaman sebagai seorang guru, penulis, perunding motivasi memberikan penulis peluang untuk berinteraksi dengan remaja secara langsung. Ada beberapa kisah dan pengalaman mereka yang sesuai untuk dijadikan bahan motivasi.
Buku ini sesuai dibaca oleh remaja, ibu bapa, guru dan aktivis remaja. Catatan penuh inspirasi segar dan dilihat ‘hidup’ kerana melalui pengalaman sebenar sebagai pengendali program pembangunan diri remaja.
Buku ini turut menyentuh aspek:
- Isu cinta yang normal dalam kalangan remaja
- Mengenal pasti antara angan-angan dan cita-cita
- Mengendalikan dilema antara remaja, ibu bapa, dan guru
- Mendapatkan ketenangan jiwa dengan cara paling mudah
Tip hebat dalam buku ini:
- Tip menjadi sahabat yang hebat
- Tip berteman secara bijak di alam siber
- Tip mudah mencintai buku
- Tip memilih mentor dan idola
Kandungan buku ini:
Prakata vii
Pendahuluan xi
Bab 1 Remaja Moden
Bab 2 Lihat Diri Kita
Bab 3 Apa Khabar Iman
Bab 4 Wahai Ibu dan Bapaku
Bab 5 Guru oh Guru!
Bab 6 Angan-Angan vs Cita-Cita
Bab 7 Rakan ataupun Sahabat
Bab 8 Syurga Cinta
Bab 9 Zaman ICT dan Demam Facebook
Bab 10 Adakah Wujud Lagi Ulat Buku?
Bab 11 Buat Duit dengan Menulis
Bab 12 Bijak Jauhi Zina
Penutup
Profil Penulis
Rujukan
Sebarang perkongsian atau pertanyaan sila hubungi penulis di talian 0192103267 (Ruzain Syukur Mansor) atau email ruzainsyukur@gmail.com atau fb Ruzain Syukur b in Mansor
RUZAIN SYUKUR B MANSOR
PENULIS BUKU
TAMPIL POSITIF SEJAK REMAJA